14/11/2025
Cambodia Need Peace🇰🇭🙏
Cambodia always respect the peace agreement.
📞📞📞
Saya telah berbicara dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menerusi telefon untuk membincangkan perkembangan usaha damai susulan insiden terkini di sempadan kedua-dua negara.
Alhamdulilah, kedua-duanya memberikan maklum balas positif serta menegaskan komitmen untuk mencari penyelesaian damai, seterusnya mematuhi perkara yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Damai Kuala Lumpur.
Saya menegaskan pendirian Malaysia untuk melihat persahabatan dan gencatan senjata antara kedua-dua negara diperkukuh selaras persefahaman yang termeterai di Kuala Lumpur hujung bulan lalu. Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia untuk terus memainkan peranan sebagai pemudah cara dalam merintis jalan damai ini.
Kedua-dua Perdana Menteri turut menyampaikan penghargaan atas pendirian Malaysia serta peranan yang kita galas, bukan sahaja sebagai Pengerusi ASEAN tetapi juga selaku sahabat dan jiran serantau yang mendambakan keamanan.
Semoga kedua-dua negara terus menunjukkan kesungguhan dan keberanian untuk mengembalikan kestabilan di perbatasan demi keamanan yang berkekalan di rantau ini, dan demi keselamatan rakyat kedua-dua negara.
=====
I spoke with Cambodian Prime Minister Hun Manet and Thai Prime Minister Anutin Charnvirakul to discuss the latest developments in the peace efforts following the recent incident along their shared border.
Both leaders provided positive feedback and reaffirmed their commitment to pursuing a peaceful resolution, in line with the understandings agreed under the Kuala Lumpur Peace Accord.
I reiterated Malaysia’s position that the friendship and ceasefire between both countries must be further strengthened in accordance with the agreement concluded in Kuala Lumpur last month. I also conveyed Malaysia’s readiness to continue playing our role as a facilitator in charting this path towards peace.
Both Prime Ministers expressed their appreciation for Malaysia’s stance and the responsibility we shoulder not only as ASEAN Chair, but also as a friend and close neighbour committed to regional peace.
May both nations continue to demonstrate the resolve and courage needed to restore stability along the border, for lasting peace in the region and the safety of their people.