OH Ya

OH Ya Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle

Tips harian, kisah semasa & realiti kesihatan
Sambung perjalanan Aafiyat di Olive House Malaysia - HQ Bukan untuk mengajar.

Kadang hidup ni bagi kita banyak isyarat kecil,
tapi kita cuma perasan bila ada yang menyentuh hati dan buat kita terfikir, “Oh ya… betul juga.”

Di sinilah OH Ya bermula. Kami kongsikan kisah dan isu yang dekat dengan hidup kita,
tentang kesihatan, keluarga, kehilangan, harapan, dan semua yang manusia rasa. Cuma nak sama-sama faham. Sebab bila kita faham, barulah kita mula jaga diri, hati, dan or

ang sekeliling. Misi Kami

Kami percaya kesedaran tak perlu datang dari perkara besar. Kadang cukup satu kisah, satu ayat, atau satu doa yang sesuai pada waktunya. Itulah misi kami, menyampaikan cerita dan ilmu yang buat kita lebih tahu, lebih berjaga, dan lebih Aafiyat. Secara tidak langsung, setiap usaha kecil ini diharap dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan dan kesihatan rakyat Malaysia. Apa Yang Kami Kongsikan

• Kisah benar orang Malaysia dari hal kesihatan sampai kisah kehidupan.
• Fakta yang sahih, disampaikan dengan rasa.
• Renungan yang menyentuh emosi, bukan sekadar maklumat.
• Kandungan yang “viral dengan makna” sebab kesedaran pun boleh dari kisah trending yang diambil ikhtibar. Komuniti OH Ya

OH Ya bukan sekadar page. Yang mengikutinya adalah komuniti dari kita semua yang nak jadi lebih baik sedikit demi sedikit. Yang percaya bahawa bila kita mula ambil tahu, kita akan mula berubah untuk diri, keluarga dan masyarakat. Teruskan bersama komuniti OH Ya. Like, follow dan kongsi setiap sebaran yang bermanfaat,
kerana kesedaran tak berhenti bila kita baca, ia bermula bila kita sebarkan. OH Ya — Malaysian Ways of Aafiyat Lifestyle.

“Kalau saya boleh ulang balik masa lalu, hidup saya mesti lebih tenang.”Ramai antara kita pernah terfikir begitu.Kita st...
09/06/2026

“Kalau saya boleh ulang balik masa lalu, hidup saya mesti lebih tenang.”

Ramai antara kita pernah terfikir begitu.

Kita stres dengan perkara yang sudah berlaku.
Kita risau tentang perkara yang belum tentu berlaku.

Akhirnya, tenaga mental habis pada perkara yang tidak dapat kita ubah.

Sebab itu falsafah Stoik (Stoicism) masih relevan sehingga hari ini.

Ia mengajar kita satu perkara yang sangat mudah:

👉 Bezakan antara perkara yang boleh kita kawal dan perkara yang tidak boleh kita kawal.

Kita tidak boleh mengawal cuaca, perangai orang, kesilapan masa lalu atau apa yang orang fikir tentang kita.

Tetapi kita boleh mengawal tindakan, usaha dan cara kita memberi respons.

Ketenangan bukan datang apabila hidup menjadi sempurna.

Ketenangan datang apabila kita berhenti melawan perkara yang sememangnya di luar kawalan kita.

Jaga minda seperti kita menjaga kesihatan fizikal.

GEMPA BUMI KUAT DI MINDANAO, FILIPINAGempa bumi bermagnitud 7.9 dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 p...
08/06/2026

GEMPA BUMI KUAT DI MINDANAO, FILIPINA

Gempa bumi bermagnitud 7.9 dilaporkan berlaku di Mindanao, Filipina pada jam 7.37 pagi, 8 Jun 2026.

Walaupun pusat gempa terletak kira-kira 747 kilometer dari Semporna, Sabah, kesan gempa boleh menghasilkan pergerakan ombak yang berpotensi memberi impak kepada kawasan pantai tertentu.

Susulan itu, nasihat tsunami telah dikeluarkan bagi kawasan pantai:

📍 Tawau
📍 Semporna
📍 Kunak
📍 Lahad Datu

Kesan dijangka berlaku antara jam 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Apa yang perlu dilakukan?

