EZ KAZOKU

EZ KAZOKU Cerita tentang kami 5 beranak di Tokyo, Jepun

19/10/2025

HATI MENGECIK

“Mommy, maybe you should try posting something like that..”

Eiryan Zarith bersuara sambil tunjuk video yang lalu dekat timeline FB aku. Video salah seorang dealer PG yang tengah pusing-pusing sambil mendepa tangan ala-ala lihatlah duniaaa! Dekat video ada caption tulis pasal update harga emas.

Sangat indah kejadiannya.

Lebih indah sebab bertemakan Cape Town yang kami pergi baru-baru ini.

Yup, anakanda sorang ni sangat ambik tahu tentang apa-apa saja pasal PG dan simpanan emas. Rajin kumpul duit nak beli emas dan bagi idea untuk aku nak buat konten.

Lama jugak aku fikir.

Yessss, nasib ada satu video.

“Haaaaa Mommy ada video macam ni. Ok tak?”,

sambil tunjuk video ‘terbaik’ yang aku ada kat dia.

Sunyi sepi.

“Takpelah Mommy. Just buat post pakai gambar Mommy yang tak bergerak..”

Brooooo, gua kecik hati.

18.Tahun pertama kahwin, sambil membawa anak sulung dalam perut, aku menangis teresak-esak seorang diri dekat tangga kec...
07/07/2025

18.

Tahun pertama kahwin, sambil membawa anak sulung dalam perut, aku menangis teresak-esak seorang diri dekat tangga kecemasan rumah kami.

“Ya Allahhh, betul ke apa aku buat ni? Aku salah langkah ke kahwin dengan Ezzy ni? Kenapa dia biar aku sorang merajuk kat tangga ni? Kenapa dia tak pujuk? Aku mengandungkan anak dia kot..”

Bertubi-tubi hasutan kat telinga.

Punca?

Sebab dia lambat hantar balik makanan. Aku lapar. Perempuan mengandung dan kelaparan jangan buat main. Segala keputusan hidup boleh dipersoalkan.

Alhamdulillah aku tak ikut cakap setan kat tangga 18 tahun lepas. Kalau tak aku akan terlepas dapat minum kopi 7-11 sedap yang dibeli dengan penuh kasih sayang redahan hujan ini.

Terima kasih Encik Baby.

You are still my favorite person. Even after all this time, the sight of you still gives me butterflies. Every time you come back from work, I still look forward to tell you everything, even the most random mengarut details. I know I can be a little crazy sometimes (well, most of the times) but I am so thankful you managed to handle me with ‘sod ba ro’ tahap langit ke-7.

I love how you can read me like a book, no words needed (walaupun annoying sometimes because I didn’t get to finish my stories), but I thank Allah SWT every second because it’s you I get to do life with.

And when the kids are grown and gone, I pray we will be the same two silly humans dancing, singing, giggling, laughing while doing the dishes and karateing “watchaaaa” each other.

For a thousand times, I will choose you, again and again.

Every time.

Selamat hari lahir yang ke-muda.
Selamat kita kahwin 18 tahun.

Semoga, semoga dan semoga.

Aku selalu pesan pada anak perempuan,

“Bila Leia nak kahwin nanti, cari suami yang boleh jaga Leia macam Daddy jaga Mommy..”

Aku pesan juga pada anak lelaki,

“Bila kamu dah kahwin nanti, jadi macam Daddy. Jaga isteri kamu macam mana Daddy jaga Mommy..”

“Tapi Mommy..”

Eh ada p**ak suara yang tapi.

“Kalau Eiyan nak jadi macam Daddy, Eiyan kena get married with someone like Mommy. Then only I can treat my wife like Daddy..”

Awwwwww ada betulnya di situ.

Cari isteri macam Mommy.

Bijak, gorgeous, kelakar, sengal, riak dan takabur.

Baru hidup ada tujuan.

SARANGHEEE!Jenguk sana sini,belek itu ini,cari begitu begini.12 Januari 2025, jumpa kontraktor dan mulakan penjulingan m...
09/06/2025

SARANGHEEE!

Jenguk sana sini,
belek itu ini,
cari begitu begini.

