Mulakan dengan bismilah

😞
14/06/2025

😞

Adaptasi komik ini dari anjing tiga kaki yang berada di kawasan office aku. Sekarang depan mata aku setakat ni. Dah tak de orang kacau dia.

Punca dia jadi kurang upaya pun aku tak tahu cerita sebenar. Tapi aku nak jadikan komik ringkas ini. Dan nak ada value pengajaran yang kita jangan menganiaya haiwan. Itu sahaja. Bukan aku nak suruh korang puja-puja anjing ni.

Cumanya aku ni cepat lupa. Memori aku dengan Katthy dulu pun dah samar-samar. Jadi untuk sentiasa aku ingat ingatkan balik memori aku. Dengan gambar-gambar dan caption macam ni la.

Jangan tanya aku kenapa aku cepat lupa. haha

Tompok
16/05/2025

Tompok

TOMPOK – Jejak Seekor Jiwa

Di tepi pantai yang sering dilupakan, di bawah langit yang kadang muram kadang cerah, wujudlah seekor anjing gelandangan bernama Tompok. Bulu kusamnya berselang tompok-tompok putih dan keperangan, seperti lembaran sejarah yang disulam luka dan harapan. Dia bukan sekadar seekor anjing, dia adalah saksi bisu kepada ragam kehidupan manusia, dan lambang sejati kasih tanpa syarat.

Tompok tidak dilahirkan dalam kemewahan,pasir-pasir pantai adalah tilamnya, teduhan pokok menjadi bumbungnya, dan sisa makanan manusia adalah hidangannya saban hari. Namun di sebalik setiap cakar yang melangkah lesu, terselit satu kekuatan yang jarang terlihat, kekuatan untuk terus hidup, untuk terus percaya, meskipun dunia seolah-olah tidak pernah menyambut kehadirannya.

Dia telah melalui malam-malam dingin tanpa pelukan, siang yang terik tanpa naungan, dan hari-hari yang panjang tanpa jaminan keselamatan. Pernah dihalau, pernah dicemuh, pernah dilukai namun tidak pernah dia membalas dengan marah. Di setiap langkahnya, ada kesabaran. Di setiap pandangan matanya, ada ketabahan.

Apa yang membuat Tompok istimewa bukan sekadar kisah duka yang dia bawa, tetapi bagaimana dia membawa kisah itu, dengan tenang, dengan gagah, dengan hati yang tetap setia pada kebaikan manusia. Di satu simpang jalan, ada yang memberi air. Di satu bangku tua, ada tangan kecil menyuap roti. Dan di situ, benih kasih mula tumbuh. Tompok mengajar kita walau sebesar mana luka masa lalu, kasih itu tetap punya ruang untuk bertunas.

Tahun demi tahun berlalu,Tompok kini berjalan perlahan, matanya kelabu, langkahnya tidak lagi sekuat dulu. Namun setiap orang yang mengenalnya tahu jiwa di dalam tubuh tua itu tetap terang menyala. Dia bukan lagi sekadar anjing gelandangan. Dia kini simbol. Simbol kecekalan. Simbol kesetiaan. Simbol bahawa kasih sayang tidak memilih bentuk, tidak memilih rupa, tidak memilih siapa.

Kini di hujung usianya, Tompok menjadi legenda. Kanak-kanak menyebut namanya, orang tua mengusap kepalanya, dan mereka yang pernah menyakiti, kini diam, malu, dan mungkin belajar.

Tompok mengajar kita sesuatu yang jarang dipelajari dari buku, bahawa makhluk yang paling terpinggir pun mampu membawa cahaya. Bahawa dalam diam, mereka berbicara. Dalam luka, mereka mengajar. Dan dalam cinta, mereka menyatukan kita semua sebagai manusia yang punya hati.

Terima kasih YB Zahir Hassan  . Semoga sentiasa dlm rahmat allah SWT. Xpenah jemu menolong kami pembeli teraniaya
15/05/2025

Terima kasih YB Zahir Hassan . Semoga sentiasa dlm rahmat allah SWT. Xpenah jemu menolong kami pembeli teraniaya

MAKLUMAN BUAT PEMBELI RUMAIWP RESIDENSI HEKTAR:

Alhamdulillah, hari ini saya telah dimaklum pihak pemaju HEKTAR ANEKA SDN BHD telah menerima surat tawaran kemudahan kewangan bertarikh 14 Mei 2025. Ini adalah hasil peranan yang telah dimainkan dari pelbagai pihak termasuk jaminan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi meningkatkan keyakinan institusi kewangan untuk memberikan kemudahan kewangan tersebut.