✔️ Jauhi kawasan pantai dan pesisir laut buat sementara waktu.
✔️ Ikuti arahan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.
✔️ Elakkan menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.
✔️ Dapatkan perkembangan terkini daripada saluran rasmi MET Malaysia

Dalam situasi seperti ini, tindakan yang tenang dan berpandukan maklumat rasmi adalah langkah terbaik untuk keselamatan diri dan keluarga.

Kongsi maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan yang berada di kawasan terlibat.

Ramai sangka semua pinggan sama saja.Asalkan boleh letak nasi, boleh makan.Hakikatnya, jenis pinggan yang kita guna seti...
07/06/2026

Ramai sangka semua pinggan sama saja.

Asalkan boleh letak nasi, boleh makan.

Hakikatnya, jenis pinggan yang kita guna setiap hari juga boleh mempengaruhi keselamatan makanan yang masuk ke dalam badan.

Contohnya:

🍽️ Pinggan plastik yang terkena suhu panas berisiko melepaskan bahan tertentu ke dalam makanan.

🍽️ Pinggan melamin p**a tidak sesuai digunakan untuk makanan yang terlalu panas.

🍽️ Pinggan seramik berkualiti rendah mungkin mengandungi logam berat seperti plumbum dan kadmium.

Mungkin kesannya tidak nampak hari ini.

Tetapi pendedahan berulang dalam jangka masa panjang adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

Sebab itu pakar mengesyorkan:

✅ Pilih pinggan kaca jika boleh
✅ Gunakan pinggan mengikut fungsi yang sesuai
✅ Gantikan pinggan yang retak, tercalar atau berkarat
✅ Elakkan menggunakan bekas yang tidak sesuai untuk makanan panas

Kesihatan keluarga bukan hanya bergantung pada apa yang kita makan.

Tetapi juga apa yang digunakan untuk menghidangkan makanan tersebut.

Semak pinggan di rumah anda hari ini. Yang mana satu paling kerap digunakan?

"Saya ingatkan sakit pinggang biasa je..."Itulah yang ramai fikir bila belakang mula sakit.Terus sapu minyak, urut atau ...
04/06/2026

"Saya ingatkan sakit pinggang biasa je..."

Itulah yang ramai fikir bila belakang mula sakit.

Terus sapu minyak, urut atau tunggu beberapa hari dengan harapan sakit akan hilang sendiri.

Tetapi tidak semua sakit di bahagian belakang adalah sakit pinggang biasa.

⚠️ Dalam sesetengah keadaan, ia boleh menjadi petanda buah pinggang sedang bermasalah.

Lebih membimbangkan, penyakit buah pinggang sering tidak menunjukkan gejala yang jelas pada peringkat awal.

Sebab itu jika anda mempunyai:

✔️ Diabetes
✔️ Darah tinggi
✔️ Berat badan berlebihan
✔️ Sejarah keluarga dengan penyakit buah pinggang
✔️ Perubahan pada air kencing

Jangan tunggu sehingga badan memberi lebih banyak amaran.

✅ Periksa tekanan darah secara berkala
✅ Kawal paras gula dalam darah
✅ Buat ujian air kencing dan fungsi buah pinggang sekurang-kurangnya setahun sekali jika berisiko

Sakit pinggang biasa mungkin boleh sembuh. Tetapi buah pinggang yang rosak tidak semestinya boleh pulih.

Jangan tunggu sehingga terlambat.

Kenali gejalanya. Lakukan pemeriksaan awal.

Badan dah sampai office tapi mood masih di kampung ? Hari pertama masuk kerja selepas cuti panjang memang mencabar.Buka ...
03/06/2026

Badan dah sampai office tapi mood masih di kampung ?

Hari pertama masuk kerja selepas cuti panjang memang mencabar.

Buka laptop, tengok email bertimbun.
Fokus baru 5 minit, teringat lagi suasana berkumpul dengan keluarga.

Ada yang masih rasa penat sebab perjalanan jauh, ada yang tidur belum cukup, ada juga yang masih terbayang menu raya semalam.

Sebenarnya, rasa lemau dan kurang bersemangat selepas cuti panjang adalah perkara yang normal.

Otak dan badan memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri semula dengan rutin harian.

Jangan paksa diri untuk terus bekerja pada tahap 100% seperti biasa.

