Sensasi TV

Sensasi TV Sensasi TV

Selangor Fashion Week 2026BTV Fashion, powered by Che Ituriaga collection.* Photo by : Jmh Artz
26/08/2026

Selangor Fashion Week 2026
BTV Fashion, powered by Che Ituriaga collection.
* Photo by : Jmh Artz

22/08/2026

BINTANG SUARA MELILEA 2026 MEMBERI PLATFORM PADA BELIA KE DUNIA SENI DAN HIBURAN.

KUALA LUMPUR, 20 OGOS 2026 – MELILEA (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan BINTANG SUARA MELILEA 2026, sebuah inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MELILEA yang bertujuan mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan generasi muda. Membawa tagline “IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA”, BINTANG SUARA MELILEA 2026 mengajak golongan muda untuk berani mengejar impian, menyuarakan bakat dan potensi yang dimiliki serta melihat setiap peluang sebagai satu langkah untuk membina masa depan yang lebih baik.

Inisiatif ini juga mencerminkan falsafah MELILEA untuk “Transforming Lives”, iaitu membantu individu mengenal potensi diri, membina keyakinan serta mencipta peluang untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna. MELILEA sendiri meletakkan “Transforming People's Lives, Transforming The World” sebagai visinya, di samping memberi penekanan kepada nilai seperti integriti, pencapaian, pendidikan dan nilai diri.

SWYM Entertainment Group diterajui Encik Ong Peng Chu, seorang penggiat industri yang berpengalaman dalam pembangunan bakat dan pengurusan artis. Antara penglibatan beliau termasuk membantu penyanyi Malaysia seperti Shila Amzah dan Jeryl Lee Pei Ling mengembangkan kerjaya serta mendapat pendedahan di pasaran hiburan China.

Selain Mr. Ong Peng Chu sebagai Juri, Komposer terkenal Edrie Hashim juga salah seorang Juri dan Mentor untuk pertandingan ini nanti. Ketika ditanya oleh Media. Apakah ciri-ciri peserta yang Edrie cari, beliau menyatukan, selain kualiti Vokal... 'originality' dan disiplin antara 'point' yang beliau tekankan,. Pesanan beliau untuk bakal peserta, jadilah diri sendiri dan tidak perlu Tiru Vokal Penyanyi lain.

The inaugural Elegante World International 2026 Grand Final was successfully held last Sunday, 9th August 2026, at the H...
16/08/2026

The inaugural Elegante World International 2026 Grand Final was successfully held last Sunday, 9th August 2026, at the Hee Lai Ton Grand Ballroom, Centrestage in Petaling Jaya, Malaysia. The international pageant featured categories for Teen, Miss, Mrs & Elite delegates.

The winners are:

Teen Elegante World International 2026:

Winner - Alice Tan (Malaysia)

Miss Elegante World International 2026:

Grand Winner - Aisyah Alameen (Malaysia)
Runner-Up - Rochelle Dea Bilon (Philippines)
2nd Runner-Up - Somruethai Phoklad (Thailand)
3rd Runner-Up - Joyce Miasol Peñas (Philippines)

Mrs. Elegante World International 2026:

Grand Winner - Maria Giovanna Soriano - (Philippines)
Runner-Up - Dr. Sapannet Thongpetjaroen (Thailand)
2nd Runner-Up - Tan Sow Kien (Malaysia)
3rd Runner-Up - Mae Ann T. Davido
(Philippines)

Elite Elegante World International Earth 2026:
Winner - Dr. Joyce Pilarsky (Philippines)

Elegante World International Tourism 2026:
Winner - Dr. Khati Tati (Borneo)

Elegante World International Earth 2026:
Winner - Rosehel Dalumpines (Philippines)

*Repost & Published for BTV International Media Entertainment

(Photo Credit - Anastasia @ Rentak Sejuta

14/08/2026

* YANG BERANI BERMIMPI, kisah inspirasi jatuh bangun Penyanyi Hael Husaini, nantikan tayangannya'

ASTRO Meraikan 30 Tahun Dengan Ucapan Terima Kasih Kepada Masyarakat Malaysia

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2026 – Astro, selaku peneraju kandungan di Malaysia hari ini melancarkan sambutan ulang tahun ke 30 tahun dengan pelbagai tawaran dan pengalaman untuk pelanggan. Sebagai tanda ucapan terima kasih atas sokongan berterusan masyarakat Malaysia, sambutan ini akan membawakan akses percuma kepada semua saluran Astro, dua saluran khas, akses percuma untuk Astro X3 di TV Pintar, saluran tambahan di NJOI, ganjaran eksklusif kempen dan aktiviti lapangan.