Jika sekarang kemudahan kewangan telah diperlolehi, kita hanya menunggu pihak pemaju untuk menyegerakan mula kerja di tapak sehingga siap sempurna projek tersebut seberapa segera. Kita akan sama-sama mengikuti serta memantau perkembangan secara dekat.

Kita juga akan terus berdoa moga projek ini dapat diteruskan sehingga siap dan para pembeli menerima milikan kosong unit masing-masing tanpa apa-apa halangan lagi selepas ini.

😻
10/05/2025

😻

03/05/2025

Mana pencinta haiwan semua? Time orang nak bunuh, mula la meroyan. Time kejar orang, gigit orang tak de p**a mereka datang. Elok bagi racun je kat mereka, letak jarum atau paku dalam makanan mereka biar mereka merana.

Benda-benda yang aku tulis tu common komen yang ditulis oleh pengguna facebook. Bila aku amati profile mereka. Ada yang berkeluarga. Bersama anak-anak mereka bahagia. Ada pentegar politik, yang mana ruangan profile mereka dipenuhi dengan posting politik.

Ada yang penuh dengan nilai kegamaan, yang mana beberapa minit selepas mereka menulis komen jelek, mereka boleh updated status beristighfar dan share postingan agama.

Aku sebenarnya kesian dengan orang macam ni. Sungguh aku kesian. Dia tak de tempat nak luahkan kemarahan. Jadi dia marah kat semua orang. Especially orang yang tengah berusaha untuk membantu menyelesaikan masalah-masalah seperti ini.

Aku kesian, yang orang macam ni loser, tak kreatif berfikir dan penuh dengan kemarahan. Dan paling utama pemalas. Dia malas nak selesaikan masalah-masalah macam ni. Dia salahkan orang tak tolong dia selesaikan.

Menyalahkan feeder, menyalahkan orang trap and neuter dan menyalahkan anjing sekeliling. Seumpama, orang-orang tersebut yang membuat salah. Aku memang consistent dalam penulisan aku. Kalau betul nak lepas amarah. pergi cari owner yang buang anjing tu, pergi cari contactor-contractor yang buka tanah perumahan yang bawa anjing konon2 nak suruh jaga kawasan, bila siap project blah macam tu.

Itu yang sepatutnya. Nak harapkan pihak kerajaan? Anggap je mereka tak wujud. Senang cerita. Rakyat lah kena sesama sendiri membantu rakyat.

Adakah layak untuk aku menulis perkara-perkara macam ni? Tak layak sebab aku bukan selalu pun turun padang. Ada duit aku buat, tak de duit aku senyap kat rumah. Yang paling penting, itu semua dari poket aku sendiri.

Dan last sekali, tolong lah educate masyarakat dan anak-anak. Jangan jadi bangsat s**a membaling batu, s**a memukul kucing anjing. Korang pun tak s**a anak-anak korang kena buli? Betul tak?

Simple, semua hidupan kat dunia ada hak nak hidup. Melainkan ia menjadi perosak, musuh yang membahyakan atau boleh mengancam hidup kau.

Selebihnya, kita sebagai manusia berakal. slow-slow lah kawal pop**asi mereka dengan trap dan neuter. Haiwan jalanan ni, paling kuat pun 5-6 tahun je kat luar tu. Taw-taw mati kena langgar kereta.

Jadi lah baik. Tuhan nak kita jadi manusia baik. Ikutlah apa yang tuhan nak. Bukan kita jadi tuhan.

Lupa nak tulis. Apa yang aku tulis, ilham dari tuhan bagi. Segala yang baik, semua dari tuhan. Yang tak baik dari aku hamba, pendosa, makhluk hina dina yang tiada kuasa.

Thenang My - HQ
Thenang Talk Podcast

Depa xfhm kot
12/04/2025

Depa xfhm kot

Address

Thongwa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mulakan dengan bismilah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mulakan dengan bismilah:

Share