✔ Mulakan dengan tugas yang mudah
✔ Kemas semula ruang kerja
✔ Tetapkan sasaran kecil untuk hari pertama
✔ Kurangkan gangguan media sosial
✔ Pastikan badan mendapat rehat dan nutrisi yang mencukupi
✔ Raikan setiap kemajuan walaupun kecil
✔ Hadkan interaksi dengan individu yang sering menguras emosi

Yang penting, jangan terlalu keras terhadap diri sendiri.

Produktiviti bukan tentang siapa yang paling laju kembali bekerja, tetapi siapa yang mampu kembali konsisten sedikit demi sedikit.

Dulu keluar rumah mesti singgah mall.Nampak barang viral terus rasa nak checkout.Baju masih elok, tapi masih rasa macam ...
31/05/2026

Dulu keluar rumah mesti singgah mall.
Nampak barang viral terus rasa nak checkout.
Baju masih elok, tapi masih rasa macam “tak ada baju nak pakai.”

Sekarang lain p**a ceritanya.

✔️ Tak kisah ulang pakai outfit yang sama
✔️ Beli bila perlu, bukan sebab takut ketinggalan trend
✔️ Guna skincare sampai habis sebelum beli yang baru
✔️ Pilih barang berkualiti walaupun tak banyak
✔️ Mula kemas dan sedekahkan barang yang dah tak digunakan
✔️ Lebih seronok tengok duit simpanan bertambah daripada troli shopping penuh

Hakikatnya, bahagia tak semestinya datang daripada barang yang banyak.

Hidup rasa lebih lapang bila kita belajar bezakan antara “nak” dan “perlu”.

Bukan kedekut. Bukan tak mampu.

Cuma kita mula sedar:

Barang yang banyak belum tentu beri ketenangan,
tapi hidup yang sederhana selalunya lebih menenangkan.

Anda p**a macam mana?

Antara 6 tanda ni, yang mana paling menggambarkan diri anda sekarang?

Raya Korban ni memang musim ‘makan tak ingat dunia’Pagi makan nasi impit dengan rendang…Tengah hari sambung sup tulang…M...
27/05/2026

Raya Korban ni memang musim ‘makan tak ingat dunia’

Pagi makan nasi impit dengan rendang…
Tengah hari sambung sup tulang…
Malam p**a bakar-bakar lagi...

Bila jumpa keluarga & lauk sedap-sedap, memang susah nak tolak.

Tapi dalam seronok beraya tu, jangan lupa juga jaga kesihatan diri.

✔️ Ambil berpada-pada
✔️ Banyakkan air kosong
✔️ Selang-selikan dengan sayur & buah
✔️ Elakkan makan terlalu berlebihan sekali gus

Nikmati daging korban dengan penuh syukur, bukan sampai perut pun rasa ‘terkorban’ sekali.

“First-time nak korban ni… Apa yang perlu saya ambil tahu?”Setiap tahun kita tengok orang buat korban.Ada yang simpan du...
27/05/2026

“First-time nak korban ni… Apa yang perlu saya ambil tahu?”

Setiap tahun kita tengok orang buat korban.

Ada yang simpan duit berbulan-bulan.
Ada yang berebut daftar awal sebab takut slot penuh.
Ada yang sanggup turun padang bantu uruskan sembelihan dan agihan daging.

Tapi bila tiba giliran kita sendiri nak melaksanakan ibadah korban buat pertama kali…

Baru terasa satu perasaan yang sukar digambarkan.

Teruja.
Berdebar.
Dan dalam masa yang sama tertanya-tanya…

"Apa sebenarnya yang patut saya buat sebagai peserta korban?"

Rupanya ada beberapa sunnah dan adab yang digalakkan ketika melaksanakan ibadah korban, yang ramai orang tak tahu.

1. Pilih haiwan korban yang terbaik

Jika berpeluang, pilihlah haiwan korban yang sihat, sempurna dan berkualiti.

Kerana korban bukan tentang mendapatkan haiwan yang paling murah.

Tetapi tentang memberikan yang terbaik sebagai tanda syukur, ketaatan dan penghambaan kepada Allah SWT.

2. Jika mampu, sembelih sendiri

Bagi lelaki yang mempunyai kemahiran menyembelih, disunatkan untuk menyembelih sendiri haiwan korbannya.

