Akademi Bakat Negara

Akademi Bakat Negara Penyedia BAKAT Strategik. www.akademibakatnegara.my

 Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur hari ini 23 Mac 2024 Sabtu menerima kunjungan Sekretariat Akademi Bakat Negara...
23/03/2024



Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur hari ini 23 Mac 2024 Sabtu menerima kunjungan Sekretariat Akademi Bakat Negara dalam Jelajah Akademi Bakat Negara 2024.

Majlis bermula pada 9.30 pagi dengan perkongsian lebih 3 jam.

Pengasas Akademi Bakat Negara diraikan dalam majlis sesi ramah mesra dan foto kenang-kenangan sebaik selesai program ‘Kuatkan Tekad, Kejar Impian’.

📸 Cikpuan Fatin Kaunselor KPBKL / KPBKL MAIWP

19 Mac 2024SelasaPenghargaan Buat warga Kolej Komuniti Rompin Pahang Darul Makmur.Jelajah diteruskan ke 105 Kolej Komuni...
19/03/2024

19 Mac 2024
Selasa

Penghargaan Buat warga Kolej Komuniti Rompin Pahang Darul Makmur.

Jelajah diteruskan ke 105 Kolej Komuniti dan Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi.

Perkongsian bermula jam 10.30 pagi dan tamat jam 12.30 tengahari.

Terima kasih Puan Kaunselor Puan Ika Atikah dan pimpinan pengurusan untuk jemputan tadi.

Program Cinta Kampus Uda & Dara.

Kami amat berbesar hati,

Diharapkan objektif program tercapai dan kami boleh bekerjasama lagi di masa akan datang.

Selamat menempuh semester 2024
Salam Ramadhan 1445 Hijrah.

Selamat maju jaya.

Mohd Zuhdi Bin Zakaria
Kaunselor Klinik Kaunseling Zuhdi Zakaria

Sekretariat Akademi Bakat Negara
Penyedia Bakat Strategik

Bakal berlangsung esok bersama Komuniti Rompin, Pahang Darul Makmur.Majlis berlangsung selepas perhimpunan pelajar di bu...
18/03/2024

Bakal berlangsung esok bersama Komuniti Rompin, Pahang Darul Makmur.

Majlis berlangsung selepas perhimpunan pelajar di bulan Ramadhan 1445 Hijrah yang mulia ini.

Bersama menyedia bakat strategik negara melalui pembinaan bakat intrapersonal.

Akademi Bakat Negara
Penyedia Bakat Strategik

Bercinta-Berkahwin Masa Belajar?Saban tahun kita mendengar akan ada belia yang mahu bercinta-berkahwin ketika belajar. A...
27/02/2024

Bercinta-Berkahwin Masa Belajar?

Saban tahun kita mendengar akan ada belia yang mahu bercinta-berkahwin ketika belajar.

Alhamdulillah, keputusan untuk mengamalkan gaya hidup sihat masih tebal dalam masyarakat kita namun persoalan yang timbul mampukah belia mendepani cabaran bercinta-berumahtangga dan pengajian seterusnya bergraduat di masa yang ditetapkan?

Bagaimanakah cara pembahagian masa?

Apakah cabaran-cabaran yang bakal dilalui oleh pasangan yang bercinta-berkahwin masa belajar?

Temui kami esok seperti ketetapan di bawah.


Penyedia Bakat Strategik

5 Februari 2024IsninDanga Bay, Johor BahruSelesai rakaman 20 episod bina diri di Radio AnNur.Tim akademi bakat negara ju...
14/02/2024

5 Februari 2024
Isnin
Danga Bay, Johor Bahru

Selesai rakaman 20 episod bina diri di Radio AnNur.

Tim akademi bakat negara juga sempat mengadakan kunjungan hormat buat
Dato’ Haji Wan Mohd Nor Bin Haji Wan Mohamad
Pengurus Besar Radio Annur
Majlis Agama Islam Johor MAINJ.

Dengarkan Motivasi Radio AnNur
Menyalarasakan Kehidupan.

Radio AnNur
Cahaya Inspirasimu.

3 Februari 2024 (Sabtu)8.30 pagi -11.00 pagiDewan Barakah, Universiti Islam Sultan Ahmad Shah Pahang UNIPSASHujung Novem...
06/02/2024

3 Februari 2024 (Sabtu)
8.30 pagi -11.00 pagi
Dewan Barakah, Universiti Islam Sultan Ahmad Shah Pahang UNIPSAS

Hujung November 2023 pihak sekretariat akademi bakat negara menerima pelawaan jemputan program pemerkasaan mahasiswa.

Alhamdulillah pihak sekretariat menyelaras konten dan perjalanan program yang berfokuskan kepelbagaian kemahiran mahasiswa dan mahasiswi universiti.

Hari ini gembira dapat menyiapkan laporan dan ulasan program ‘how to be a multifunction students’.

Slot yang sangat kritikal buat mahasiswa kini. Untuk berdepan ledakan perubahan yang pantas dan pragmatik.

26,000 mahasiswa belum mendapat pekerjaan setelah bergraduat selama 6 bulan lalu.

Sesuatu perlu dilakukan. Sekarang dan praktikal.

Berkongsi pengalaman dan tip mahasiswa berjaya adalah usaha bersama ke arah kesejahteraan kehidupan. Universiti dan mahasiswa aset negeri dan negara.

