Njshare

Njshare Welcome! A simple, easy and fast recipes yet nutritious meals hope will benefit to everyone. Get inspired to inspire others

Puding Sumi hanya 4 bahan tapi sedap teramat.Bahan-bahannya:1liter susu segar 2sb gula atau secukup rasa1.5sb serbuk aga...
17/05/2025

Puding Sumi hanya 4 bahan tapi sedap teramat.

Bahan-bahannya:
1liter susu segar
2sb gula atau secukup rasa
1.5sb serbuk agar-agar
Sumi secukupnya

Cara membuatnya:
Dalam periuk satukan kesemua bahan di atas kecuali sumi
Kacau rata dan biarkan selama 20-30minit
supaya serbuk agar-agar hancur dan sebati dengan susu
Masa masak pun dapat disingkatkan.

Sementara itu keluarkan sumi dari bekas plastik,
di potong dua dan atur dalam loyang.
Selang selikan warna sumi, biar nampak lebih menarik pudingnya.
Saiz loyang 8' x 8'.

Masa untuk masak susu yang dicampurkan dengan gula dan serbuk agar-agar tadi.
Masak atas api perlahan dan kacau pelan-pelan.
Kacau berterusan sampai susu naik wap atau mula mendidih.
Tutup api.
Tuang campuran ini ke atas sumi hingga sumi tenggelam.
Biarkan sejuk, selepas itu simpan dalam peti ais hingga set.

Bila puding sumi dah set, potong bentuk empat segi dan hidang.
Puding sumi pasti jadi kegemaran anak-anak.
Cuba ya!

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Rohizat Ab Rahman, Napsiah Ismail, Norliana Ana, Normah K...
16/05/2025

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Rohizat Ab Rahman, Napsiah Ismail, Norliana Ana, Normah Kamaruddin, Suzana Ramli Jamino, Mariam Hashim, Azy Aziah, Zarena Abdullah, Noraini Abdul Aziz, Norlilah Hjbuang, 阿波啰, Siti Khadijah, Zalehah Zalehah, Mellen Mellen, Saiful Epoi, Xenon Iqal, Nong Sari Abdul Hamid

Selama ini saya sangkakan mentimun hanya baik untuk kesihatan tubuh badan saja rupanya sangat bagus untuk mata juga. Ber...
16/05/2025

Selama ini saya sangkakan mentimun hanya baik untuk kesihatan tubuh badan saja rupanya sangat bagus untuk mata juga. Berikut adalah 5 khasiat mentimun terhadap mata:

1. Mengurangkan bengkak atau kantung mata
Mentimun memiliki kandungan air tinggi dan sifat anti-inflamasi yang membantu mengurangi bengkak di sekitar mata, termasuk kantung mata akibat kurang tidur atau keletihan.

2. Menyegarkan dan menyejukkan mata yang letih
Suhu dingin dari hirisan mentimun yang ditempelkan di mata dapat memberi kesan menenangkan dan menyegarkan, sesuai untuk meredakan mata letih akibat menatap layar terlalu lama.

3. Mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata
Kandungan antioksidan dan silica dalam mentimun membantu mencerahkan kulit di sekitar mata dan boleh membantu memudarkan lingkaran hitam secara bertahap.

4. Melembapkan kulit sekitar mata
Kandungan air yang tinggi (lebih dari 90%) membantu menjaga kelembapan kulit di sekitar mata, mencegah kekeringan dan iritasi ringan

5. Mencegah tanda-tanda penuaan
Vitamin C dan antioksidan dalam mentimun membantu melindungi kulit dari kerosakan akibat radikal bebas, yang terjadinya kedutan dan garis halus di sekitar mata.

Bila dah tahu khasiatnya, jangan lupa masukkan mentimun dalam list makanan harian kita.

7 Tips merebus jagung, yang anda perlu tahu!1. Pilih jagung yang elok dan segarPilih yang kulitnya masih berwarna kehija...
14/05/2025

7 Tips merebus jagung, yang anda perlu tahu!

1. Pilih jagung yang elok dan segar
Pilih yang kulitnya masih berwarna kehijauan dan perhatikan batang bahagian bawah tak kering dan tak pecah.
Cara simpan, sebaiknya simpan dalam peti ais supaya isinya kekal manis.

2. Jangan kupas atau buang kulitnya
Rebus sekali dengan kulit agar jagung kekal segar dan tak kecut.
Hanya kerat hujung dan pangkal dan buang kulit yang tua sahaja.
Tinggalkan sedikit kulit muda supaya dapat tutup isi jagung untuk dapatkan isi yang lebih empuk dan lebh berlemak.

3. Cara rebus jagung agar empuk dan lebih sedap
Guna air separas dengan jagung., didihkan air terlebih dahulu, air sudah mendidih masukkan jagung.
Selepas mendidih kali kedua kecilkan api dan renihkan selama 5-10 minit.

4. Jangan masukkan garam terlalu awal
Masukkan garam selepas air mendidih atau jagung dah masak, agar isi jagung tak keras ataupun liat.

5. Tambahkan sedikit gula
Selain garam, tambah sedikit gula untuk memberikan rasa yang lebih manis.

6. Jangan rebus terlalu lama
Jagung yang direbus terlalu lama, isinya akan mengecut dan tak rangup.

7. Sapu mentega
Semasa hidang sapukan dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih.
Rasanya pasti lebih berlemak dan lebih beraroma.

Semoga bermanfaat.

Tahukah anda? Tips hilangkan kesan kunyit pada lesung batu tanpa keluar sesen pun. Kesan kuning pada lesung memang susah...
11/05/2025

Tahukah anda? Tips hilangkan kesan kunyit pada lesung batu tanpa keluar sesen pun.
Kesan kuning pada lesung memang susah nak hilang, walau cuci berulang kali. Sebelum ni saya dan guna macam-macam dari pencuci pinggan mangkuk, cuka makan, soda bikarbonat dan macam-macam lagi tapi tetap sama, tak hilang sepenuhnya.
Sehinggalah saya jumpa seorang kawan kongsi tips ini dan paling best tak perlu keluar sesen pun untuk bahan pencuci tambahan.
Caranya, setiap kali selepas guna lesung batu, cuci bersih-bersih dan jemur di bawah panas cahaya matahari.
Kotoran degil kesan kunyit, pelan-pelan akan pudar ke warna asal.
Kalau kesan kotoran tebal ambil masa sikit, jadi kena jemur berulang kali, jemur sampai kembali ke warna sediakala.
Perbandingan boleh tengok gambar di bawah sebelum dan selepas.
Teknik ni kena rajin sikit tapi berbaloi.
Semoga membantu.

Selepas saya post video Bawang Holland goreng tepung kekal rangup walaupun dah sejuk ada viewer tanya, apa tu tepung ran...
16/02/2025

Selepas saya post video Bawang Holland goreng tepung kekal rangup walaupun dah sejuk ada viewer tanya, apa tu tepung rangup? Nak tahu tepungnya macam mana klik link dibawah ada pelbagai pilihan:
https://s.shopee.com.my/4fhPPadnVI

03/02/2025

Penyejuk tekak di kala hari panas, Agar-agar Lumut Gula Merah, caranya cepat, senang yang pasti sedap! Wallaa...

Address

Thongwa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Njshare posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share