Bahagian Geospatial Pertahanan

Bahagian Geospatial Pertahanan BGSP - JUPEM menyediakan khidmat pemetaan secara digital dan fizikal bagi keperluan data Geospatial.

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐†๐„๐Ž๐’๐๐€๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ (๐‰๐†๐) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“KUALA LUMPUR, 16 Jul 2025. Ketua Staf Markas Angkatan Ten...
18/07/2025

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐๐Š๐”๐€๐’๐€ ๐†๐„๐Ž๐’๐๐€๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ (๐‰๐†๐) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐Ÿ’/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

KUALA LUMPUR, 16 Jul 2025. Ketua Staf Markas Angkatan Tentera (KS MK ATM), Leftenan Jeneral Datoโ€™ Azhan bin Hj Md Othman telah mempengerusikan Mesyuarat JGP Siri 24/2025 bertempat di Wisma Perwira ATM yang juga dihadiri oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (KPUP) merangkap Pengarah Kehormat Ukur Tentera, Kol (K) Datoโ€™ LSr Hazri bin Hassan selaku penasihat bagi jawatankuasa ini.

Mesyuarat yang dijalankan dua kali setahun ini antara lain adalah membincangkan perkara-perkara dasar dalam menentukan jenis, spesifikasi dan piawaian bagi pelbagai produk geospatial pertahanan dan turut membincangkan dalam menentukan keutamaan kawasan dan jangkamasa kemaskini terhadap urusan pemetaan dan data geospatial bagi kegunaan operasi, latihan dan eksesais di dalam ATM.

Ini adalah bertujuan untuk mendukung usaha pembentukan Angkatan Masa Hadapan. Penguasaan maklumat geospatial merupakan komponen yang signifikan bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa relevan dan berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi untuk berhadapan dengan sebarang bentuk ancaman moden.

JUPEM adalah agensi yang berperanan dalam membekalkan segala keperluan perkhidmatan geospatial pertahanan untuk ATM. Turut hadir adalah wakil dari pihak MKN-PPON dan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.








๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€Kuala Lumpur, 14 Julai 2025 โ€” Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), ...
16/07/2025

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐€๐๐†๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€

Kuala Lumpur, 14 Julai 2025 โ€” Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Brigedier Jeneral Datoโ€™ Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab telah mengadakan kunjungan hormat kepada Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM bertempat di Markas Angkatan Bersama, Sungai Panching, Kuantan.

Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan, Kol Norazlin bt Hj Pamuji. Seterusnya, kunjungan hormat ini diteruskan dengan Taklimat BGSP kepada Panglima Angkatan Bersama bersama pegawai-pegawai kanan Markas Angkatan Bersama. Taklimat ini bertujuan untuk menerangkan kefungsian BGSP dalam agenda Geospatial Pertahanan peringkat nasional merangkumi domain pertahanan, keselamatan dan pengurusan bencana.

Hasil daripada pertemuan ini dapat membuka peluang secara langsung bagi memperkukuhkan kecekapan operasi geospatial terutamanya dalam bidang pertahanan melalui kemajuan teknologi-teknologi yang lebih kontemporari. Selain itu, beberapa inisiatif baharu turut dilontarkan termasuk menjalinkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi serta bahagian yang berkepentingan dalam ATM bagi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara melalui penggunaan teknologi geospatial yang lebih efisien dan berdaya saing.

Kunjungan hormat ini berakhir dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati sebagai simbolik penghargaan dan komitmen terhadap kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.





24/06/2025
๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐†๐’๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐‚ ๐”๐๐๐Œ | 13 JUN 2025Pembangunan keupayaan Angkatan Masa Hadapan menuntut pembangu...
23/06/2025

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐†๐’๐ ๐Š๐„๐๐€๐ƒ๐€ ๐๐‚ ๐”๐๐๐Œ | 13 JUN 2025

Pembangunan keupayaan Angkatan Masa Hadapan menuntut pembangunan sistem pertahanan yang berteraskan data dan teknologi serta mengambil kira keupayaan geospatial. Untuk mencapai tujuan ini, terdapat beberapa bidang tumpuan strategik dan inisiatif yang boleh diambil oleh Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk berfungsi sebagai Centre of Excellence (CoE) dalam bidang geospatial pertahanan, dengan penekanan khusus pada penyepaduan Artificial Intelligence (AI) dan Machine Learning (ML). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), yang diberi kepercayaan oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berfungsi sebagai hub maklumat dan perkhidmatan geospatial pertahanan, sedang membangunkan keupayaan Battlespaceโ€™s Digital Twin untuk framework Joint Common Operation Picture (JCOP). Kerjasama strategik dengan sektor akademik dapat mempercepatkan perlaksanaan misi ini. Ini akan mewujudkan senergi di antara sektor operasi dan akademik, memperkukuhkan aktiviti geospatial pertahanan JUPEM, serta memastikan pengaplikasian yang berkesan bagi Angkatan Masa Hadapan di masa depan.