12 Januari 2025, jumpa kontraktor dan mulakan penjulingan mata cari tanah yang dekat di jiwa.

23 Mac 2025, jumpa tuan tanah bayar duit deposit.

11 April 2025, tandatangan kontrak dengan tukang buat rumah.

Tup tap semua dah selamat terbeli.

Selepas 17 tahun duduk menumpang bayar sewa rumah orang, alhamdulillah akhirnya kami bakal ada rumah sendiri di tanah ini.

“Moving to another country splits your heart in two. You're too foreign for the home you left and too foreign for the home you found. You always feel like you're in between..”

Too foreign.

Aku cakap dengan Ezzy mungkin dah sampai masa kita terima hakikat di tanah orang inilah kami kena pasakkan keturunan. Selama ni ada jugak tengok-tengok rumah kat sini tapi hati masih berbelah bagi. Tapi balik dari cuti-cuti Malaya tahun lepas, aku doa sungguh-sungguh kalau di tanah ini rezeki kami, maka permudahkanlah.

Mudah ke?

“Boleh dramatik lagi tak hidup korang, 😭”.

Kah kah sebijik adik ipar aku bagi.

Tapi memang begitulah. Kalau tak ada drama dalam hidup Ezzy Ismail ni memang tak bestlah kan.

Ezzyyy jugak kena.

Kalau boleh memang nak rekodkan setiap momen perjalanan kami anak-beranak mencari ‘sarang’ baru.

Ya lah, bukan setiap 3 minit beli tanah dan rumah kan?

Tapi marilah kita sama-sama tengok kerajinan Tipah ya. Cerita tahun 2020 pun masih di ambang kemalasan. Lagi pun baru sampai proses beli tanah, tiang rumah pun yilek. Tanah pun masih gedegang kosong.

Jadi mana yang dramanya?

Jeng jeng jenggg.

Haaaaa kalau nak tahu cerita cepat, silalah pergi follow Instagram sebab dekat situ pun aku malas nak update.

Akhirnya kami pun dah ada gambar ala-ala iklan,

“Are you a foreigner trying to buy a house in Japan? We can help you.”

Nasib baik muka macam pendatang Italy.

Bismillahirrahmanirrahim,
kawan-kawan yang kami s**a,
tolong doakan.

KHABAR SEPIHaluuuuu,SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!Lama betul tak memekak di FB ni. Banyak sebenarnya nak cerita sambil ri...
19/04/2025

KHABAR SEPI

Haluuuuu,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!

Lama betul tak memekak di FB ni. Banyak sebenarnya nak cerita sambil riak dan takabur. Biasalah, manusia purak-purak sibuk memang begitu kaedahnya.

Tak mengapa, kita mulakan azam tahun baru untuk menulis semula. Tahun baru aku ikut orang Jepun, mula bulan April.

Hari ini hari melawat Cik Leia di sekolah. Tahun ini dia dah masuk Darjah 6. Maknanya ini tahun terakhir Cik Leia di sekolah rendah, tahun depan dah masuk sekolah menengah. Kami berdua pun ini tahun terakhir ‘berkhidmat’ pada sekolah rendah, lepas ni tak ada dah anak sekolah rendah.

Choyyyyy, jangan sambung apa-apa.

Aku baru nak rehat tengok muka sendiri kat cermin. Cukuplah kot bergaduh dengan Ezmo kat rumah tu.

Selalunya datang ke sekolah anak-anak ni selain dari nak tengok perangai sebenar anak-anak kat dalam kelas macam mana, objektif kedua adalah untuk kenalpasti nama-nama yang selalu anak-anak sebut-sebutkan di telinga naga.

Soalan untuk Cik Leia hari ini,

yang mana satu bestfriend kamu?

Yang mana satu Watanabe yang selalu cari pasal tu?
Yang mana satu yang cakap ‘kill Islam’, lepas tu angkat middle finger kat kamu?

Yessss, never ending story.

Kalau dulu nak kena hadap isu pasal Islam ni dengan kawan kelas abang-abang, sekarang giliran Cik Leia p**ak.

Nasib baik kami dah terrer jadi ‘terrorist’ ni.

