16/07/2022
PERIHAL SOLICIT EJEN HARTANAH
Hampir semua (mungkin juga semua) agensi bergoyang kalau ada kes-kes ejen kena curi masuk ke agensi lain.
Kadang kita tengok hari ini elok berkawan,bercuti sama esok bercakar terus berbondong tinggalkan kawan yang juga HOA agensi.
Menyerang sesama sendiri seperti tiada hari esok. Bukan lagi menyindir tapi sehingga tahap menghina.
Dari berselisih faham, berubah jadi musuh.
Mula sebut 'ini adalah free market ejen bebas keluar masuk', tapi pengakhirannya semua tahu; tentang overriding dan wang.
Ejen baru dalam agensi ikut sama rentaknya. Nak bersama bangunkan karier dan diri, tapi yang dibawanya memburukkan agensi untuk cipta alasan ikut kabilah.
Ejen lama p**a awalnya tak mahu ikut sama, tapi bila ditawar over ride tinggi sikit terus hanyut bawa konsep MLM dalam industri hartanah ni.Itu masalah agensi hartanah bumiputra ni hadapi.
Saya boleh kata begini kerana EjenHome belum masuk fasa ini. Lambat laun akan sampai juga.
Saya harap kita tidak jadi begini. Kita kata ingin bawa industri ini jadi lebih bermaruah dan dipandang tinggi jadi kita kena mula berbincang tentang idea dan macam mana nak majukan industri dan diri.
Kalau ada yang sebut, 'kita kena fikir periuk nasi sendiri dari nak fikir pasal industri'. Tempatnya bukan melalui berdagang ejen, tapi dari performance,konsisten dan komitmen yang ditunjuk dalam agensi maupun industri.
Jika tak lepas perkara di atas, saya tidak ingin ikut teruskan visi EjenHome. Bukan takut, tapi dari dulu terasa mual bila melihat setiap kali ia berlaku. Kalau jadi juga, maka kita tidak ada beza.
Saya tidak mahu agenda "MLM" memutuskan hubungan keluarga, juga persahabatan. Saya sayang sahabat dan keluarga, dalam industri melangkau segalanya.
Saya asal dari jalanan, saya tidak ada masalah untuk p**ang ke jalanan. Tanpa posisi, tanpa jawatan.
Moga saya dan kita semua diberi kekuatan untuk kekal diatas prinsip, dan tidak dibutakan oleh wang dan agenda MLM industri hartanah.
Amin.
Shafiqram | EjenHome