LUAR LITAR

LUAR LITAR Berita MotoGP dan sukan permotoran tempatan

17/11/2021

Senarai awal pelumba MotoGP, Moto2 dan Moto3 2022 yang dikeluarkan oleh FIM

MOTOGP

4 Andrea Dovizioso Italian WithU Yamaha RNF MotoGP Team Yamaha *
5 Johann Zarco French Pramac Racing Ducati *
10 Luca Marini Italian VR46 Racing Team Ducati *
12 Maverick Viñales Spanish Aprilia Racing Aprilia
20 Fabio Quartararo French Monster Energy Yamaha MotoGP Yamaha
21 Franco Morbidelli Italian Monster Energy Yamaha MotoGP Yamaha
23 Enea Bastianini Italian Gresini Racing MotoGP Ducati *
25 Raul Fernandez Spanish Tech3 KTM Factory Racing KTM *
30 Takaaki Nakagami Japanese LCR Honda Idemitsu Honda *
33 Brad Binder S-African Red Bull KTM Factory Racing KTM
36 Joan Mir Spanish Team Suzuki Ecstar Suzuki
40 Darryn Binder S-African WithU Yamaha RNF MotoGP Team Yamaha *
41 Aleix Espargaro Spanish Aprilia Racing Aprilia
42 Alex Rins Spanish Team Suzuki Ecstar Suzuki
43 Jack Miller Australian Ducati Lenovo Team Ducati
44 Pol Espargaro Spanish Repsol Honda Team Honda
49 Fabio Digiannantonio Italian Gresini Racing MotoGP Ducati *
63 Francesco Bagnaia Italian Ducati Lenovo Team Ducati
72 Marco Bezzecchi Italian VR46 Racing Team Ducati *
73 Alex Marquez Spanish LCR Honda Castrol Honda *
87 Remy Gardner Australian Tech3 KTM Factory Racing KTM *
88 Miguel Oliveira Portuguese Red Bull KTM Factory Racing KTM
89 Jorge Martin Spanish Pramac Racing Ducati *
93 Marc Marquez Spanish Repsol Honda Team Honda

MOTO2

2 Gabriel Rodrigo Argentina Pertamina Mandalika Sag Team Kalex
4 Sean Dylan Kelly USA American Racing Kalex
5 Romano Fenati Italian Speedup Racing Boscoscuro
6 Cameron Beaubier USA American Racing Kalex
7 Barry Baltus Belgian RW Racing GP Kalex
9 Jorge Navarro Spanish Flexbox HP40 Kalex
12 Filip Salac Czech Gresini Racing Moto2 Kalex
13 Celestino Vietti Italian VR46 Racing Team Kalex
14 Tony Arbolino Italian Elf Marc VDS Racing Team Kalex
16 Joe Roberts USA Italtrans Racing Team Kalex
18 Manuel Gonzalez Spanish Yamaha VR46 Master Camp Team Kalex
19 Lorenzo Dalla Porta Italian Italtrans Racing Team Kalex
22 Sam Lowes British Elf Marc VDS Racing Team Kalex
23 Marcel Schrotter German Liqui Moly Intact GP Kalex
24 Simone Corsi Italian MV Agusta Forward Racing MV Agusta
28 Niccolo Antonelli Italian VR46 Racing Team Kalex
35 Somkiat Chantra Thai Idemitsu Honda Team Asia Kalex
37 Augusto Fernandez Spanish Red Bull KTM Ajo Kalex
40 Aron Canet Spanish Flexbox HP40 Kalex
42 Marcos Ramirez Spanish MV Agusta Forward Racing MV Agusta
51 Pedro Acosta Spanish Red Bull KTM Ajo Kalex
52 Jeremy Alcoba Spanish Liqui Moly Intact GP Kalex
54 Fermin Aldeguer Spanish Speedup Racing Boscoscuro
61 Alessandro Zaccone Italian Gresini Racing Moto2 Kalex
64 Bo Bendsneyder Dutch Pertamina Mandalika Sag Team Kalex
75 Albert Arenas Spanish Aspar Team (Moto2) Gasgas
79 Ai Ogura Japanese Idemitsu Honda Team Asia Kalex
81 Keminth Kubo Thai Yamaha VR46 Master Camp Team Kalex
84 Zonta van den Goorbergh Dutch RW Racing GP Kalex
96 Jake Dixon British Aspar Team (Moto2) Gasgas

