Bandaraku kotor kumuh

Bandaraku kotor kumuh omongan-omongan nomprak Negaraku kotor kumuh gak ada perawatan kusus nyawit aja

15/05/2020
Treler tentera bawa kereta kebal terbabas26/Aug/2019, 21:06sinarharian.com.myKeadaan treler tentera yang membawa muatan ...
26/08/2019

Treler tentera bawa kereta kebal terbabas
26/Aug/2019, 21:06sinarharian.com.my

Keadaan treler tentera yang membawa muatan kereta kebal yang terbabas di Jalan Bukit Putus Gemencheh-Tampin petang tadi.
TAMPIN - Dua anggota tentera cedera ringan apabila treler yang dinaiki mereka terbabas selepas hilang kawalan di Jalan Bukit Putus Gemencheh-Tampin di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, treler tentera yang membawa muatan kereta kebal terbabas di bahu jalan dipercayai disebabkan jalan licin.
Menurut sumber, kenderaan tersebut dalam perjalanan ke Putrajaya bagi tujuan perarakan Hari Kebangsaan.

"Semasa konvoi kenderaan ini melalui kawasan kejadian, ia hilang kawalan disebabkan jalan yang curam dan licin akibat hujan. Kenderaan itu pada mulanya terbabas ke sebelah kiri jalan dan pemandu cuba mengawal kenderaan ke sebelah kanan, namun tidak dapat dikawal menyebabkannya terbabas.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, hanya dua anggota yang mengiringi kenderaan tersebut mengalami cedera ringan," katanya.
Menurutnya, hanya bahagian depan treler itu yang mengalami kerosakan.
Difahamkan kerja-kerja untuk mengalihkan kenderaan tersebut masih lagi dijalankan sehingga kini.

Pegawai bertudung mahu saman Tentera ASsinarharian.com.myCesilia Valdovinos, 26, mula memakai tudung sejak memeluk Islam...
26/08/2019

Pegawai bertudung mahu saman Tentera AS
sinarharian.com.my

Cesilia Valdovinos, 26, mula memakai tudung sejak memeluk Islam pada 2016.
DENVER - Seorang pegawai wanita berpusat di Fort Carson berhasrat untuk menyaman Tentera Amerika Syarikat (AS) atas dakwaan diskriminasi dan gangguan, tidak lama selepas dia mula memakai tudung.
Cesilia Valdovinos yang telah berkhidmat selama tujuh tahun dalam tentera dan pernah dikerah ke Afghanistan, memeluk Islam pada 2016.
Valdovinos mendakwa, sejak mula menutup aurat dia menerima pelbagai bentuk gangguan termasuk diejek dengan pelbagai nama panggilan dan diturunkan pangkat.
Malah, wanita berusia 26 tahun itu kerap menjalani pemeriksaan badan dan dilihat sebagai ancaman kepada rakan setugasnya yang lain.
Dalam satu insiden pada 6 Mac lalu, penyelianya, Sarjan Mejar Kerstin Montoya telah memaksa Valdovinos membuka tudung semasa latihan pencegahan bunuh diri.
“Saya mendapat layanan yang teruk daripada rakan setugas. Mereka menggelar saya pengganas, ISIS dan ninja sejak mula memakai tudung.

“Namun pegawai atasan seolah-olah menutup mata dan tiada tindakan setiap kali laporan dibuat. Hanya disebabkan saya orang Islam, tidak bermakna saya bukan rakyat Amerika,” katanya yang dilahirkan di AS.
Sementara itu, peguamnya Mikey Weinstein berkata, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tuntutan Mahkamah Persekutuan akan difailkan tidak lama lagi.
Weinsten berkata, pihaknya juga sedang mempertimbangkan untuk membuat aduan ke Suruhanjaya Hak Sivil AS.
“Layanan buruk dan prejudis terhadap pegawai beragama Islam mesti dihentikan. Anak guam saya adalah orang Amerika, jadi dia mesti mendapat layanan yang sama-rata,” katanya.
Pada 2017, Tentera AS mengeluarkan satu peraturan baharu yang memberikan kelonggaran kepada anggota tentera lelaki berjambang dan berserban manakala tentera wanita p**a berhijab.
Peraturan itu dinyatakan oleh Setiausaha Ketenteraan, Eric Fanning bertujuan membolehkan anggota melakukan tuntutan agama masing-masing di peringkat briged.
Tentera AS mula melaksanakan peraturan itu tahun lalu. - Agensi
Read original

