14/04/2026
6 Step Cara Daftar GBP Yang Betul
====
Nak bisnes senang dijumpai di Google & Google Maps?
Jawapannya: Google Business Profile (GBP).
Hari ini, kebanyakan pelanggan akan cari di Google dulu sebelum datang ke kedai atau hubungi bisnes. Kalau profil tidak wujud atau tidak lengkap, kita mungkin terlepas banyak peluang, walaupun bisnes kita sebenarnya dekat dengan mereka.
Berita baiknya, setup GBP boleh dibuat sendiri, cepat dan percuma. Yang penting, buat dengan cara yang betul supaya hasilnya maksimum.
Ikut langkah ringkas ini 👇
No.1: Daftar & Claim Bisnes
====
Pergi ke Google Business Profile dan cari nama bisnes kita. Jika belum ada, klik Add your business.
Pastikan nama bisnes tepat dan konsisten seperti di papan tanda dan dokumen rasmi. Ini penting untuk elakkan kekeliruan pada Google dan pelanggan.
No.2: Pilih Kategori Yang Betul
====
Kategori bantu Google faham jenis servis kita. Contoh: Bengkel Kereta, Klinik Gigi, Kedai Kek.
Tambah kategori tambahan jika berkaitan, ini bantu profil bisnes muncul untuk lebih banyak carian yang relevan.
No.3: Masukkan Lokasi & Info Lengkap
====
Isi semua maklumat penting dengan lengkap dan tepat:
• Alamat
• Waktu operasi
• Nombor telefon
• Website / WhatsApp link
Maklumat yang jelas memudahkan pelanggan buat keputusan dengan cepat tanpa perlu tanya banyak soalan.
No.4: Upload Gambar Berkualiti
====
Masukkan gambar sebenar bisnes kita seperti:
• Premis luar & dalam
• Produk atau servis
• Team & suasana kerja
Visual yang menarik bukan sahaja tarik perhatian, malah meningkatkan kepercayaan pelanggan.
No.5: Mula Kumpul Review
====
Selepas setup, galakkan pelanggan tinggalkan review. Lagi banyak review positif dan konsisten, lagi tinggi peluang kita muncul di carian Google dan Google Maps.
No.6: Update Secara Berkala
====
Jangan biar profil senyap. Post promosi, update servis atau info terkini secara berkala. Profil yang aktif beri signal kepada Google bahawa bisnes anda relevan dan masih beroperasi.
Setup GBP bukan susah, tapi impaknya sangat besar. Dengan profil yang lengkap, aktif dan diurus dengan betul, bisnes kita akan lebih mudah dijumpai, lebih dipercayai dan lebih berpotensi tarik pelanggan baru.