Bersama mengangkat martabat ilmu dalam masyarakat madani.

Tahniah kepada pihak Unit Kesejahteraan Psikologi dan Kerjaya HEPA dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Sultan Ahmad Shah UNIPSAS Pahang.

30/01/2024

Semoga calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Malaysia 2023 dimudahkan urusan,

Diberikan kefahaman,

Ditunaikan hajat-hajatnya.

Aamin.

BAKAT TERANGKUM BOLEH DIASAHIndividu memiliki bakat. Lebih menggembirakan, individu boleh hidup dengan bakat yang ada.Ba...
29/01/2024

BAKAT TERANGKUM BOLEH DIASAH

Individu memiliki bakat. Lebih menggembirakan, individu boleh hidup dengan bakat yang ada.

Bakat-bakat asas seseorang yang inginkan kejayaan pastinya bakat intrapersonal.

Bakat mengawal nafsu, bakat membezakan keperluan dan kehendak juga bakat terangkum yang memungkinkan seseorang memiliki 2-3 kerjaya yang bermakna seterusnya menjadi enjin ekonomi individu boleh diupayakan.

Bertuah mereka yang memiliki konsep kendiri yang baik melalui pemahaman dan ilmu mengasah bakat intrapersonal.

Dengan anggaran 2 tahun lagi 2026 kepintaran jadian (artificial Intelligence) bakal mendominasi pasaran kerja, usaha-usaha memberikan kesedaran harus berjalan berterusan untuk kebaikan bersama.

Masyarakat depani teknologi, masyarakat embrace kedatangan teknologi-teknologi baharu yang bersifat up-to-date.

Minggu hadapan jelajah bakat negara diteruskan di Negeri Pahang Darul Makmur.

Selepas itu 5 Februari 2024 tim jelajah bakat negara akan berada di Johor Darul Ta’zim untuk memeriahkan karnival kerjaya Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJI).

23/01/2024
Alhamdulillah.Pagi ini sesi bersama pelajar MRSM Pekan.
06/01/2024

Alhamdulillah.
Pagi ini sesi bersama pelajar MRSM Pekan.

12 Disember 2023 (Selasa)PekanPahang Darul MakmurTelah berlangsung libaturus bakat terangkum meliputi akademik-sahsiah d...
13/12/2023

12 Disember 2023 (Selasa)
Pekan
Pahang Darul Makmur

Telah berlangsung libaturus bakat terangkum meliputi akademik-sahsiah dan bakat pelajar tingkatan 2 Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan Pahang.

Dikongsikan celik akal berkenaan 188,884 pelajar lepasan SPM yang tidak mahu melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi juga bagaimana berdaya tindak dengan cabaran bakat semasa.

Sesi selama hampir 120 minit memberikan kesan yang pelbagai buat sekolah, murid, guru dan komuniti.

Akademi Bakat Negara
Penyedia BAKAT Strategik

Pembinaan sahsiah bermula daripada 0-8 tahun.Modul pembinaan sahsiah yang paling baik dan berkesan adalah modul berpandu...
06/12/2023

Pembinaan sahsiah bermula daripada 0-8 tahun.

Modul pembinaan sahsiah yang paling baik dan berkesan adalah modul berpandukan al-quran dan assunnah.

Syabas kepada pimpinan guru-guru SK Bandar, Batu Pahat atas penganjuran program ini.

Akademi Bakat Negara, penyedia bakat strategik.

Selesai amanah yang telah dipertanggungjawabkan hari ini di SK Seri Sabak Uni, Batu Pahat Johor sempena Program Let’s Ta...
06/12/2023

Selesai amanah yang telah dipertanggungjawabkan hari ini di SK Seri Sabak Uni, Batu Pahat Johor sempena Program Let’s Talk Minda Sihat.

Antara kepentingan agar pelajar mempunyai imej kendiri yang baik adalah mendekatkan diri dengan Al-Quran, jadikan Zikir sebagai amalan harian dan menjaga solat.

Minda yang tercemar biasanya dipengaruhi oleh gangguan iblis dan syaitan.

Perkuatkan benteng dan kawalan diri dengan perbanyak membuat kebaikan. InsyaAllah dalam jagaan Allah selalu.

18/11/2023

Corporate Social Responsibility (CSR) Programme
TAYLOR’S COLLEGE with Community.

18 November 2023
9.30 a.m
Kuala Lumpur, Malaysia.

Akademi Bakat Negara
Penyedia BAKAT strategik.

16 November 2023KhamisSMK Mat Kilau Kuantan Pahang Darul Makmur.Selesai intervensi bakat dan kepintaran dalam Program Ta...
17/11/2023

16 November 2023
Khamis
SMK Mat Kilau Kuantan Pahang Darul Makmur.

Selesai intervensi bakat dan kepintaran dalam Program Tazkiyyah Nafs di Kuantan.

Butiran audien adalah seperti berikut :

Murid perempuan 76 orang,
Murid lelaki 43 orang,
Guru 7 orang,
Sosioekonomi daripada kumpulan pendapatan isi rumah sederhana.

Sebanyak RM 58.7 bilion diperuntukan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia bagi belanjawan 2024.

Akademi Bakat Negara
Penyedia Bakat Strategik.

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60192549816

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Bakat Negara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Bakat Negara:

Share

Category