Bayaran fasa ketiga BHS 2019 mulai lusa26/Aug/2019, 12:38sinarharian.com.myKUALA LUMPUR - Pembayaran fasa ketiga Bantuan...
26/08/2019

Bayaran fasa ketiga BHS 2019 mulai lusa
26/Aug/2019, 12:38sinarharian.com.my

KUALA LUMPUR - Pembayaran fasa ketiga Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dikreditkan terus ke akaun bank dengan menggunakan maklumat akaun bank yang digunakan ketika pembayaran fasa kedua, mulai Rabu ini.
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, pembayaran itu melibatkan peruntukan RM1.23 bilion dan memanfaatkan hampir 3.6 juta penerima BSH.
Perincian nilai BSH 2019 bagi fasa ketiga yang diterima oleh isi rumah yang diluluskan mengikut pendapatan bulanannya adalah RM400 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,000 ke bawah); RM300 (pendapatan bulanan isi rumah RM2,001 hingga RM3,000) dan RM100 bagi pendapatan bulanan isi rumah RM3,001 hingga RM4,000.

Sejumlah RM2.85 bilion disalurkan bagi bayaran fasa pertama dan kedua masing-masing pada Januari dan Mei lalu kepada isi rumah yang diluluskan termasuk bayaran kadar tambahan RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum empat orang anak.
Menurut kenyataan itu, anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected].
BSH adalah program kerajaan demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. - Bernama

Remaja ditemukan tergantung dalam tandas rumah25/Aug/2019, 18:43sinarharian.com.myChe ZaimaniGEORGETOWN - Seorang remaja...
26/08/2019

Remaja ditemukan tergantung dalam tandas rumah
25/Aug/2019, 18:43sinarharian.com.my

Che Zaimani
GEORGETOWN - Seorang remaja ditemukan tergantung dalam tandas rumahnya di sebuah pangsapuri Taman Seri Relau, Paya Terubong di sini semalam.
Dalam kejadian jam 10.50 malam, mayat lelaki berusia 13 tahun ditemui oleh bapanya selepas dia dikatakan tidak keluar daripada bilik air selepas 30 minit mandi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, curiga dengan keadaan itu bapanya yang berusia 49 tahun bertindak menolak pintu bilik air dan mendapati anaknya tergantung dengan kain tuala yang diikat pada palang besi.
Menurutnya, bapanya menurunkan mangsa dan memberikan bantuan pernafasan (CPR) namun anaknya itu muntah dan dia tidak pasti sama ada anak bongsunya itu masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
"Bapanya minta bantuan jiran untuk panggil ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun ketika sampai di Unit Kecemasan Hospital Pulau Pinang, remaja tingkatan satu itu telah disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Che Zaimani berkata, siasatan awal mendapati mangsa mungkin menghadapi tekanan berikutan dia kurang minat untuk belajar selain prestasinya lemah.
Katanya, sebelum ini mangsa pernah mengadu terlalu banyak kerja rumah yang perlu disiapkan dan gurunya pernah menghubungi ibu mangsa memaklumkan dia tidak membuat kerja rumah.
"Sebelum kejadian, ibu mangsa mengarahkannya untuk buat kerja rumah. Pemeriksaan pada tubuh badan mangsa tidak menemui kesan pergelutan atau kecederaan dan tiada sebarang senjata di temui di lokasi kejadian," katanya.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian mangsa disebabkan tergantung.
Che Zaimani berkata, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Mia Khalifa claims she only made Rs 8.5 lakh as an adult film star: ‘I am definitely not proud, I am still working on ac...
24/08/2019

Mia Khalifa claims she only made Rs 8.5 lakh as an adult film star: ‘I am definitely not proud, I am still working on acceptance’
Hindustan Times08/14/2019 | 7:25 AM

Former adult star Mia Khalifa has said she is yet to accept her past where she worked in the p**n industry and gained pop**arity. In an interview that she shared on Twitter, Mia also said that people may believe she earned a lot while working in the p**n industry but she made a mere $12,000 (app Rs 8.75 lakh).