MOTO3

5 Jaume Masia Spanish Red Bull KTM Ajo KTM

6 Ryusei Yamanaka Japanese MT Helmets - MSI KTM

7 Dennis Foggia Italian Leopard Racing Honda

10 Diogo Moreira Brazilian MT Helmets - MSI KTM

11 Sergio Garcia Spanish Aspar Team (Moto3) GasGas

16 Andrea Migno Italian Rivacold Snipers Team Honda

17 John McPhee British Sterilgarda Husqvarna Max Husqvarna

18 Matteo Bertelle Italian Avintia Esponsorama Moto3 KTM

20 Lorenzo Fellon French SIC 58 Squadra Corse Honda

23 Elia Bartolini Italian Avintia Esponsorama Moto3 KTM

24 Tatsuki Suzuki Japanese Leopard Racing Honda

26 Scott Ogden British VisionTrack Racing Team Honda

27 Kaito Toba Japanese CIP Green Power KTM

28 Izan Guevara Spanish Aspar Team (Moto3) GasGas

31 Adrian Fernandez Spanish Red Bull KTM Tech3 KTM

38 David Salvador Spanish BOE SKX KTM

43 Xavier Artigas Spanish CFMoto Racing PruestelGP CFMoto

44 David Muñoz Spanish BOE SKX KTM

48 Ivan Ortola Spanish Team MTA KTM

53 Deniz Öncü Turkish Red Bull KTM Tech3 KTM

54 Riccardo Rossi Italian SIC 58 Squadra Corse Honda

64 Mario Suryo Aji Indonesian Honda Team Asia Honda

66 Joel Kelso Australian CIP Green Power KTM

67 Alberto Surra Italian Rivacold Snipers Team Honda

70 Joshua Whatley British VisionTrack Racing Team Honda

71 Ayumu Sasaki Japanese Sterilgarda Husqvarna Max Husqvarna

72 Taiyo Furusato Japanese Honda Team Asia Honda

82 Stefano Nepa Italian Team MTA KTM

96 Daniel Holgado Spanish Red Bull KTM Ajo KTM

99 Carlos Tatay Spanish CFMoto Racing PruestelGP CFMoto

MACK TERUJA LIHAT SUT LUMBA BARUKURANG seminggu lagi Maverick Vinales akan membuat debut bersama pasukan barunya, Aprili...
04/09/2021

MACK TERUJA LIHAT SUT LUMBA BARU

KURANG seminggu lagi Maverick Vinales akan membuat debut bersama pasukan barunya, Aprilia Racing Team Gresini di Grand Prix Aragon.

Bersama Aprilia nanti, sudah tentu Vinales juga akan menggunakan sut lumba yang berbeza.

Dia telah pergi ke Alpinestars untuk menyaksikan sendiri proses pembuatan sut lumba pertamanya dengan Aprilia.

Vinales kelihatan begitu teruja melihat sut lumba barunya itu

PETRUX DILAMAR DUA PASUKAN WBSKKETIKA masa depannya bersama Tech 3 KTM musim depan masih samar, Danilo Petrucci dilapork...
10/07/2021

PETRUX DILAMAR DUA PASUKAN WBSK

KETIKA masa depannya bersama Tech 3 KTM musim depan masih samar, Danilo Petrucci dilaporkan menerima tawaran daripada dua pasukan pengeluar WSBK.

Petrucci memaklumkan bahawa dia akan menungggu sehingga sekurang-kurangnya sehingga hujung Ogos atau selepas dua perlumbaan di Red Bull Ring, Styria, Austria sebelum membuat keputusan.

Tech 3 KTM sudah mengesahkan Remy Gardner sebagai pelumba MotoGP mereka musim depan dan hanya ada satu tempat kosong menjadi rebutan Petrucci dan Iker Lecuona.

Namun, kedua-duanya dijangka hilang tempat dengan Tech 3 KTM musim depan kerana pasukan itu mungkin menaikkan Raul Fernandez untuk bergandingan dengan Gardner.

Sukar untuk melihat Dovi menjadi rakan sepasukan saya - AleixALEIX Espargaro tidak fikir Andrea Dovizioso akan menjadi r...
09/07/2021

Sukar untuk melihat Dovi menjadi rakan sepasukan saya - Aleix

ALEIX Espargaro tidak fikir Andrea Dovizioso akan menjadi rakan sepasukannya di Aprilia musim depan.

“Dovizioso telah melakukan beberapa ujian dengan kami, tapi dia tidak begitu kompetitif setakat ini dan seperti tidak mahu berlumba.

