Harakah +Plus

Harakah +Plus Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Harakah +Plus, Newspaper, Thongwa.

HARAKAH +Plus menyalurkan maklumat yang bermanfaat dari pelbagai sumber bagi menambah pengetahuan serta membangkitkan kesedaran dikalangan segenap lapisan masyarakat.

20/05/2026
13/05/2026

Sumber - NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH

KENYATAAN MEDIA
YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI BIN SALLEH
13 Mei 2026 | 25 Zulkaedah 1447H

Merujuk kepada kontroversi berkaitan pengucapan saya baru-baru ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para tuan guru, asatizah, sahabat-sahabat serta seluruh masyarakat yang telah memberikan teguran, nasihat dan pandangan kepada saya.

Saya mengakui bahawa saya kurang cermat dalam mengolah maklumat serta penyampaian ketika memberikan kenyataan tersebut. Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan tersebut.

Saya sama sekali tidak berniat untuk menjatuhkan maruah atau menghina insan-insan terpilih yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Tujuan asal kenyataan saya hanyalah untuk menjelaskan serta memberikan penekanan mengenai kehebatan risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam mengubah sosio budaya masyarakat jahiliah kepada kehidupan yang lebih mulia dan berperadaban.

Saya mengambil tanggungjawab penuh terhadap perkara ini sebagai kekhilafan peribadi saya, dan ia sama sekali tidak berkaitan dengan pendirian Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahupun kepimpinannya.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala kekhilafan saya dan menerima segala usaha kita semua dalam menyampaikan dakwah dengan hikmah dan kebijaksanaan.

YB Dr Nik Muhammad Zawawi Bin Salleh
Ahli Parlimen Pasir Puteh

13/05/2026

Kenyataan Media
Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP)

Kenyataan Berhubung Ceramah YB Datuk Ustaz Nik Zawawi Salleh

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengambil maklum dan memandang serius polemik yang timbul susulan ceramah YB Datuk Ustaz Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh di Kuala Terengganu.

2. Setelah meneliti sedutan rakaman ceramah tersebut serta mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan, DUPP mengakui bahawa terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para Sahabat Rasulullah ﷺ, khususnya Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.

3. DUPP menegaskan bahawa para Sahabat Rasulullah ﷺ merupakan generasi terbaik umat ini yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka. Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman Jahiliyyah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih.

4. DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada YB Dato’ Ustaz Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam, khususnya dalam perkara yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para Sahabat Rasulullah ﷺ.

5. Pada masa yang sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih. Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat.

6. DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab Islam.

Sekian.

YB Ustaz Dato’ Haji Mohd Nor bin Hamzah
Ketua Penerangan
Dewan Ulamak PAS Pusat

12 Mei 2026 Miladi bersamaan 25 Zulkaedah 1447 Hijriah

12/05/2026
07/05/2026

Kelulusan Rang Undang-Undang Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang-Orang Melayu (Pindaan) 2026 oleh DUN Terengganu merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh dasar pemilikan dan pembangunan tanah untuk kepentingan masyarakat Melayu di negeri kita.

Pindaan ini juga merupakan langkah strategik untuk memperkasa pembangunan tanah serta meningkatkan penglibatan agensi berkaitan dalam penyediaan kemudahan, khususnya perumahan untuk rakyat.

Lebih signifikan, inisiatif ini dilaksanakan tanpa beban kewangan tambahan kepada Kerajaan Negeri sekali gus mencerminkan pendekatan tadbir urus yang berhemah dan berfokus kepada kesejahteraan rakyat.

07/05/2026

Address

Thongwa

Telephone

+60340213343

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harakah +Plus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Harakah +Plus:

Share

Category