Henry Tan, Group CEO of Astro, berkata: “Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-30, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jutaan rakyat Malaysia yang telah menjadikan kami sebahagian daripada kehidupan mereka.

Tawaran Dan Pengalaman Eksklusif:
Bermula dari 15 Ogos sehingga 16 September, semua pelanggan Astro bakal menikmati akses kepada semua saluran Astro. Pelanggan juga boleh menikmati dua saluran tambahan istimewa iaitu Astro 30 (Saluran 100) dan Aniplus (Saluran 120).

Pelanggan NJOI akan menikmati lebih kandungan, dengan Astro Prima (Saluran 105), Astro Oasis (Saluran 106), Astro AEC (Saluran 306) dan Stadium Astro (Saluran 802) secara percuma bermula 13 Ogos 2026, menjadikan jumlah tontonan saluran percuma sebanyak 26 kesemuanya.

☆ Tawaran Eksklusif dan Pengalaman tertakluk kepada Terma & Syarat.




13/08/2026
07/08/2026

PENGHIBUR LAGENDA DATO’ KHADIJAH IBRAHIM KEMBALI DENGAN SINGLE BAHARU “IBU DOA” SELEPAS 26 TAHUN

KUALA LUMPUR, 5" Ogos 2026 - Selepas lebih dua dekad tidak menghasilkan karya rakaman baharu, legenda muzik tanah air Dato’ Khadijah Ibrahim akhimya kembali mewarnai industri muzik Malaysia menerusi pelancaran single terbaharu berjudul “Ibu Doa”, sebuah karya yang menyentuh jiwa dan mengangkat nilai kasih sayang seorang ibu yang tidak pernah berpenghujung.

Kemunculan semula ini bukan sekadar menandakan kembalinya seorang penyanyi tersohor ke persada muzik, malah menjadi satu detik bersejarah yang dinantikan peminat selepas 26 tahun. la membuktikan bahawa karya berkualiti yang lahir daripada pengalaman, keikhlasan dan nilai kemanusiaan sentiasa relevan merentasi zaman.

Lagu-lagu dendangannya seperti “Doa Buat Kekasih” dan “Kupendam Sebuah Duka” terus mendapat tempat di hati masyarakat sehingga kini. Malah, karya-karya beliau masih menjadi siulan di stesen radio, pilihan dalam pertandingan nyanyian, serta antara lagu paling popular di pusat karaoke, sekali gus membuktikan pengaruh dan legasi beliau yang kekal utuh merentasi generasi.

Lagu ini diterbitkan oleh Jasmine Raj Production, dengan lirik dan melodi hasil ciptaan Baizura Tazri. Baizura berharap “Ibu Doa” mampu menjadi sebuah karya yang menyatukan hati pendengar daripada pelbagai lapisan masyarakat. Single “Ibu Doa” akan dilancarkan di semua platform penstriman digital bermula tarikh yang akan diberitahu kelak oleh pihak pengurusan.




05/08/2026

Aliff Aziz Kumpul Dua Isteri Dalam Satu Rumah
Madu Atau Racun Papar Konflik Rumah Tangga Penuh Kejutan

KUALA LUMPUR, 2026 – Bagaimana jika wanita yang selama ini dianggap musuh, akhirnya menjadi satu-satunya tempat untuk bergantung? Dan lebih parah, kedua-duanya perlu berkongsi kasih di dalam sebuah rumah.

Itulah persoalan yang bakal diterokai menerusi iQIYI Original, Madu Atau Racun, sebuah drama romantik penuh konflik, emosi dan rahsia yang bakal menemui penonton bermula 14 Ogos 2026.

