08/01/2026
👉 INGAT SIMPAN UNTUK DIKETAHUI, AGAR TIDAK LUPA
Wajah seseorang kadangkala boleh memberikan petunjuk awal terhadap keadaan kesehatan tubuhnya. Berikut Ciri cirinya
1. Wajah Pucat
Kemungkinan berkaitan dengan :
• Anemia (kekurangan sel dar4h merah)
• Tekanan d4rah rendah
• Kekurangan nutrisi seperti zat besi dan vitamin B12
2. Wajah Kemerahan Berlebihan
Kemungkinan berkaitan dengan :
• Tekanan darah tinggi
• Rosacea
• Reaksi alahan
• Keradangan atau jangkitan
3. Mata Cekung dan Lingkaran Hitam
kemungkinan berkaitan dengan :
• Kurang tidur
• Dehidrasi
• Tekanan emosi (stres)
• Masalah buah pinggang atau alahan kronik
4. Wajah atau Bahagian Mata Kekuningan
kemungkinan berkaitan dengan :
• Gangguan fungsi hati (seperti hepatitis atau penyakit hati)
• Masalah pundi hempedu
5. Wajah Bengkak
kemungkinan berkaitan dengan :
• Masalah buah pinggang
• Pengumpulan cecair berlebihan dalam badan
• Reaksi alahan
• Gangguan kelenjar tiroid
6. Jerawat Berlebihan dan Tidak Normal
kemungkinan berkaitan dengan :
• Ketidakseimbangan hormon
• Masalah sistem penghadaman
• Tekanan berpanjangan
7. Kulit Wajah Kering dan Bersisik
kemungkinan berkaitan dengan :
• Dehidrasi
• Kekurangan vitamin A atau vitamin E
• Hipotiroidisme
8. Wajah Terlalu Berminyak
kemungkinan berkaitan dengan :
• Ketidakseimbangan hormon
• Corak pemakanan tinggi lemak dan gula
• Tekanan emosi
9. Bibir Pecah-pecah dan Pucat
kemungkinan berkaitan dengan :
• Kekurangan vitamin B
• Dehidrasi
• Anemia
⚠️ Perlu Di Ingat :
Perubahan pada wajah juga boleh dipengaruhi oleh faktor cuaca, gaya hidup, penggunaan produk kosmetik serta faktor genetik.
Sekiranya perubahan berlaku secara tiba-tiba, berpanjangan, atau disertai simptom lain seperti keletihan,kelelahan yang berlebihan, kesakitan, atau demam, segeralah konsul ke dokter atau ke rumah sakit untuk mendapatkan penangganan yang tepat.