07/08/2025
๐ ASAL-USUL BANDARAYA NEW YORK โ DARI PENEMPATAN KECIL KE KOTA PALING IKONIK DUNIA
Pernah terfikir macam mana New York City (NYC) boleh jadi antara bandaraya paling terkenal dan berpengaruh dalam dunia?
Sebenarnya, semuanya bermula lebih 400 tahun lalu, pada tahun 1624, bila sekumpulan pedagang Belanda datang buka penempatan kecil di sebuah pulau yang mereka namakan New Amsterdam. Tempat ni dipilih sebab lokasinya sangat strategik โ di muara Sungai Hudson, sesuai untuk perdagangan kapal-kapal besar.
Tapi, tak lama lepas tu, pada tahun 1664, British datang ambil alih kawasan tu dan tukar nama kepada New York, sempena Duke of York โ abang kepada Raja England masa tu. Dari sinilah bermulanya perjalanan New York jadi pusat kewangan dan perdagangan terbesar dunia.
๐ฝ Apa yang buat New York berkembang?Sepanjang abad ke-19 dan awal abad ke-20, berjuta-juta imigran dari Eropah masuk ke sini melalui pelabuhan terkenal, Ellis Island. Diorang datang dengan harapan nak ubah nasib hidup โ cari peluang baru, kerja, dan bina masa depan. New York jadi tumpuan dunia!
Bangunan pencakar langit mula dibina, antaranya:
Empire State Building
Chrysler Building
Dan yang terkini dalam gambar ni โ One World Trade Center, simbol kekuatan selepas tragedi 9/11.
๐ Hari ini, New York dibahagikan kepada 5 borough utama:
Manhattan (paling popular & padat pencakar langit),
1:Brooklyn,
2:Queens,
3:The Bronx,
4:Staten Island.
๐ก Fakta menarik untuk kaki ride:Kalau anda plan ride masuk NYC, bersedia dengan trafik yang padat & jalan yang sentiasa sibuk โ tapi view bandar ni memang POWER. Waktu malam, lampu dari bangunan tinggi buatkan ride anda rasa macam dalam filem.
๐ต Dulu cuma pulau kecil, hari ini jadi โibu kota duniaโ.
Kalau diberi peluang, berani tak anda ride motor masuk tengah-tengah New York City?
๐ฌ Komen "NEW YORK" kalau tempat ni ada dalam wishlist ride anda satu hari nanti!