ALOR SETAR - Better City for Better Life

ALOR SETAR - Better City for Better Life A platform to share news in and around Alor Setar city!! Let us be more aware of the ever-growing of Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai page ini.

Membincangkan mengenali pembangunan,kemajuan,perlancongan dan prasarana di Alor Setar.Pakej terbaru kami iklan produk dan perniagaan hampa di page kami. Boleh email kami di : [email protected] atau mesej terus kepada kami di : https://www.facebook.com/messages/AlorSetardev

09/06/2026

Sapa tau pasal Kampung Baru Alor Setar tu kawasan tu nak buat apa ? Pembangunan baru ka

Nak tahu kisah warisan lama di Alor Setar? Jom hadir ke Istana Sepachendera: Royal Heritage Experience (RHE) yang akan b...
05/06/2026

Nak tahu kisah warisan lama di Alor Setar? Jom hadir ke Istana Sepachendera: Royal Heritage Experience (RHE) yang akan berlangsung hujung minggu ini. Program santai tapi penuh info menarik tentang sejarah dan warisan Kedah serta sesuai untuk semua peringkat umur.

Ada pelbagai aktiviti menarik:
πŸŽ™ Live podcast sejarah Istana Sepachendera
πŸ–Ό Pameran warisan & sejarah
πŸ“š Education exhibition
🍴Gerai makanan dan minuman

πŸ“… 6 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Urban Forest 2, Istana Sepachendera

Mai ramai-ramai bersama keluarga dan kawan-kawan santai hujung minggu sambil kenal sejarah negeri sendiri.









MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA GALERI PAMERAN MUZIUM KOTA KUALA KEDAH.Pengunjung yang dihargai.Dimaklumkan bahawa bangunan...
05/06/2026

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA GALERI PAMERAN MUZIUM KOTA KUALA KEDAH.

Pengunjung yang dihargai.

Dimaklumkan bahawa bangunan Galeri Pameran Muzium Kota Kuala Kedah akan ditutup sementara bermula 7 Jun 2026 sehingga dimaklumkan kelak bagi memberi laluan kepada kerja-kerja naik taraf dan pemuliharaan bangunan galeri.

Walau bagaimanapun, kawasan sekitar Muzium Kota Kuala Kedah masih dibuka kepada orang ramai dan boleh dilawati seperti biasa dari pukul 8.00 pagi hingga 7.00 petang.

Segala kesulitan amat dikesali.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
πŸ“ž Pejabat: 011-65727266

Jom ke Muzium Kota Kuala Kedah untuk menyusuri jejak tinggalan sejarah, menghayati kisah perjuangan silam serta menyingkap khazanah warisan negara.

Penafian: Muzium Kota Kuala Kedah, Jabatan Muzium Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang lontaran pandangan dan pendapat. Raikan perbezaan dan kita sokong antara satu sama lain.







🚧 MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY (CFS) JUN 2026 & AKAN DATANGπŸš΄β€β™‚οΈπŸŒΏAssalamualaikum dan Sal...
03/06/2026

🚧 MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY (CFS) JUN 2026 & AKAN DATANGπŸš΄β€β™‚οΈπŸŒΏ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dimaklumkan bahawa beberapa jalan di sekitar pusat bandar Alor Setar akan ditutup sementara bagi menjayakan program Alor Setar Car Free Saturday (CFS) yang diadakan pada setiap Sabtu pertama setiap bulan.

πŸ“… Tarikh: 6 Jun 2026 (dan setiap CFS akan datang)
⏰ Masa Penutupan: 7.00 pagi hingga 9.30 pagi
πŸ“ Lokasi Program: Dataran Medan Bandar, Alor Setar

Bagi memastikan keselamatan peserta dan kelancaran program, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk:
βœ… Merancang perjalanan lebih awal.
βœ… Menggunakan laluan alternatif yang disediakan.
βœ… Mematuhi arahan petugas trafik dan papan tanda sementara di lokasi.
βœ… Mengurangkan kelajuan dan sentiasa berhati-hati di kawasan sekitar program.

Program CFS ini bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, penggunaan pengangkutan hijau serta menghidupkan suasana bandar yang mesra komuniti dan pelancong.

Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama semua pengguna jalan raya.

🌿 Jom bersama-sama menyokong Alor Setar Car Free Saturday!
πŸšΆβ€β™€οΈπŸš΄β€β™‚οΈπŸƒβ€β™‚οΈ Ke arah bandar yang lebih sihat, lestari dan mesra komuniti.