“Saya peminat dia tapi sukar untuk melihat dia menjadi rakan sepasukan saya,” katanya kepada akhbar sukan Sepanyol, Marca.

Dalam pada itu, Espargaro menyifatkan Marc Marquez sebagai pelumba terbaik dalam sejarah kerana dia telah mengalahkan ramai pelumba hebat.

“(Valentino) Rossi adalah idola saya sejak kecil. (Giacomo) Agostini dan (Angel) Nieto menang lebih banyak gelaran. Tapi jika kamu fikir secara jelas dan menganalisis pesaing yang Marc perlu kalahkan, itu adalah cerita lain.

“Valentino ada Sete (Gibernau) yang memberikan kesukaran kepadanya dan beberapa pelumba Itali (seperti Max Biaggi dan Loris Capirossi).

“Marc bersaing dengan pelumba-pelumba terbaik dalam sejarah. Kalau kita buat senarai 15 pelumba terbaik dalam sejarah, Marc telah kalahkan lapan pelumba, dan Rossi tidak,” katanya.

06/07/2021

Jadual baru MotoGP 2021

GP Styria (Red Bull Ring) - 8 Ogos 2021
GP Austria (Red Bull Ring) - 15 Ogos 2021
GP British (Silverstone) - 29 Ogos 2021
GP Aragon (Aragon) - 12 September 2021
GP San Marino (Misano) - 19 September 2021
GP Americas (Americas) - 3 Oktober 2021
GP Thailand (Chang) - 17 Oktober 2021
GP Malaysia (Sepang) - 24 Oktober 2021
GP Algarve (Algarve) - 7 November 2021
GP Valencia (Ricardo Tormo) - 14 November 2021

Reserve
GP Argentina (Rio Hondo)

Aprilia pilihan terbaik Vinales sekarang - Tardozzi.Maverick Vinales masih lagi menjadi topik hangat di MotoGP. Sehingga...
06/07/2021

Aprilia pilihan terbaik Vinales sekarang - Tardozzi.

Maverick Vinales masih lagi menjadi topik hangat di MotoGP.

Sehingga sekarang, masa depan Vinales dalam MotoGP masih diselubungi misteri.

Tiada siapa tahu ke mana hala tujunya selepas meninggalkan Yamaha pada akhir musim ini.

Ducati pernah cuba mendapatkan Vinales 2019 tetapi tidak berjaya.

Pada masa ini, hanya terdapat dua pasukan yang mungkin disertai Vinales iaitu Aprilia dan VR46.

Pengurus pasukan Ducati, Davide Tardozzi ketika ditanya kemungkinan Vinales menyertai Aramco VR46, menyatakan, Aprilia adalah pilihan terbaik buat pelumba Sepanyol itu buat masa sekarang.

“Kami mengambil keputusan memberikan tumpuan kepada pelumba muda. Dia (Vinales) sangat laju dan saya berharap dia kekal dalam MotoGP,” katanya kepada Sky TV.

OLIVEIRA DIRISIK YAMAHAMIGUEL Oliveira mendedahkan bahawa dia dihubungi Yamaha yang berminat mendapatkan khidmatnya bagi...
03/07/2021

OLIVEIRA DIRISIK YAMAHA

MIGUEL Oliveira mendedahkan bahawa dia dihubungi Yamaha yang berminat mendapatkan khidmatnya bagi menggantikan Maverick Vinales musim depan.

Bercakap kepada Motorcycle Sports, pelumba Portugal itu memberitahu, dia menolak tawaran tersebut kerana masih menghormati kontraknya dengan KTM yang akan tamat pada 2022.

“Saya memberikan komitmen selama dua tahun kepada pasukan saya tahun lepas dan saya akan menghormati janji saya.

“Sudah tentu situasi Vinales telah menyebabkan kebimbangan dalam perbincangan untuk masa depan.

“Saya juga dihubungi (oleh Yamaha) dalam hal ini, tapi saya beritahu komitmen saya ialah kepada pasukan saya.

“Mereka adalah pasukan yang hebat dan saya percaya saya boleh muncul juara dunia dengan mereka, dan saya ada kontrak,” katanya.

📸: Wikipedia

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,Dalam kelembutan lidah ada keterlanju...
13/05/2021

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata,
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa.

Mohon Ampun Zahir Dan Batin
Selamat Hari Raya AidilFitri 1442H.