Dengan tagline Satu Rumah. Dua Isteri, siri 12 episod arahan pengarah berprolifik Eyra Rahman ini membawa penonton menyelami sisi gelap sebuah perkahwinan poligami yang bukan sekadar berkisar tentang perebutan kasih sayang, tetapi turut mengangkat tema pengorbanan, trauma, pengkhianatan dan ikatan luar biasa yang terjalin antara dua wanita yang pada awalnya ditakdirkan sebagai musuh.

Menurut Pengarah Urusan Kanan iQIYI Asia Tenggara, Dinesh Ratnam, pihak iQIYI akan kekal komited untuk terus menghasilkan dan membawakan lebih banyak naskhah tempatan yang dekat dengan hati penonton Malaysia.

Mereka percaya sesebuah cerita yang baik bukan sahaja mampu menghiburkan, malah boleh mencetuskan perbualan, mengajak penonton berfikir dan melihat sesuatu daripada perspektif yang berbeza.

“Maka melalui Madu Atau Racun, kami ingin membawakan sebuah drama yang melangkaui tema poligami. Di sebalik premis tersebut, ia sebenarnya mengisahkan perjalanan dua wanita yang terpaksa berkongsi kehidupan dan berdepan dengan pelbagai konflik yang menguji persepsi mereka terhadap satu sama lain.

“Kami berharap penonton dapat mengikuti setiap episod dengan fikiran yang terbuka dan tidak membuat kesimpulan terlalu awal, kerana setiap episod akan membongkar sisi baharu yang mampu mengubah persepsi terhadap setiap watak,” ujar Dinesh.

Menariknya, Madu Atau Racun dibarisi oleh pelakon sensasi Aliff Aziz sebagai Adli, Uqasha Senrose (Azura) dan Elisya Sandha membawa karakter Nikita yang disifatkan sebagai pilihan tepat sekaligus mampu memancing emosi penonton untuk menyaksikan siri terbitan MIG Production Sdn. Bhd.

Selaku pengarah, Eyra Rahman percaya setiap naskhah mempunyai identiti tersendiri yang dibentuk melalui pendekatan penceritaan dan kekuatan para pelakon.

Menurut Eyra, walaupun tema curang, poligami dan konflik rumah tangga sering diketengahkan dalam drama tempatan, tidak terkecuali menerusi Madu Atau Racun, setiap karya tetap mempunyai jiwa yang tersendiri.

"Bagi saya, setiap pelakon membawa tafsiran watak yang berbeza. Saya belum pernah melihat ada pelakon yang membawakan karakter yang benar-benar sama. Setiap daripada mereka akan membentuk identiti tersendiri melalui persembahan masing-masing. Di situlah keunikan sesebuah karya lahir,” kata pengarah yang telah mengarahkan pelbagai format karya baik di layar lebar atau kaca televisyen.

Eyra juga menyifatkan Madu Atau Racun sebagai naskhah yang tidak bergantung kepada naratif atau populariti barisan pelakon sebagai faktor laris semata-mata, namun beliau percaya setiap hasil kerja memiliki rezeki tersendiri.

Pihak produksi telah memberikan yang terbaik, berusaha bersungguh-sungguh dan berdoa untuk kelancaran perjalanan drama ini. Mereka telah mempersembahkan jalan cerita yang baik dengan barisan pelakon yang hebat.

Malah, mengulas tentang penampilan Aliff Aziz sebagai watak utama Madu Atau Racun yang menyaksikannya perlu menjadi suami curang dan berpoligami, Eyra menyifatkan pelakon asal Singapura itu sebagai pelaku seni yang sangat berdisiplin.

Pengarah itu juga mengatakan persepsi khalayak terhadap kontroversi hidup Aliff tidak mempengaruhi keputusan kreatifnya. Sebaliknya, beliau lebih percaya kepada bakat, disiplin dan profesionalisme seseorang ketika berada di lokasi penggambaran.

"Saya melihat sendiri bagaimana dia memberikan komitmen sepenuhnya terhadap watak yang diamanahkan. Bagi saya, Aliff seorang pelakon yang sangat berbakat dan mempunyai kelebihan semula jadi dalam lakonan.