Tapi setiap kali timbul isu ni, tak pernah sekali pun kami diamkan. Kami tahu budak-budak ni main ikut je apa yang dia dengar dan apa yang tengok kat media. Tanggungjawab kitalah kena betulkan.

Ikutkan hati memang nak terus terjah cubit mulut budak yang tak ada takaful tu, tapi idokler Tipah buattt.

Ezzy call cikgu bagitau, lepas tu cikgu akan panggil pihak tertuduh untuk sesi soal siasat. Kalau dia mengaku, cikgu akan suruh minta maaf pada anak-anak dan kemudian silalah hadap bebelan dari cikgu. Untuk kes yang lebih berat sikit, ibu bapa tertuduh akan diberitahu dan kami p**ak kena dengar ucapan maaf tertunduk-tunduk dari jarak jauh style orang Jepun.

Kau tunduk, aku tunduk.
Aku tunduk, kau tunduk.

Ulang 88 kali, padahal dua-dua tengah cakap dekat phone.

Begitulah.

But it’s oraittt, dah biasa.

Cuma kali ni aku punya misi nak cari sorang budak kawan Leia tu semangatnya lebih tinggi dari biasa. Dalam banyak-banyak tuduhan pada kami sekeluarga, ini yang paling aku tak tahan.

Bersurai saja kelas aku terus pergi bisik kat telinga Leia,

“Leia, budak mana yang cakap Mommy gemuk?”

Nasib baik hari ini budak tu pilih untuk tak datang sekolah, aku dah siap sedia cili potong dalam beg.

Takutlah tu.

Lehenetsss.

KASI TUKARRR!Disebabkan tak nak glamor sangat, maka aku tukar nama profil FB dari nama surat beranak ke nama yang lebih ...
07/12/2024

KASI TUKARRR!

Disebabkan tak nak glamor sangat, maka aku tukar nama profil FB dari nama surat beranak ke nama yang lebih mudah untuk ingat.

Ikutkan nama Zaza ni nama panggilan asal masa aku kecik. Dah nama pun Zahirah, mestilah tak lari bunyi Zaza tu. Entah siapa punya kerja, dari Zaza ke Jaja. Aku pernah tanya Mak aku asal usul punca kesesatan ini tapi dah tak ingat.

Sepanjang umur aku 40 tahun, Ayah aku saja yang masih panggil Zaza. Barang-barang sekolah aku semua Ayah aku tulis sebesar-besar nama Zaza. Kalau kat seluar pendidikan jasmani tu, pakai Google Earth memang boleh nampak. Al-maklumlah sekolah asrama, ramai kaki rembat pemalas nak basuh seluar rendam dalam baldi 3 minggu.

Sidai je hilang,
hilang je sidai.

Bila mula buat PG, aku kenalkan diri dengan panggilan Zaza sebab konon nak match nama EZ, Ezzy dan Zaza.

Dan aku s**a.

Zaza.

Rasa macam cantik dan pandai.

Muahahaha.

Dan disebabkan aku dah tak boleh nak menipu lagi anak-anak makin melampaui ketinggian, akhirnya aku tukar jugaklah gambar profil yang dah setia bertahun.

Aku fikir lebih baik tukar sekarang, sementara aku belum jadi yang terfendek.

Buat masa ni kedudukan aku masih selamat.

ATD bukan ADTEpisod semalam Falah buat apa? Semakin berjemaah mesej aku dapat.Amboi kemain ya semua.Dulu masa Doktor Oma...
04/12/2024

ATD bukan ADT

Episod semalam Falah buat apa? Semakin berjemaah mesej aku dapat.

Amboi kemain ya semua.

Dulu masa Doktor Omar, tak cukup kena pekik dan tumbuk, ‘Zahirah’ ni jugaklah yang kena layan amukan sekampung. Direktor pun satu hal, dah tak ada nama lain dalam dunia. Nama glamor Tipah jugak dia nak ambik.

Sekarang ni p**a.

Tak payahlah suruh aku tanya ‘Falah’ ending ATD ni macam mana. Tak ada maknanya dia nak cerita sebab dia tahu kakak dia keji. Memang aku akan minta sorang RM20. Selamat tambang balik Malaya.