🎇🎇🎇🎇🎇🎇

ADAM Norrodin memulakan kempen FIM CEV Repsol Moto2 musim ini dengan bergaya apabila berjaya meraih podium dalam perlumb...
25/04/2021

ADAM Norrodin memulakan kempen FIM CEV Repsol Moto2 musim ini dengan bergaya apabila berjaya meraih podium dalam perlumbaan pertama di Estoril, Portugal semalam.

Pelumba Liqui Moly Intact SIC Racing Team itu, yang memulakan perlumbaan di petak keempat berjaya meraih tempat ketiga selepas rakan sepasukannya, Lukas Tulovic yang berada di depannya, terjatuh ketika perlumbaan berbaki lapan pusingan.

Perlumbaan tersebut dikuasai dua pelumba Boscoscuro Talent Team, Fermin Aldeguer dan Alonso Lopez yang masing-masing meraih tempat pertama dan kedua.

Skrip perlumbaan kedua juga sama, yang menyaksikan Aldeguer sekali muncul juara dan Lopez di tempat kedua. Mereka meninggalkan Tulovic yang menduduki tempat ketiga dengan perbezaan lebih tiga saat.

Adam meraih tempat keempat, ketinggalan lebih sembilan saat daripada dua pelumba Boscoscuro itu.

Pelumba dari Indonesia, Dimas Ekky Pratama p**a meraih tempat ketujuh pada perlumbaan pertama dan kelapan pada perlumbaan kedua.

Aldeguer dan Lopez dilihat sebagai pilihan utama untuk menang saingan kelas Moto2 musim ini kerana terlalu dominan berbanding pelumba-pelumba lain.

Tulovic adalah pencabar terkuat mereka tetapi buat masa sekarang, masih ada jurang perbezaan agak ketara dengan dua pelumba itu. Adam juga dilihat mampu memberi cabaran tetapi mungkin selepas beberapa perlumbaan.

Aldeguer yang baru berusia 16 tahun, kini mendahului carta kejuaraan dengan 50 mata, manakala Lopez di tempat kedua dengan 40 mata dan Adam ketiga dengan 29 mata.

Diharap dapat meningkatkan prestasinya terutamanya pecutan ketika masuk dan keluar selekoh, agar dapat bersaing kedudukan podium secara konsisten pada musim ini.

Boleh dikatakan Adam hampir pasti akan mewakili Petronas Sprinta Racing Team di saingan Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan memandangkan ketiadaan pelumba negara dalam pasukan tersebut tahun ini memberikan tekanan hebat kepada Prinsipal Pasukan, Datuk Razlan Razali.

Sementara itu, dalam kelas Moto3, pelumba negara, Syarifuddin Azman meraih tempat ke-14 dalam perlumbaan yang dimenangi Daniel Holgado dari Aspar Junior Team.

Pelumba dari Indonesia, Mario Aji menampilkan aksi hebat untuk meraih tempat keempat dalam perlumbaan tersebut.

Seorang lagi pelumba negara, Sharul Ezwan Sharil yang bersaing dalam Hawkers European Talent Cup meraih tempat ketujuh dalam perlumbaan pertama tetapi gagal menamatkan perlumbaan dalam perlumbaan kedua.

Dia kini menduduki tempat ke-13 dalam carta kejuaraan dengan memungut sembilan mata.

📸: Adam Norrodin

ROGERS TIDAK SABAR TURUN BERAKSIPELUMBA British, Fraser Rogers tidak sabar untuk menunggang motosikal NTS RW Racing GP d...
12/04/2021

ROGERS TIDAK SABAR TURUN BERAKSI

PELUMBA British, Fraser Rogers tidak sabar untuk menunggang motosikal NTS RW Racing GP dalam sesi latihan bebas Grand Prix Portugal, Jumaat ini.

Pelumba berusia 25 tahun itu berterima kasih kepada NTS RW Racing GP kerana memberikannya peluang tersebut, yang sememangnya sudah lama menjadi impiannya.

“Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada NTS RW Racing GP kerana memberikan saya peluang ini. Saya sudah lama menantikan saat ini.

“Saya tidak sabar mahu turun ke litar dan menunggang motosikal NTS. Sasaran saya ialah belajar daripada setiap pusingan dan membuat peningkatan,” katanya.

Rogers akan membuat penampilan pertama dalam kelas Moto2 di Kejuaraan Motosikal Dunia di Portimao, sebagai pelumba ganti kepada Barry Baltus yang cedera.

Dia yang akan bersaing dalam Pirelli National Superstock 2021, pernah beraksi dalam Kejuaraan Dunia Supersport dan British Superbikes.

Selain itu, Rogers pernah mengambil bahagian dalam Red Bull Rookies Cup, Moto3 dan juga kelas 125cc.