Ini kerana Nabi SAW sendiri pernah melaksanakan sembelihan korban dengan tangan Baginda.

Namun jika tidak mampu atau tidak mahir, tidak mengapa.

Anda boleh mewakilkannya kepada penyembelih yang berkelayakan.

3. Hadir dan saksikan sembelihan korban

Ini antara perkara yang ramai terlepas pandang.

Walaupun anda mewakilkan proses sembelihan kepada orang lain, anda digalakkan untuk hadir dan menyaksikan sendiri ibadah tersebut jika berpeluang.

Kerana ia bukan sekadar melihat haiwan disembelih.

Tetapi peluang untuk menghayati makna sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT.

4. Turut serta membantu pengagihan daging korban

Kalau berkesempatan, cubalah turut sama membantu mengagihkan daging korban kepada jiran, saudara-mara dan golongan yang memerlukan.

Di situlah antara hikmah terbesar ibadah korban.

Bukan sekadar daging.

Tetapi kasih sayang.
Silaturahim.
Dan kegembiraan yang dapat dikongsi bersama.

Sebab itulah Aidiladha sentiasa membawa suasana yang berbeza.

Yang kaya dan yang kurang berkemampuan dapat menikmati rezeki yang sama.

Yang jauh menjadi dekat.

Yang jarang berjumpa dapat bertanya khabar.

Dan semuanya bermula daripada satu ibadah yang mengajar kita erti pengorbanan, keikhlasan dan syukur.

Jika tahun ini merupakan korban pertama anda, semoga Allah menerima ibadah kita semua dan menjadikannya asbab kebaikan di dunia dan akhirat.

3 hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang remaja perempuan yang hilang ketika hiking dan akhirnya ditemukan men...
26/05/2026

3 hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang remaja perempuan yang hilang ketika hiking dan akhirnya ditemukan meninggal dunia hari ini. Innalillahi wa inna ilaihi raji’un.

Kejadian seperti ini menjadi peringatan buat kita semua bahawa aktiviti hiking bukan sekadar perlukan stamina dan minat… tetapi juga persediaan serta langkah keselamatan yang betul.

Keadaan dalam hutan boleh berubah tanpa dijangka. Trek yang nampak jelas boleh jadi mengelirukan, lebih-lebih lagi apabila cuaca berubah atau seseorang terpisah daripada kump**an.

Sentiasalah berwaspada dan jangan ambil mudah soal keselamatan walaupun trek nampak mudah atau sudah biasa dilalui.

Pastikan anda tidak bergerak seorang diri, simpan offline map atau GPS dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling sepanjang perjalanan.

Tidak kira baru bermula atau sudah berpengalaman dalam dunia hiking, keselamatan tetap perlu menjadi keutamaan setiap kali melangkah masuk ke dalam hutan.

Semoga semua pendaki sentiasa dilindungi dan dipermudahkan setiap langkah sepanjang perjalanan.

Al-Fatihah buat Adik Nur Izzati Humaira 🤲

Overthinking.Jantung laju.Nafas rasa pendek.Fikiran bercelaru sampai susah nak tenang.Kadang-kadang bila stres atau cema...
25/05/2026

Overthinking.
Jantung laju.
Nafas rasa pendek.
Fikiran bercelaru sampai susah nak tenang.

Kadang-kadang bila stres atau cemas datang, otak kita jadi terlalu ‘sibuk’ sampai badan pun rasa tak selesa.

Salah satu teknik yang sering digunakan untuk bantu tenangkan diri ialah teknik grounding 5-4-3-2-1.

Caranya mudah, sambil anda buat, sambil anda namakan atau sebut benda tersebut.

5 benda yang anda nampak
4 benda yang anda boleh sentuh
3 bunyi yang anda dengar
2 benda yang anda boleh bau
1 benda yang anda boleh rasa

Teknik ini membantu otak kembali fokus pada saat sekarang, bukan tenggelam dalam fikiran yang berserabut.

Nampak simple, tapi ramai rasa lebih tenang selepas cuba teknik ini perlahan-lahan.

Kalau anda sedang penat mental, cuba berhenti sekejap dan beri ruang untuk diri bernafas.

Address

Alor Setar
05150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OH Ya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to OH Ya:

Share