Mia spent just three months working in the p**n industry before leaving in 2015 but she remains a highly ranked star on site Pornhub. "I made a total of around $12,000 in the industry and never saw a penny again after that," Mia claimed in the video. She also said the industry "trap women legally in to contracts when they're vulnerable".

RELATED
Have you seen these pics of Ananya Panday, Sara Ali Khan and Malaika Arora?
Mia spent just three months working in the p**n industry before leaving in 2015 but she remains a highly ranked star on site Pornhub. Mia, who has never talked about her past, shared the video interview and tweeted, "Deliberately not talking about my past has hurt my future more than speaking my truth ever could. I'm ready to shed light on every questionable moment from my past, because if I own it, it can't be used against me."

Deliberately not talking about my past has hurt my future more than speaking my truth ever could. I’m ready to shed light on every questionable moment from my past, because if I own it, it can’t be used against me. https://t.co/xHK7SmhfrY pic.twitter.com/BSITEE2clX

— Mia K. () August 8, 2019
Also read: Mika Singh banned by film body for performing in Pakistan: 'When tension is at the peak, he puts money above nation's pride'

The Lebanon-born performer revealed she made her first p**n film in October 2014 and thought no one would find out but in a few months, she was the number one ranked performer on Pornhub. "I definitely have not come to terms with my past yet. I might put on a facade, because I fake it until I make it. My friends from home started to find out because somebody found the first scene and they sent it to everybody. I was already about to film the one with the hijab that basically went viral and global. It was going to happen that week, so I was like, well, you know, I can't back out. So, I guess, this next one, people are starting to find out. After that one came out the following week, it was beyond repair."

Some of the films also showed her performing s*x acts while wearing a hijab, which led to death threats.Talking about it, Mia said, "Instantly that it was posted, it was like wildfire. ISIS sent me death threats, they sent me a Google Maps image of my apartment. I stayed in a hotel for two weeks after that because fear really set in. They Photoshopped a picture of me on a beheaded body holding my head that was Photoshopped on there saying 'You'll be next'."

Mia often receives offensive messages from trolls but it does not affect her anymore. "I don't sweat the small stuff anymore, things people say don't offend me. I always think 'OK, but are you ISIS? Are you going to kill me? No, move on'."

Eventually, the attention had an adverse effect. "The shame started to set in a little bit," Khalifa said, pointing to "a fear of things starting to change and people starting to think things of me."

"Acceptance and pride in my past. Neither of those things have come to me yet. I am still working on the acceptance, but I am definitely not proud of it. I immediately wanted to make them feel small as they did to me. I could have handled it in a better manner," she said.

Follow for more

Wanita maut jatuh dari tingkap ketika lakukan hubungan intimsinarharian.com.myPasangan wanita itu terselamat kerana meng...
21/08/2019

Wanita maut jatuh dari tingkap ketika lakukan hubungan intim
sinarharian.com.my

Pasangan wanita itu terselamat kerana menghempap tubuh mangsa selepas kedua-duanya terjatuh dari tingkat sembilan sebuah flat di Rusia.
MOSCOW - Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah flat di Rusia ketika sedang melakukan hubungan intim.
Pasangannya bagaimanapun terselamat kerana menghempap tubuh mangsa.
Wanita berusia 30 tahun itu ditemukan terbaring kaku dalam keadaan separuh bogel dari paras pinggang ke bawah di tingkat bawah blok di St Petersburg pada malam 5 Julai lalu.

Saksi mendakwa mereka terlihat televisyen dicampakkan ke luar tingkap selepas mangsa dan pasangannya yang berusia 29 tahun terjatuh ke bawah.
Media tempatan melaporkan wanita itu dipercayai mati di tempat kejadian.
"Lelaki separuh bogel itu didakwa bangkit semula dan kembali menyertai parti yang turut disertai mangsa sebelum insiden tersebut," menurut satu laporan.
Soal siasat ke atas beberapa saksi mendakwa pasangan itu dipercayai mengadakan hubungan intim di tingkap sebelum terjatuh.
Difahamkan, siasatan kes pembunuhan telah dilancarkan. - Agensi

Kejohanan AFF B-18: Maloney tidak mahu anak buah lekaOleh Staff Writer 19 Ogos 2019 1397Kejohanan AFF B-18: Maloney tida...
19/08/2019

Kejohanan AFF B-18: Maloney tidak mahu anak buah leka
Oleh Staff Writer 19 Ogos 2019 1397
Kejohanan AFF B-18: Maloney tidak mahu anak buah leka
Ketua jurulatih skuad B-18 negara, Brad Maloney, tidak menganggap kemenangan 3-0 dalam aksi peringkat kump**an tempoh hari sebagai tafsiran mudah untuk anak buahnya berasa selesa menjelang final di Stadium Thanh Long, hari ini.