03/06/2026

CUTI SEKOLAH MAI BERCUTI DI ALOR SETAR 😊

πŸŒΏπŸƒ ALOR SETAR INTERNATIONAL ECO WALK & FUN RUN 2026 πŸƒπŸŒΏJom meriahkan Car Free Day Alor Setar pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) di ...
01/06/2026

πŸŒΏπŸƒ ALOR SETAR INTERNATIONAL ECO WALK & FUN RUN 2026 πŸƒπŸŒΏ

Jom meriahkan Car Free Day Alor Setar pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) di Dataran Medan Bandar!

βœ… 3KM Eco Walk
βœ… 5KM Fun Run
βœ… Baju, Medal & Sijil (Markah PAJSK utk Ecowalk)
βœ… Yuran Early Bird RM39
βœ… Diskaun RM11 untuk 150 peserta terawal

Pelbagai aktiviti menarik menanti seperti pertandingan mewarna, e-games, pameran kenderaan elektrik, jualan Rahmah, street food dan banyak lagi!

πŸ“… Tarikh: 1 Ogos 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi
πŸ“ Dataran Medan Bandar, Alor Setar

⚑ Tempat terhad! Daftar sekarang sebelum pendaftaran ditutup pada 21 Jun 2026.

πŸ“² Daftar di:
https://ultraz.onpay.my/order/form/afr26

β€œJom berjalan, berlari dan beriadah bersama keluarga di tengah bandar tanpa kenderaan!” 🌿❀️

29/05/2026

ALOR SETAR TERUS MENDAPAT PERHATIAN ANTARABANGSA! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡°πŸ‡· | PROMOSI ALOR SETAR DI RADIO Be FM BUSAN, KOREA.

Bandaraya Alor Setar telah dipromosikan menerusi siaran radio Be FM di Busan, Korea Selatan dalam segmen khas TPO (Tourism Promotion Organization for Global Cities) menerusi perkongsian mengenai destinasi pelancongan dan tarikan unik yang terdapat di bandar raya ini.

Promosi ini secara tidak langsung membantu memperkenalkan Alor Setar di peringkat antarabangsa sekali gus menarik minat pelancong luar untuk mengenali keindahan dan keistimewaan bandar raya ini.

Pautan 'Youtube Be FM' - https://www.youtube.com/live/UTXaww1H4GI?t=2297&si=kdMmZuKFsaj_g8Z4

27 Mei 2026,
Busan, Korea Selatan.

Sumber : Majlis Bandaraya Alor Setar-MBAS

JOM SERTAI BRISKWALK ALOR SETAR CAR FREE SATURDAYS Jom sertai Brisk Walk Alor Setar 2026 yang akan diadakan bersempena p...
26/05/2026

JOM SERTAI BRISKWALK ALOR SETAR CAR FREE SATURDAYS

Jom sertai Brisk Walk Alor Setar 2026 yang akan diadakan bersempena program Car Free Saturday bagi memeriahkan suasana bandar tanpa kenderaan sambil mengamalkan gaya hidup sihat bersama komuniti!

πŸ“… Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Medan Bandar, Alor Setar
⏰ Flag Off: 7.30 pagi

Ayuh hadir bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti untuk menikmati suasana pagi yang aktif, sihat dan ceria di tengah bandaraya Alor Setar

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda
Galakkan gaya hidup sihat
Nikmati suasana bandar tanpa kenderaan

Jumpa anda di Car Free Saturday Alor Setar 2026!






22/05/2026

Ada PROMOSI πŸ‚AidilAdhaπŸƒ bagi hampa yang nak iklan Perniagaan/Produk hampa di page kami

Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kedah yang akan berlangs...
21/05/2026

Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kedah yang akan berlangsung di Dataran Star Walk, Alor Setar pada 22 Mei 2026 hingga 23 Mei 2026!

Pelbagai aktiviti menarik, santai dan bermanfaat menanti anda. Inilah platform terbaik untuk belia Kedah menyerlahkan semangat, bakat, kreativiti serta kepimpinan dalam suasana penuh energi dan inspirasi.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada festival belia terbesar ini.
Jumpa anda di sana! πŸ’₯✨






Address

Jalan Sultan Muhammad Jiwa
Alor Setar
05050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ALOR SETAR - Better City for Better Life posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ALOR SETAR - Better City for Better Life:

Share