Galeri An Nour

Galeri An Nour Agen Pjj / kelas memasak secara online di Facebook dengan harga yang berpatutan.

12/06/2026

Satu renungan ringkas sebelum kita mulakan hari...

Kita selalu fikir hari esok akan sentiasa sama.

Kita mudah terlepas pandang momen makan bersama, berbual kosong atau sekadar duduk santai dengan orang tersayang.

Sebab kita lupa, perkara paling bernilai dalam hidup ni bukanlah benda yang mewah atau berduit tapi kebersamaan sesama keluarga.

Bila waktu dah berlalu nanti, rutin biasa nilah yang paling kita rindukan..

Selagi peluang masih ada, hargailah setiap momen kecil kita hari ini.

Assalamualaikum, selamat pagi ☺️






Melihat langit petang yang tenang, tersedar satu perkara.Keluhan kita hari ini sebenarnya adalah sebuah kemewahan yang t...
12/06/2026

Melihat langit petang yang tenang, tersedar satu perkara.

Keluhan kita hari ini sebenarnya adalah sebuah kemewahan yang tidak mampu dimiliki oleh orang lain.

Di saat mulut kita sibuk mengeluh penat, ada orang lain yang sedang bertaruh segala-galanya demi sekadar untuk terus ada di dunia ini.

Selagi masih ada bumbung tempat berteduh, belajarlah untuk berhenti merungut kerana rezeki yang kita pertikaikan hari ini adalah impian yang orang lain doa setiap malam.

Moga petang ini mendewasakan kita semua.




PROMO KELAS PJJ BY CIKGU ND​1️⃣ PJJ ROTI CANAI FROZEN   👉 Belajar buat Roti Canai (Boleh Frozen), Roti Boom, Roti Sarang...
11/06/2026

PROMO KELAS PJJ BY CIKGU ND

​1️⃣ PJJ ROTI CANAI FROZEN
👉 Belajar buat Roti Canai (Boleh Frozen), Roti Boom, Roti Sarang Burung, Kuah Dhall, Rendang & Murtabak Popia.

​2️⃣ PJJ TAUSA & PASTRY BAKAR
👉 Kuasai Tausa Klasik, Karipap Bakar, Sardine Roll, Portuguese Egg Tart & Kek Sarang Semut.

​3️⃣ PJJ PERIA CRISPY RANGUP
👉 Rahsia 3 Tepung Premix (Asas, Premium & Salted Egg) untuk Peria, Bayam & Bawang Putih Crispy. Gerenti tak serap minyak.

​4️⃣ PJJ NASI KUKUS ROYALE
👉 Teknik Nasi Kukus Royale/Biasa, Ayam Goreng Berempah Istimewa, Kuah Kari Letop, Sambal Lada & Acar Timun.

​5️⃣ PJJ CHICKEN MANGO & ROJAK MEE
👉 Menu padu Chicken Mango & Pasembor/Rojak Mee.
🎁 BONUS: Kuih Lopes, Popia Crunchy & Pes Ikan Bakar.

​6️⃣ PJJ MEE REBUS VOL 1
👉 Resepi asli Mee Rebus & Mee Bandung.
🎁 BONUS: Kuih Sum-Sum Gedik.

​✅ 100% Online – Belajar bila-bila masa dari rumah mengikut keselesaan anda.
✅ Video Tutorial Jelas – Panduan langkah demi langkah, sangat mesra beginner.
✅ Resepi Teruji – Sukatan tepat, rasa luar biasa & gerenti jadi.

​"Senang Belajar, Sedap Dihidang, Jimat & Berbaloi!"

​🚀 CARA DAFTAR (SLOT PROMO RM10 TERHAD):

Klik link dikomen / klik butang 'Learn More' / 'Send Message'





10/06/2026

Nak kejar impian, kejarlah.

Nak cari rezeki, carilah seluas-luasnya.

Tapi jangan sampai kita pijak kepala orang lain untuk naik atas.

Ruang rezeki tuhan ni luas sangat untuk kita kongsi bersama.

Betul tak?

Selamat malam korang, moga kita semua dijauhkan daripada sifat hasad dengki.

Jumpa esok ☺️





09/06/2026

Satu pengajaran besar yang saya pegang sampai hari ini ialah belajar untuk fokus pada hidup sendiri dan berhenti sibuk dengan urusan orang lain.

Tenaga kita setiap hari sangat terhad.

Kalau kita habiskan masa untuk tengok apa yang orang lain buat, apa yang orang lain miliki atau bagaimana orang lain corakkan hidup mereka, kita akan hilang fokus untuk bina hidup kita sendiri.

Biarlah apa pun yang ada dalam pinggan orang lain.

Itu rezeki mereka, itu juga ujian mereka.

Tugas kita hanyalah pastikan pinggan kita bersih daripada sifat hasad dan penuhkan dengan usaha serta doa yang berterusan.

Jaga diri sendiri dulu, barulah hidup jadi lebih tenang.

Assalamualaikum, selamat pagi semua. Semoga hari ini dipermudahkan segala urusan kita.




09/06/2026

Tanpa cermin, kita takkan nampak cela di wajah.

Begitulah juga hidup, tanpa teguran dan nasihat kita takkan sedar di mana silapnya diri.

Kita perlukan cermin dalam hidup kita sama ada dalam bentuk sahabat yang jujur, ibu bapa mahupun ujian.

Kadang-kadang teguran orang lain itulah cermin terbaik untuk kita perbaiki diri.

Selamat berehat semua.





09/06/2026

Apa yang hilang akan diganti dengan yang lebih baik. Insya-Allah..

Selamat petang semua..




Address

Alor Setar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Galeri An Nour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share