“Dia juga sangat komited dan berdedikasi. Dia benar-benar menghayati wataknya dan saya sangat berpuas hati dengan cara dia bekerja. Dari segi disiplin juga, dia menunjukkan sikap yang sangat baik sepanjang penggambaran.


Sementara itu Elisya memberitahu menerima watak Nikita kerana ia mempunyai banyak ‘lapisan’ yang mampu mencabar kualiti lakonannya.

“Bila baca skrip, saya rasa dia sangat berbeza daripada watak yang pernah saya bawa sebelum ni. She’s not just a villain (dia bukan sahaja jahat).

“Dia seorang wanita yang penuh dengan trauma dan emosi yang tak terungkai. Sebagai pelakon saya s**a cabar diri dengan watak yang ada banyak layer macam ini,” kata pelakon tersebut.

Madu Atau Racun mengisahkan tentang Azura seorang isteri yang setia, penyabar dan sentiasa mengutamakan keluarga. Dia menjalani kehidupan yang diimpikan ramai, namun di sebalik senyumannya, Azura memendam kesedihan apabila masih belum dikurniakan cahaya mata selepas bertahun-tahun mendirikan rumah tangga bersama Adli.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Adli, seorang ahli perniagaan yang berpengaruh tetapi mementingkan diri sendiri, membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Kehadiran Nikita, wanita muda yang berani, lantang dan penuh misteri, mengubah segala-galanya.

Pertemuan pertama mereka dipenuhi rasa cemburu, dendam dan persaingan. Namun apabila keadaan memaksa Nikita tinggal sebumbung bersama Azura, hubungan mereka perlahan-lahan berubah. Daripada saling membenci, mereka mula memahami luka yang ditanggung masing-masing. Mereka akhirnya menyedari bahawa musuh sebenar bukanlah antara satu sama lain, tetapi lelaki yang selama ini memanipulasi kehidupan mereka.

Namun apabila Adli mengetahui hubungan rapat yang mula terjalin antara kedua-dua isterinya, keadaan bertukar menjadi sesuatu yang tak terduga.

Dengan gabungan naskhah yang berani, sentuhan pengarahan Eyra Rahman serta barisan pelakon yang berjaya menghidupkan setiap karakter dengan penuh emosi dan kejujuran, IQIYI Original Madu atau Racun menjanjikan sebuah pengalaman tontonan yang bukan sahaja mengangkat konflik rumah tangga, malah menyelami sisi kemanusiaan, kekuatan wanita dan ikatan yang lahir dalam keadaan paling tidak dijangka.

Jangan lupa untuk menonton secara eksklusif Madu Atau Racun di iQIYI bermula 14 Ogos 2026, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 9 malam. .

INFORMASI

Judul: Madu Atau Racun
Tagline: Satu Rumah. Dua Isteri.
Platform: iQIYI Original
Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2026, setiap Jumaat dan Sabtu jam 9 malam.
Genre: Drama Romantis
Format: 12 Episod

04/08/2026

BYD Sime Motors Memperkenalkan BYD SEALION 7 (2026) yang Dipertingkatkan serta Meluaskan Barisan Model dengan Varian Dynamic Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Julai 2026 – BYD Sime Motors, pengedar rasmi kenderaan BYD di Malaysia, hari ini memperkenalkan BYD SEALION 7 (2026) yang kini tampil bersama varian baharu Dynamic di samping model Premium dan Performance yang telah dipertingkatkan.

Barisan Model BYD SEALION 7 (2026) Ditambah Baik: Pilihan kini merangkumi varian Dynamic, Premium, dan Performance, dengan spesifikasi yang dipertingkatkan untuk jarak pemanduan lebih jauh dan keupayaan pengecasan lebih pantas.

​Kini Boleh Didapati di 1 Utama dan Bilik Pameran BYD: Temui BYD SEALION 7 (2026) di siri jelajah ‘BEYOND YOUR DRIVE’ di 1 Utama (30 Julai – 2 Ogos 2026) atau kunjungi bilik pameran BYD terdekat anda.