Siapa sangka Malaysia cemerlang mencatat kemenangan selesa 3-0 dalam aksi peringkat kump**an tetapi Maloney segera menegaskan tiada apa yang mampu dibanggakan andai anak buahnya gagal mengulangi kejayaan yang sama dalam saingan final kali ini.

Tegas pengendali itu, tiada istilah jalan mudah kerana kekuatan Australia mampu hadir dalam pelbagai segi.

"Australia begitu biasa dengan kami. Mereka melakukan persiapan, mencuba pelbagai perkara dan pemain, jadi saya tidak boleh fikirkan keputusan sebelum ini," katanya.

Pengendali berusia 47 tahun itu kekal selesa dengan melihat Australia sebagai pasukan pilihan dan yakin aksi kali ini bukan mudah kerana perangkaan skuad negara kelahirannya itu lebih teliti selepas dimalukan Malaysia tempoh hari.

"Mereka memberi kami cabaran sukar ketika peringkat kump**an. Kini, mereka dalam final dan saya menjangkakan mereka akan memberi saingan lebih sukar."

Sementara itu, bekas jurulatih negara, B. Sathianathan, menegaskan skuad B-18 negara perlu mendominasi permainan dalam aksi final menentang Australia.

Dia percaya pendekatan tatkikal menerusi penguasaan bola mampu memastikan anak buah Maloney itu menyaingi lawan di sepanjang permainan untuk mencapai kemenangan.

"Saya nampak apa yang dilakukan Maloney berhasil tetapi dalam final nanti, saya harap mereka mendominasi penguasaan bola. Apabila bertahan, usah beri banyak ruang untuk lawan memegang kawasan tengah," katanya.

Ketua jurulatih Selangor itu juga menjangkakan skuad muda 'Harimau Malaya' berdepan cabaran berbeza bertemu Australia di pentas final biarpun menewaskan lawan 3-0 dalam aksi peringkat kump**an.

"Dengan Australia, kita perlu berwaspada daripada segi pertahanan kerana mereka tampak matang. Walaupun Malaysia menang sebelum ini, ia tidak menjamin apa-apa."

Tag
TENTANG PENULIS
Staff Writer
Staff Writer

BERITA BERKAITAN
Kejohanan AFF B-18: Maloney tidak mahu anak buah leka
3 jam lalu
Kejohanan AFF B-18: Sikh Izhan akui tidak pamer aksi terbaik
21 jam lalu
Kejohanan AFF B-18: Maloney lega taktikal berhasil
21 jam lalu
Kejohanan AFF B-18: Situasi bola mati perangkap Indonesia
23 jam lalu
KOMEN
BERITA
Debaran eRacing GP SEA tiba di kemuncak
E-Sukan
Debaran eRacing GP SEA tiba di kemuncak
2 jam lalu510Kemenangan di Vietnam jadi amaran Sara
Sukan SEA
Kemenangan di Vietnam jadi amaran Sara
3 jam lalu519Soniia harapan tunggal Malaysia di Basel
Badminton
Soniia harapan tunggal Malaysia di Basel
3 jam lalu956Kejohanan AFF B-18: Maloney tidak mahu anak buah leka
Bola Sepak
Kejohanan AFF B-18: Maloney tidak mahu anak buah leka
3 jam lalu1397 Berita Selanjutnya
Facebook Icon

Twitter Icon

Instagram Icon
APLIKASI STADIUM ASTRO
Stadium Astro App Store Stadium Astro Play Store
KORPORAT
POLISI
SALURAN SUKAN ASTRO
CFM Complaints Redress your complaints at the Consumer Forum Malaysia(CFM)
Stadium Astro Logo Copyright © Stadium Astro 2019. Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (240064-A). All Rights Reserved.

