
07/07/2025
Dakwaan bahawa pengeluaran wang menerusi ATM dikenakan SST sebanyak lapan peratus adalah TIDAK BENAR.
Persatuan Bank-Bank di Malaysia (ABM) telah membuat penjelasan dan memberi jaminan bahawa perluasan skop cukai perkhidmatan yang berkuat kuasa 1 Julai 2025 tidak akan menjejaskan perkhidmatan perbankan asas yang biasa digunakan orang awam termasuk pengeluaran wang menerusi ATM.
Skop cukai perkhidmatan diperluas untuk perkhidmatan kewangan secara amnya akan digunakan untuk pengurusan dana, perkhidmatan berkaitan perbankan pelaburan dan perdagangan serta perkhidmatan berkaitan pembiayaan perdagangan.
Orang ramai yang memerlukan penjelasan lanjut mengenai perincian pelaksanaan cukai perkhidmatan ini dinasihatkan merujuk kepada institusi perbankan masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan.
Baca laporan penuh di www.mycheck.my