​Pakej Pelancaran BYD SEALION 7 (2026)
​Sempena pelancaran ini, pelanggan boleh menikmati pakej bernilai tambah yang direka khas:

Penawaran Varian & Warna | Harga Jualan | Pilihan Warna
■ DynamicRM163,800 Aurora White, Atlantis Grey, Shark Grey, Cosmos Black
■ PremiumRM188,800 Aurora White, Atlantis Grey, Shark Grey, Cosmos Black, Ultraviolet
■ PerformanceRM203,800 Aurora White, Atlantis Grey, Shark Grey, Cosmos Black

Varian. | Harga Jualan | Pakej Pelancaran
● DynamicRM163,800 Wallbox Percuma ATAU Penjimatan RM4,000 (Harga Istimewa: RM159,800*)
(Terhad kepada 300 tempahan pertama di Malaysia)
● PremiumRM188,800 Wallbox Percuma + Bonus Overtrade RM3,888
● PerformanceRM203,800 Wallbox Percuma + Bonus Overtrade RM2,888.

Untuk maklumat lanjut, ikuti BYD Sime Motors di Facebook, Instagram, dan TikTok atau hubungi 1300-38-1888.

BYD Cars Malaysia BYD Malaysia 1 Utama Shopping Centre

YUSRY ABDUL HALIM BERALIH KE GENRE ROCK DALAM ALBUM EP SOLO "ETERNAL" SELEPAS DUA DEKAT. KUALA LUMPUR, 25 Julai 2026 - S...
28/07/2026

YUSRY ABDUL HALIM BERALIH KE GENRE ROCK DALAM ALBUM EP SOLO "ETERNAL" SELEPAS DUA DEKAT.

KUALA LUMPUR, 25 Julai 2026 - Selepas lebih tiga dekad mengukuhkan nama sebagai penyanyi, komposer, pelakon dan pengarah, Yusry Abdul Halim kembali dengan album solo terbaharunya berjudul Eternal, diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia.

Eternal merupakan album solo penuh pertama Yusry selepas lebih dua dekad. Kepulangannya sebagai artis solo bukan sekadar membawa muzik baharu, malah menampilkan sisi beliau sebagai pengkarya yang terus berevolusi dengan karya-karya yang matang dan dekat dengan kehidupan.

Bagi meraikan pelancaran album ini, Yusry akan bertemu peminat, rakan media dan penggiat industri menerusi Eternal Gala Night yang berlangsung pada 25 Julai 2026, jam 8.30 malam di JioSpace. Album Eternal dilancarkan secara rasmi pada jam 9.00 malam dan boleh distrim di semua platform penstriman digital utama.

Lagu Track CD EP Album Ke-2 Yusry "Eternal" (2026):
1. Narsisistik
2. Jiwa & Raga
3. Kasarnya Cinta
4. Kamu Harus Tahu
5. Hancur & Kecewa
6. Pelengkap Hidup

6 Lagu, Pelbagai Cerita:
Judul Eternal dipilih bagi menggambarkan perkara-perkara yang kekal dalam kehidupan seseorang. Sama ada kenangan, kasih sayang, kehilangan, harapan mahupun pengalaman yang membentuk diri, semuanya meninggalkan kesan yang terus hidup merentasi masa.

6 Lagu, 6 Kisah:
Sebagai lagu fokus album, "Jiwa & Raga" mengisahkan tentang cinta yang dibina atas kesetiaan dan pengorbanan. Dipadankan dengan susunan muzik balada moden, lagu ini membuka keseluruhan perjalanan emosi dalam Eternal.

Lagu Live Di JioSpace
1. Dekat Padamu
2. Narsisistik
3. I Don't Want To Miss A Thing (cover Aerosmith)
4. Here I Go Again (cover whitesnake)
5. Hancur & Kecewa
6. Jiwa & Raga

Yusry Abdul Halim Luca Sickta 무 나 MUNAA BELLA 🌼 ERA The ONLY official KRU Account Sony Music Malaysia (Domestic) JioSpace

25/07/2026

For Event space rental
Dm 0182745987 for :-
* Catwalk Class, Birthday Party, Product Launching, Seminar, Zumba, Photoshoot, Make Up Class, TikTok Live, Talk Show Live in FB, Dancing Class, Video Shooting,
-Show Time during Rasya Studio soft launching Inday Che

Address

Thongwa

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sensasi TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sensasi TV:

Shortcuts

Share

Category