Sehubungan dengan itu, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) Brigedier Jeneral Datoโ€™ Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab telah mengadakan kunjungan hormat kepada Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad untuk meninjau peluang kerjasama antara JUPEM dengan UPNM. Kunjungan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas awal tentang cadangan pengwujudan Centre of Excellence (CoE) di UPNM dalam bidang geospatial pertahanan. Pertemuan awalan ini telah mengenalpasti beberapa inisiatif strategik yang merangkumi skop COE, termasuk peningkatan Geospatial Intelligence Science and System, pengurusan data dan analitik, pendidikan geospatial, kerjasama Awam-Swasta (Public-Private Partnerships), kerjasama interdisiplin, dan kerjasama antarabangsa.

Kerjasama ini dijangka akan membawa kepada inovasi dan peningkatan dalam bidang geospatial pertahanan, serta memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemimpin dalam teknologi pertahanan masa depan. Dengan menyatukan usaha akademik dan operasi, kedua-dua pihak dapat mengembangkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran pertahanan yang semakin kompleks. Ini juga akan memberikan peluang kepada pelajar dan penyelidik untuk terlibat dalam projek-projek berimpak tinggi, yang pada akhirnya akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Angkatan Tentera Malaysia dalam menjalankan tugasnya.











๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—”๐—ž๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก (๐—ข๐—Ÿ๐—ฃ) ๐—ž๐—˜ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก (๐—•๐—š๐—ฆ๐—ฃ) Kuala Lumpur, 5 Jun 2025...
06/06/2025

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—”๐—ž๐—ฆ ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก (๐—ข๐—Ÿ๐—ฃ) ๐—ž๐—˜ ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—š๐—œ๐—”๐—ก ๐—š๐—˜๐—ข๐—ฆ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก (๐—•๐—š๐—ฆ๐—ฃ)

Kuala Lumpur, 5 Jun 2025 | Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan (AKS OLP), Mej Jen Dato' Indera Zahari bin Mohd Ariffin telah melaksanakan lawatan kerja ke Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) pada 5 Jun 2025. Ini merupakan lawatan ulung beliau ke BGSP semenjak mengambil alih jawatan AKS OLP. Turut hadir ialah KP COP Bgd Jen Mohd Rafi bin Muhammad serta wakil daripada Jab RAJD, MDIO, RISLA, RISUD dan Cawangan Perisikan TD.

Antara pengisian program lawatan ini ialah Taklimat Pameran Statik Keupayaan BGSP merangkumi Kenderaan Geospatial Mobile System (GSMS) dan keupayaan UAV di BGSP. Lawatan diteruskan dengan sesi Taklimat Operasi BGSP di Bilik Operasi BGSP dan diakhiri dengan sesi perbincangan berkaitan hala tuju Perkhidmatan Geospatial Pertahanan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perbincangan tertumpu kepada Kefungsian Perkhidmatan Geospatial Pertahanan semasa ini dalam ATM. Di samping itu penggunaan teknologi GIS yang komprehensif, tepat dan terkini dalam menyokong keputusan operasi dan perancangan strategik ATM.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkasa penggunaan teknologi geospatial sebagai elemen sokongan utama ke arah pengoperasian pertahanan negara yang lebih mantap, bersinergi dan berpandangan jauh.




05/05/2025

๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜-๐Ÿฎ๐Ÿฏ: ๐—ž๐—˜๐—จ๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—”๐—ง๐— 

Panglima Angkatan Tentera Ke-23, Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaafar menggariskan empat teras utama sebagai falsafah pemerintahannya dalam menerajui Angkatan Tentera Malaysia ke arah kecemerlangan yang lebih holistik dan berdaya saing.

๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—™๐—ฎ๐—น๐˜€๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ memberi tumpuan kepada Kesiagaan Operasi (Operational Readiness), selari dengan matlamat utama memastikan ATM sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan yang tinggi menghadapi sebarang kemungkinan.

๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—™๐—ฎ๐—น๐˜€๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฑ๐˜‚๐—ฎ p**a mengangkat kepentingan Pelaburan dan Pembangunan Modal Insan yang Holistik, mencerminkan komitmen ATM dalam melahirkan anggota yang bukan sahaja berkebolehan tinggi, malah memiliki nilai integriti dan kepimpinan unggul.

๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—™๐—ฎ๐—น๐˜€๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ menyentuh soal Kelestarian dan Kesejahteraan Kehidupan Warga ATM, memperlihatkan keprihatinan terhadap kebajikan serta keseimbangan kehidupan profesional dan peribadi setiap anggota dan keluarga mereka.