Padahnya 'pau' pemandu loriDUA polis ditahan kerana memeras ugut RM400 daripada pemandu lori di tepi jalan dekat Lorong ...
18/08/2019

Padahnya 'pau' pemandu lori

DUA polis ditahan kerana memeras ugut RM400 daripada pemandu lori di tepi jalan dekat Lorong Hijau 3, Jelutong, Georgetown.

Kedua-duanya berusia 25 dan 28 tahun ditahan pada 6 petang, hari ini di Balai Polis Jelutong selepas dipercayai melakukan demikian e atas mangsa berusia 32 tahun dalam kejadian 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, ketika kejadian mangsa menunggang motosikal, menunggu rakannya di tepi jalan sebelum anggota terbabit menghampiri dan memintanya mengeluarkan dokumen pengenalan diri untuk pemeriksaan.

“Mangsa kemudian memberikan kad pengenalannya dan anggota itu meminta dia menyerahkan telefon bimbit serta dompet untuk pemeriksaan lanjut.

“Ketika memeriksa telefon bimbitnya, anggota berkenaan memberitahu ada resit nombor ekor haram di telefonnya dan meminta mangsa mengikut mereka ke balai,” katanya.

Che Zaimani berkata, mangsa mengikut mereka ke Balai Polis Jelutong sebelum dibawa masuk ke dalam satu bilik dan anggota berkenaan memberitahu yang mangsa boleh dikenakan denda hingga RM12,000 jika kes dibawa ke mahkamah.

“Bagaimanapun, mereka memberitahu kes boleh diselesaikan jika mangsa membayar RM2,000 dan sambil menambah mangsa boleh digari jika tidak berbuat demikian.

“Mangsa yang ketakutan memberitahu dia hanya ada RM200 dan diminta ke bank untuk mengeluarkan wang,” katanya.

Menurutnya, mangsa akur untuk mengeluarkan wang simpanannya dan kembali ke balai itu tetapi hanya mampu memberi RM400.

Katanya, selepas wang itu diserahkan, anggota berkenaan menyerahkan kembali dompet dan telefon bimbit mangsa dan dia kemudian membuat laporan polis.

“Susulan laporan, dua anggota itu berusia 25 dan 28 tahun ditahan pada 6 petang tadi (hari ini) dan akan direman esok untuk siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Ogos 2019 @ 9:14 PM

Kerajaan Johor akur titah Tunku Ismail18/Aug/2019, 21:08sinarharian.com.myTan Chen Choon (kiri) dan Jimmy Puah Wee Tse.J...
18/08/2019

Kerajaan Johor akur titah Tunku Ismail
18/Aug/2019, 21:08sinarharian.com.my

Tan Chen Choon (kiri) dan Jimmy Puah Wee Tse.
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor menjunjung kasih di atas titah Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang memandang serius isu pencemaran dan penyalahgunaan air di Johor.
Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kerajaan negeri amat berbesar hati di atas keprihatinan Pemangku Raja mengenai perkara itu.
"Langkah pertama adalah memastikan isu pencemaran sungai air dapat diatasi dengan sebaiknya.
"Pada masa yang sama kerajaan akan merangka pelan komprehensif untuk memastikan bekalan air mentah adalah mencukupi untuk pembangunan masa depan negeri," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, kerajaan negeri akan sedaya upaya bekerjasama secara bersepadu dengan semua jabatan dan agensi kerajaan berkaitan untuk meminimumkan pencemaran ke atas sumber bekalan air mentah dan sungai.
Terdahulu, Pemangku Raja berangkat ke taklimat berkaitan sumber air dan pengurusan sungai Johor di Kota Iskandar di sini pagi tadi.
Baginda bertitah menegaskan kerajaan negeri supaya mula mengambil tindakan yang perlu untuk memulihkan air negeri Johor dari segi pencemaran.
Malah kerajaan negeri juga dititahkan supaya menguruskan air dengan lebih baik serta mendidik rakyat mengenai kesedaran terhadap penggunaan air.
Turut hadir dalam taklimat tersebut Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal selain Wee Tse dan Chen Choon.
ARTIKEL BERKAITAN: Tunku Ismail pandang serius isu pencemaran air di Johor

Address

Jalan Niaga 7
Gambir

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bandaraku kotor kumuh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bandaraku kotor kumuh:

Share

Category