19/01/2024
Pejuang Pembebasan Hak Pertuanan Bangsa Patani bukan pemisah ataupun Kaum Pemberontak di THAILAND
Isu yang hangat menjadi perbincangan di Media Pemberitaan Thai dan Sosial Media mengenai polisi penyelesaian konflik di Patani oleh parti-parti kualisi dalam proses pembentukan kerajaan menjadi perbahasan yang tak kunjung usai dan menarik minat rakyat bangsa Melayu Patani pada umumnya. Berdasarkan perkembangan setelah pilihan raya Thailand pada 14 Mei 2023, banyak perbincangan yang mengaitkan isu konflik di Selatan Thailand atau nama masyhurnya ialah Patani, telah mengelirukan fakta sebenarnya terhadap konflik kemanusiaan di Patani.
Kerana, banyak penggunaan istilah yang tidak tepat dan pihak Media Thai cuba menyembunyikan fakta sejarah dan realiti perkembangan di lapangan ataupun dari kalangan rakyat. Media Thai banyak menggubalkan istilah-istilah politik perupaganda, dengan melemparkan imej buruk terhadap perjuangan pembebasan rakyat bangsa Patani tanpa mempedulikan fakta sejarah yang realistik dan komprehensif. Dengan senentiasa berkempen bahawa perjuangan Patani ialah kelompok pemisah dan pemberontak terhadap kerajaan Thailand.
Perkara ini penting untuk diperbetulkan berdasarkan fakta dan realiti politik yang sedang diperjuangkan oleh setiap anak bangsa tumpah darah Melayu Patani. Bahawa sesungguhnya perjuangan rakyat bangsa Patani adalah Perjuangan Pembebasan daripada penjajahan Thai yang merajalela, merampas tanah milik pribumi, mengaup keuntungan hasil humi dan laut, merampas hak pertuanan bangsa Melayu Patani. Sehingga, para pejuang anak jati bangsa Patani menuntut hak kebebesan, hak keadilan, dan hak kesejahteraan rakyat sesuai dengan resolusi piagam No.1514 di Perlembagaan Persyarikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Namun, realiti politik penjajah Thai di Bangkok belum ada pengakuan terhadap penjajahan Patani oleh kerajaan Thailand secara terbuka. Tetapi, sudah banyak di perakui oleh ahli akademik, sejarahwan, dan Tokoh-Tokoh Senior dari pelbagai disiplin ilmu yang mengakuinya. Bahawa Patani adalah milik bangsa Melayu dan Siam telah menganeksasi atau memasukkan menjadi bahagian yang tak terpisah daripada Thailand. Pada hal, semua itu adalah aksi perampasan tanpa rasa malu, tidak bermoral dan keji dengan pengakuan sepihak berdasarkan Perjanjian Anglo Siam 1909. Sesungguhnya, Patani adalah Melayu dan Melayu Patani adalah bahagian daripada Melayu Nusantara atau bahagian rumpun Melayu yang ada di dunia. Sekali-sekali Patani bukan Siam dan Thailand kerana Patani adalah bangsa yang bermaruah dan berdaulat di tanah airnya sendiri, sebagaimana bangsa-bangsa lain di dunia ini.