MARQUEZ DARI PLANET LAIN - UNCINIJUARA dunia kelas 500cc 1982, Franco Uncini yakin Marc Marquez masih mampu mencabar kej...
12/04/2021

MARQUEZ DARI PLANET LAIN - UNCINI

JUARA dunia kelas 500cc 1982, Franco Uncini yakin Marc Marquez masih mampu mencabar kejuaraan dunia MotoGP meskipun terlepas dua perlumbaan pertama musim ini.

Menurut Uncini, Marquez merupakan seorang pelumba luar biasa dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

“Adakah dia akan kembali kompetitif? Sudah tentu! Dalam tempoh sembilan bulan tersisih daripada perlumbaan, dia semakin bersemangat, marah dan dahagakan kemenangan.

“Dia mungkin perlukan satu atau dua perlumbaan sebelum mendapat semula kelajuannya, dan kemudian “Matador” akan kembali.

“Dia bermula dengan kekurangan, tapi saya anggap dia sebagai pencabar kejuaraan.

“Marc dari planet lain. Dia sangat kuat: dia ada kekuatan lembu jantan dan kepala seorang juara,” katanya.

Uncini juga pernah terlibat dalam kemalangan mengerikan di TT Assen apabila kepalanya dirempuh motosikal ditunggang Wayne Gardner setelah terjatuh dari motosikalnya.

Akibat kemalangan itu, dia koma selama lima hari dan terpaksa melupakan musim 1983.

Uncini bersara selepas musim 1985.

BALTUS PATAH PERGELANGAN TANGAN, TERPAKSA LUPAKAN AKSI DI QATARLOSAIL 27 Mac -  NTS RW Racing GP, Barry Baltus patah per...
27/03/2021

BALTUS PATAH PERGELANGAN TANGAN, TERPAKSA LUPAKAN AKSI DI QATAR

LOSAIL 27 Mac - NTS RW Racing GP, Barry Baltus patah pergelangan tangan kirinya selepas terbabit dalam kemalangan ngeri semasa sesi ketiga ujian bebas GP Qatar di Litar Antarabangsa Losail, hari ini.

Akibat kecederaan itu, dia terpaksa melupakan dua pusingan pertama Moto2 di Qatar iaitu pada esok dan minggu depan.

Kemalangan highside itu berlaku semasa pelumba rookie berusia 16 tahun itu mahu memasuki selekoh pertama. Motosikal yang ditunggangnya kemudian hilang kawalan menyebabkan dia melambung sebelum terjatuh ke atas litar.

Insiden tersebut pasti mengecewakan pelumba Belgium itu kerana buat pertama kali, dia berjaya keluar dari kelompok dua pelumba paling perlahan dalam sesi ujian bebas.

Pada sesi ketiga ujian bebas yang berlangsung dalam keadaan cuaca panas itu, Baltus mencatatkan masa ke-25 terbaik, 2’01.771 saat.

Pencapaian Baltus itu adalah sangat baik memandangkan semua pelumba merekodkan masa yang agak perlahan kerana cuaca panas.

Rakan sepasukannya, Hafizh Syahrin Abdullah masih lagi gagal keluar dari kedudukan paling bawah iaitu tempat ke-30, ketinggalan hampir satu saat daripada Baltus.

Pada sesi tersebut, pelumba Inde Aspar Team, Aron Canet mencatatkan masa terpantas 2'00.335 saat, manakala Joe Roberts dari Italtrans Racing Team kedua dan Fabio Di Giannantonio dari Federal Oil Gresini Moto2 di tempat ketiga.

Tempat keempat menjadi milik Celestino Vietti dari Sky Racing Team VR46, Sam Lowes dari Elf Marc VDS Racing Team (kelima), Albert Arenas dari Inde Aspar Team (keenam) dan Marcel Schrotter dari Liqui Moly Intact GP (ketujuh).

Remy Gardner dari Red Bull KTM Ajo, Marzo Bezzecchi dari Sky Racing Team VR46 dan Nicolo Bulega dari Federal Oil Gresini Moto2 melengkapkan senarai 10 pelumba terpantas pada sesi tersebut dengan masing-masing menduduki tempat kelapan, kesembilan dan ke-10.

Disebabkan tidak ada perubahan dari segi catatan masa, kedudukan pelumba selepas masa ketiga-tiga sesi digabungkan tidak berubah, sama seperti semalam.

Address

Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LUAR LITAR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LUAR LITAR:

Share