Apa-apa pun, aku s**a je layan korang punya kegembiraan melayan si Falah ni.

Cuma satu.

Kalau nak puji pasal lakonan, insya Allah aku boleh terima.

Tetapi,

tolonglah jangan buat perangai merengek kat aku sebab tak larat cair tengok Falah sweet sangat bagai. Siap ada yang minta buka beg kuning nak beli ikat tepi satu.

Tolonglah jangan.

Aku keluar dari perut mak sama dengan dia woi.

Terkembang-kembang tengkuk aku dengar.

Hishhh.

Sambungan cerita mee kari 4 kali tutup api.Ingat tak tutup api kali kedua?“Mommy, I’m not feeling well. Can Mommy pick m...
02/12/2024

Sambungan cerita mee kari 4 kali tutup api.

Ingat tak tutup api kali kedua?

“Mommy, I’m not feeling well. Can Mommy pick me up?”, ujar anakanda Eizwan separuh merengek.

Tayyyaaa!

Doktor sudah beri kata putus demam Eizwan yang tak baik-baik adalah disebabkan olehhh,

INFLUENZA A.

Sekarang memang dah mula musim influenza. Masuk saja musim sejuk, kena jaga-jagalah. Segala jenis virus akan bertebaran. Klinik / hospital penuh memanjang. Yang ada plan nak datang sini, cucuklah apa vaksin yang boleh dicucuk.

Kang tergolek sakit kat sini, lapan juta hal geng.

Kalau tak ada insurans, nak bayar doktor dan ubat mahal. Nak pergi klinik / hospital p**a bukan la la la boleh melenggang, kena buat appointment. Lepas tu, tak semua klinik / hospital nak terima kita. Pernah ada kes beberapa jam berpusing dalam ambulan sebab tak ada yang sanggup nak terima pesakit luar.

Tu belum masuk kau nak kena keluar kaki tangan nak bercakap tak faham. Penat woo mak ayam nak bergaduh dengan para itik sekalian.

Aku minta tiket parking kereta, doktor huru hara ingat aku minta ubat.

Doakan virus tak berpusing jangkit satu rumah ya, terutamanya jangkit kat Tipahlah.

Jenuh aihhh kalau influencer kena influenza.

Keh keh.

Hari ini masak mee kari sebab teringin nak makan untuk berbuka. Aku namakan mee kari ini,MEE KARI 4 KALI TUTUP API.Baru ...
29/11/2024

Hari ini masak mee kari sebab teringin nak makan untuk berbuka. Aku namakan mee kari ini,

MEE KARI 4 KALI TUTUP API.

Baru tumis,

“Mommy, Leia dah dalam train..”,

kita tutup api kali pertama dan keluar pergi ambik Cik Leia.

Baru masuk air,

“Mommy, I’m not feeling well. Can Mommy pick me up?”,

kita tutup api kali kedua dan keluar pergi ambik anak sulung Eizwan.

Baru masuk santan,

“Mommy kat mana? Eiyan dekat bus stop sekolah. Mommy boleh keluar ke?”,

kita tutup api kali ketiga.

Baru masuk garam,

“Ji kat Bubai..”

Kita tutup api kali keempat. Encik suami cinta hati gua yang sorang ini wajib pergi ambik dekat stesen setiap hari sebab sejenis bagi tenang.

Ehhh, habis tu tengok muka anak-anak tak tenang ke?

Ish, mestilah tenang.

Cuma sejenis tenang yang jangan disangka tiada naga.

Naga puasa al puaka.

Begitulah cerita mee kari 4 kali tutup api. Alhamdulillah nasib baik mee kari bila telan masih rasa mee kari.

Kalau rasa mee rebus,

aku gantung semua periuk belanga sekali dengan dapur aku telangkup.

住所

Fuchu, Tokyo

ウェブサイト

アラート

EZ KAZOKUがニュースとプロモを投稿した時に最初に知って当社にメールを送信する最初の人になりましょう。あなたのメールアドレスはその他の目的には使用されず、いつでもサブスクリプションを解除することができます。

事業に問い合わせをする

EZ KAZOKUにメッセージを送信:

共有する