Lumino TV

Lumino TV Explore & Experience Places Differently with Lumino TV. Online Travel Channel
(674)

23/07/2025

Majlis Penghargaan Bersempena Ulang Tahun Ke-100 Tun Dr. Mahathir & Ke-99 Tun Dr. Siti Hasmah Dan Terima Kasih Penderma: "Sumbangan Anda, Harapan Buat Pesakit Ijn"

Institut Jantung Negara (IJN) hari ini telah mengadakan majlis penghargaan bagi mengiktiraf sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat dalam menaja rawatan pesakit jantung yang kurang berkemampuan. Majlis ini turut diadakan bersempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-100 tokoh perintis penubuhan IJN, Tun Dr. Mahathir Mohamad, serta ulang tahun kelahiran ke-99 Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Majlis Hi-Tea Penghargaan NGO yang berlangsung di Sofitel Kuala Lumpur ini menghimpunkan 21 pertubuhan bukan kerajaan dan rakan korporat utama yang telah menyalurkan sokongan bagi membolehkan ratusan pesakit mendapatkan rawatan jantung tepat pada masanya di IJN.

Sepanjang tahun 2024 sahaja, lebih RM49.9 juta telah berjaya dikumpulkan menerusi usaha kolektif Kerajaan Malaysia (melalui Unit Taksiran Khas Kementerian Kesihatan Malaysia - UTK-KKM), Yayasan IJN, dan 17 NGO, yang telah memberi manfaat secara langsung kepada 2,517 pesakit. Sehingga kini, bagi tahun 2025, sebanyak RM20,702,470 lagi telah disalurkan bagi menyokong lebih ramai pesakit yang memerlukan.

Majlis ini turut memberikan penghargaan khas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas kerjasama berterusan melalui UTK-KKM yang telah memainkan peranan penting dalam membiayai rawatan pesakit kurang berkemampuan di IJN. Usaha ini merupakan pemangkin utama dalam memastikan akses kepada rawatan jantung yang saksama tanpa mengira latar belakang kewangan pesakit.

Antara wakil yang turut hadir ialah:

*UNIT TAKSIRAN KHAS, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

* YAYASAN IJN

* LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

* ONE HOPE CHARITY & WELFARE

*MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

* SOCIETY FOR THE SABAH HEART FUND

* YAYASAN MAYBANK

* YAYASAN TENAGA NASIONAL BERHAD

* KITAFUND

* STAR FOUNDATION

* CCEP FOUNDATION

* YAYASAN JANTUNG KONGENITAL MALAYSIA

* YAYASAN CHOW KIT

* SINAR HARIAN

* NEW STRAITS TIMES PRESS

* MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

* MAJLIS UGAMA ISLAM & ADAT RESAM MELAYU PAHANG

Majlis turut diserikan dengan sesi perkongsian khas oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan visi dan cabaran dalam penubuhan IJN pada awal 1990-an. IJN telah diasaskan di bawah kepimpinan beliau dengan misi menyediakan rawatan jantung bertaraf dunia kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira status mahupun tahap pendapatan.

19/07/2025

Samsung Malaysia buka tirai Galaxy Unfolds Roadshow dengan penuh gaya pada 16 Julai di Pavilion Kuala Lumpur dengan penampilan istimewa pelakon & model Korea Lee Soo-hyuk.

Galaxy Unfolds Roadshow di Pavilion Kuala Lumpur sekarang hingga 20 Julai 2025.

Antara zon menarik yang harus cuba:
AI Health Zone – Cipta rutin sihat ikut data sebenar badan anda
Productivity Zone – Multitasking dengan Z Fold7 + Note Assist & Gemini Live
SmartThings Zone – Kawal rumah, hiburan & dapur hanya guna suara
Wall of Innovation – Imbas sejarah evolusi peranti boleh lipat Samsung
Personalisation Station – Hias & padankan Galaxy Watch8 dan telefon ikut gaya anda

Pra tempah Galaxy Z Fold7 & Z Flip7 bermula dari RM3,999 sehingga 31 Julai 2025 ini.

Samsung

Address

Thongwa

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lumino TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Lumino TV:

Share