Mat Don

Mat Don Youtuber / Movie Reviewer
Youtube Channel : Mat Don

22/08/2026

Platform social media yang 100% buatan anak tempatan ? Daun merupakan sebuah aplikasi buatan anak tempatan Malaysia yang kini telah mencapai lebih 10,000 users !

Kalau takmau berada dalam alam toksik lama-lama, jom Daun-load aplikasi Daun sekarang !

Alhamdulillah semalam diberi kepercayaan distribute tiket filem Rumah Tanpa Cahaya di GSC Aman Central tetapi kalini kit...
20/08/2026

Alhamdulillah semalam diberi kepercayaan distribute tiket filem Rumah Tanpa Cahaya di GSC Aman Central tetapi kalini kita bagi khas kepada ahli-ahli dalam Komuniti Filem Kedah sahaja. Impak dia daripada 60+ ahli telah bertambah menjadi 88 orang.

Aku tengah planning nak buat sesi wayang pacak atau private screening filem lokal di mana-mana cafe. Konsep dia adalah penonton kena beli ayaq untuk join sesi tersebut. Sama macam Sinema Raya. Tapi masih lagi tengah cari tempat 😬

10 TIKET WAYANG PERCUMA UNTUK SEMUAKepada penonton filem lokal, Mat Don nak bagi 10 tiket wayang percuma untuk filem Tik...
17/08/2026

10 TIKET WAYANG PERCUMA UNTUK SEMUA

Kepada penonton filem lokal, Mat Don nak bagi 10 tiket wayang percuma untuk filem Tiket Sehala and the best part adalah, hampa boleh redeem tiket ni di mana-mana GSC berdekatan hampa selagi filem Tiket Sehala masih ditayangkan di pawagam.

Cara dia mudah sahaja, follow step poster kedua dan tunggu DM daripada Mat Don di Instagram. Kalau tiada sebarang DM sampai 18 Ogos jam 10 malam maksudnya tak dapat la ya.

Terima kasih Key Billions sebab sudi beri tiket percuma ini untuk dikongsikan dengan followers Mat Don.


DC (2026)Aku rasa Lokesh Kanagaraj ambil masa untuk munasabah diri sekejap selepas kegagalan beberapa filem terakhir dia...
12/08/2026

DC (2026)

Aku rasa Lokesh Kanagaraj ambil masa untuk munasabah diri sekejap selepas kegagalan beberapa filem terakhir dia dengan lakonan.

Mungkin dengan lakonan dia akan dapat belajar beberapa perkara yang dia terlepas pandang, menemui rentak semula dan kembali lebih baik daripada sebelum ini.

Filem arahan Arun Matheswaran ternyata memberi pengalaman sinematik yang berbeza dan lebih baik berbanding filemnya yang sebelum ini, Captain Miller (2024).

Baca ulasan penuh di page 2 serta kongsikan sama ada hampa dah tonton belum dan pandangan hampa mengenai filem ini.

Yang penting, jangan lupa share and follow !


07/08/2026

Cinta dalam Sekam dah sampai episod 8 (salah percakapan 😅) dan ini ulasan aku untuk first 4 episodes.

Boleh kata siri ni memang menjadi bualan ramai di media sosial dan salah satu impak nya datang daripada OST nya.

Walaubagaimanapun, sepanjang aku menonton siri ni, ada 1 perkara yang tak menarik dan buatkan aku keluar dari dunia mereka sekali sekala.

Yang dah tonton, komen sikit pandangan hampa geng !




Viu Malaysia

Kompilasi filem dan siri yang aku tonton sepanjang Julai.Dah tonton 2 kali The Odyssey dan rating tak berganjak kerana t...
03/08/2026

Kompilasi filem dan siri yang aku tonton sepanjang Julai.

Dah tonton 2 kali The Odyssey dan rating tak berganjak kerana tetap terkesima seperti sebelum ni tapi lebih tinggi dan 'besar' kerana menonton di IMAX.

Siri p**a tengah dok layan The Mentalist sebab dah lama tangguh nak tonton tapi tak pernah tonton maka bulan lepas kita mulakan perjalanan tersebut.

Hampa p**a camna? Apa filem and siri yang hampa tonton Julai lalu and masih segar di ingatan?

Maka bermula lah vlog odyssey aku dari Kedah ke Penang untuk menonton The Odyssey di IMAX tengah malam ni.Terpaksa ambil...
01/08/2026

Maka bermula lah vlog odyssey aku dari Kedah ke Penang untuk menonton The Odyssey di IMAX tengah malam ni.

Terpaksa ambil tengah malam sebab pagi sampai petang asyik penuh ja seat tengah Mat.

InshaAllah selain vlog pi tonton wayang, aku juga akan cuba untuk buat vlog melawat lokasi penggambaran filem / siri yang dah tayang. Just to witness the beauty of the location dan meraikan filem tersebut. Doakan !

Nantikan di YT Mat Don geng ! Road to 10K subscribers !


01/08/2026

Cinta Dalam Sekam berjaya raih 21 juta tontonan dalam masa 1 minggu di media sosial. Siri baru Viu ini merupakan peneraju barisan kandungan-kandunngan untuk separuh kedua 2026.

Siri 12 episod ni dah mula ditayangkan sejak bulan lepas dan sekarang berada di episod ke-6 so jangan lupa langgan Viu sekarang kalau tak mau terlepas episod-episod akan datang !


27/07/2026

Sekitar malam tayangan ekslusif Mojoku Hilang! di GSC Aman Central, Alor Setar, Kedah pada 25 Julai lalu.

Aku pernah buat Movie Night Out sebelum ni tapi tak pernah lagi dapat bagi tiket free sampai 100. Ada juga yang tak hadir tapi tak bagitau apa-apa so agak susah la macam ni sebab tiket tu boleh diberikan kepada orang lain Mat.

Jangan lupa tonton Mojoku Hilang! di pawagam sekarang sebab filem komedi ringan ni memang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.

Viu secara rasminya pada bulan ini melancarkan siri Viu Original baharu, Cinta Dalam Sekam (Embers of The Heart) sebagai...
27/07/2026

Viu secara rasminya pada bulan ini melancarkan siri Viu Original baharu, Cinta Dalam Sekam (Embers of The Heart) sebagai peneraju barisan kandungan Viu untuk separuh kedua 2026.

Drama romantik 12 episod ini diterajui oleh barisan pelakon pop**ar seperti Siti Khadijah Halim (From Saga With Love), Amir Ahnaf (Pabila Dia Tersenyum), Haidar Hasanudin (Lambaian Huda), Riz Amin dan Husna Mustaffa.

Berkisarkan tentang Uwan, seorang warga emas yang menghidap demensia.
Walaupun ingatan tentang kehidupan seharian kian pudar, hatinya entah bagaimana tetap terpaut pada memori tahun 1988 dan terus memanggil nama seorang gadis kampung bernama Laila.

Ketika ahli keluarganya kesuntukan masa untuk merungkai misteri di sebalik memori Uwan, mereka akhirnya membongkar sebuah kisah cinta tiga segi yang tragis serta dibelenggu rasa cemburu dan rahsia silam yang mengubah takdir hidup mereka buat selamanya.

Siri arahan Feroz Kader, pengarah Seadanya Kita, ini sudah mula ditayangkan di platform penstriman Viu 16 Julai lalu.

TONTON CINTA DALAM SEKAM DI VIU SEKARANG!


Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mat Don posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mat Don:

Shortcuts

Share