Akhir sekali, ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€ ๐—™๐—ฎ๐—น๐˜€๐—ฎ๐—ณ๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ menekankan keperluan untuk Memperkukuh Diplomasi Pertahanan dan Hubungan Ketenteraan sebagai platform kerjasama strategik di peringkat serantau dan antarabangsa.

Berpandukan prinsip Duty, Honour, Sacrifice, kepimpinan Jeneral Datuk Hj Mohd Nizam dijangka memperkukuh kedudukan ATM sebagai benteng pertahanan negara yang ampuh dan disegani.




๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐’๐๐€๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐Kuala Lumpur, 29 April 2025 | Bahagian Geospati...
02/05/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐๐„๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐’๐๐€๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐

Kuala Lumpur, 29 April 2025 | Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Bahagian Geospatial Pertahanan dengan penuh kesederhanaan dan kesyukuran yang turut dihadiri LSr Datoโ€™ Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Pegawai-Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia. Di samping itu, Majlis Ulang Tahun Kelahiran staf BGSP turut diraikan bersama sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Majlis ini diadakan bagi meraikan lebaran dalam suasana penuh kemeriahan serta mengeratkan ukhuwah antara pihak JUPEM dan pihak ATM selain mengukuhkan kerjasama diantara kedua-dua agensi ini. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini.

Semoga semangat kebersamaan ini terus kukuh dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab kita bersama. Salam Syawal dari seluruh warga Bahagian Geospatial Pertahanan.





๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‹๐„๐๐€๐‘๐€๐ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga JUPE...
30/03/2025

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐‹๐„๐๐€๐‘๐€๐ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ”๐‡

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga JUPEM, warga BGSP, serta umat islam di seluruh Malaysia.

Semoga Syawal ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah buat kita semua. Raya lebih bermakna dengan keikhlasan dan kemaafan sesama insan.

Ingatan tulus ikhlas daripada YBhg Brig Jen Datoโ€™ Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohd Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan.







28/03/2025

๐๐„๐‘๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin daripada kami warga Bahagian Geospatial Pertahanan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia JUPEM

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐’๐๐€๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“KUALA LUMPUR, 14 Mac 2025 - Majlis Khatam Al-Quran BGSP ...
22/03/2025

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐†๐ˆ๐€๐ ๐†๐„๐Ž๐’๐๐€๐“๐ˆ๐€๐‹ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2025 - Majlis Khatam Al-Quran BGSP telah berlangsung dengan jayanya yang disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Datoโ€™ Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan dengan kehadiran warga BGSP yang bersama-sama meraikan kejayaan mengkhatamkan Al-Quran.

Majlis dimulai dengan tazkirah ringkas dan tadarus yang dipimpin oleh Encik Mohamad Najib bin Masuri. Sebagai tanda kesyukuran, majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YBhg Pengarah BGSP kepada semua peserta tadarus Al- Quran yang terlibat.

Semoga kita terus istiqamah dalam melakukan ibadah di bulan Ramadan dan semoga amalan membaca Al-Quran ini diberi ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.







๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐„๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‘๐€๐“Kuala Lumpur, 6 Februari 2025 โ€” YBhg Brig Jen Ts Roshdan bin Ahmad telah m...
21/03/2025

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐€๐๐ƒ๐„๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐Œ๐„๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‘๐€๐“

Kuala Lumpur, 6 Februari 2025 โ€” YBhg Brig Jen Ts Roshdan bin Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Geospatial Pertahanan bagi membincangkan usaha sama memperkasa kemahiran Train Analysis dan perancangan jangka panjang bagi Tred Geospatial. Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kapasiti tenaga kerja dalam menghadapi cabaran teknologi terkini dan meningkatkan kecekapan operasi geospatial pertahanan.

Dalam sesi perbincangan tersebut, beliau juga menekankan kepentingan latihan berterusan dan pembangunan modal insan yang berfokuskan kepada kemahiran analisis data geospatial yang lebih mendalam. Beliau turut mencadangkan beberapa inisiatif baharu termasuk program latihan khusus dan kerjasama strategik dengan agensi-agensi berkaitan untuk mempercepatkan proses transformasi teknologi dalam bahagian tersebut.

Hasil daripada pertemuan ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk merangka pelan tindakan jangka panjang yang melibatkan peningkatan kursus latihan serta penyediaan infrastruktur sokongan yang lebih mantap. Langkah ini dilihat selaras dengan visi meningkatkan kesiapsiagaan pertahanan negara melalui penggunaan teknologi geospatial yang lebih efisien dan berdaya saing.

Kunjungan hormat ini berakhir dengan sesi bergambar dan penyerahan cenderahati sebagai simbolik penghargaan dan komitmen terhadap kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan.





Address

Thongwa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Geospatial Pertahanan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share