05/05/2025
๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ถ๐ธ ๐ ๐ฒ๐ป๐๐ป๐ฎ๐ถ๐ธ๐ฎ๐ป ๐จ๐บ๐ฟ๐ฎ๐ต: ๐๐ถ๐น๐ฎ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ฒ๐ป๐ฎ๐ฝ๐ฎ?
Ramai yang tertanya-tanya, bilakah waktu terbaik untuk menunaikan ibadah Umrah? Sebenarnya, Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun, tetapi ada bulan-bulan tertentu yang lebih baik, bergantung kepada cuaca, keselesaan, dan suasana di Tanah Suci.
๐ญ. ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ ๐๐๐ถ๐บ ๐๐ฎ๐ท๐ถ (๐ ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฟ๐ฎ๐บ - ๐ฅ๐ฎ๐ฏ๐ถ๐๐น๐ฎ๐๐ฎ๐น)
Bermula dari bulan Muharram (selepas Zulhijjah), suasana di Makkah dan Madinah menjadi lebih tenang. Jemaah Haji telah pun pulang ke negara masing-masing, dan bilangan jemaah Umrah pun tidak seramai musim puncak.
Kenapa waktu ini sesuai?
โถ๏ธKurang sesak, lebih selesa untuk beribadah
โถ๏ธHotel dan penerbangan lebih murah
โถ๏ธSuasana tenang dan damai
๐ฎ. ๐๐๐น๐ฎ๐ป ๐ฅ๐ฒ๐ท๐ฎ๐ฏ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฆ๐๐ฎ๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐ป
Ramai juga memilih Rejab dan Syaaban kerana ia dekat dengan Ramadan, dan ada kelebihan tersendiri menurut ulama. Ramai ingin merebut ganjaran pahala berlipat kali ganda di bulan-bulan mulia.
Namun, semakin hampir dengan Ramadan, jumlah jemaah akan meningkat semula.
๐ฏ. ๐ ๐๐๐ถ๐บ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ (๐๐๐ป - ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ)
Walaupun suhu boleh mencecah 45ยฐC ke atas, ramai juga memilih untuk pergi pada waktu ini kerana beberapa sebab:
โถ๏ธKurma sedang masak dan mudah didapati segar dari ladang-ladang di Madinah
โถ๏ธWaktu cuti sekolah di Malaysia, mudah untuk bawa keluarga
Suasana cerah, siang lebih panjang (mudah merancang ziarah)
๐ฐ. ๐ ๐๐๐ถ๐บ ๐ฆ๐ฒ๐ท๐๐ธ (๐๐ถ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ - ๐๐ฒ๐ฏ๐ฟ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ)
Cuaca lebih sejuk dan selesa, sangat sesuai untuk warga emas atau mereka yang sensitif dengan panas. Suhu sekitar 15ยฐC hingga 25ยฐC siang hari, dan lebih sejuk pada waktu malam.
Kelebihannya:
Lebih mudah beribadah tanpa berpanas.
Sesuai untuk aktiviti luar seperti ziarah ke gua Hiraโ, Uhud dan sebagainya
Jika anda inginkan suasana tenang dan tidak terlalu sesak, bulan Muharram hingga Rabiulawal adalah antara yang terbaik. Jika anda ingin merasa buah kurma segar dan mudah membawa anak-anak, musim panas (Jun - September) boleh dipertimbangkan. Dan jika anda lebih selesa dengan cuaca sejuk, musim sejuk (Disember - Februari) adalah pilihan ideal.
Setiap musim ada keindahan tersendiri, yang penting, niat yang ikhlas dan persediaan yang rapi.
Berminat nak daftar Pakej Umrah Andalusia?
๐ Pendaftaran Online Selamat & Bukan Scam
๐ Deposit Hanya RM300/Jemaah ke Akaun Andalusia(bukan ke Acc AGEN)
Untuk maklumat terkini Pakej Umrah Rahmah Andalusia, boleh tekan link:
wasap.my/60132301281/PakejUmrahAndalusia