04/02/2026
Pada jam 12.18 pagi, 3 Februari 2026, saya berada di kawasan parkir hadapan Palm Mall, Seremban, dan ternampak satu kejadian yang sangat mengejutkan di bahagian belakang sebuah kedai makan yang terletak betul-betul di hadapan hentian bas Palm Mall. Saya melihat seorang pekerja sedang mencuci baki makanan seperti daging ayam, daging kambing, tauhu dan ayam yang jelas merupakan lebihan masakan, kemudian diasingkan ke dalam dulang. Apabila ditegur, barulah diketahui bahawa baki makanan tersebut dicuci untuk DIGUNAKAN SEMULA pada keesokan hari. Perkara ini amat tidak boleh diterima dan sangat membahayakan kesihatan orang awam. Pada mulanya, rakan pekerja lain cuba mengelirukan saya dengan jawapan yang tidak jujur, namun akhirnya tersasul dan mengaku bahawa makanan tersebut memang akan dimasak semula dan dikatakan “tidak bahaya”. Saya ingin tegaskan bahawa perbuatan ini langsung tidak beretika, tidak selamat, dan sangat menjijikkan. Saya akan menyertakan gambar, video, serta gambar kedai sebagai bukti kejadian ini dan memuat naiknya ke WhatsApp serta platform lain. Saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan yang benar-benar tegas kerana saya yakin perbuatan seperti ini bukan berlaku sekali sahaja. Mohon orang ramai KONGSI (SHARE) hantaran ini supaya lebih ramai sedar dan kejadian sebegini tidak terus berlaku serta membahayakan pengguna lain.
Sumber & Kredit: Pemilik Video