09/12/2025
Wanita Amerika Beri Rating 0 Dari 10 Untuk Malaysia, Dakwa Hospitaliti Buruk
Seorang wanita Amerika berkulit hitam mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen selepas membuat ulasan jujur yang mendakwa dia langsung tidak menyukai Malaysia sepanjang lawatannya. Dalam video TikTok yang dikongsikannya, dia dengan yakin meletakkan teks yang berbunyi, “Ya, saya pasti tidak akan datang kembali ke Malaysia, 0 dari 10 tidak disarankan.”
Menurutnya, pengalaman hospitaliti di Malaysia terlalu mengecewakan berbanding negara lain yang pernah dia kunjungi.
Bandingkan Malaysia Dengan Vietnam Dan Kemboja
Pelancong tersebut mendakwa layanan di Kemboja dan Vietnam jauh lebih baik, dan kerana itu Malaysia tidak layak mendapat rating selain kosong. Bagaimanapun, dia mengakui Pulau Pinang “masih boleh diterima”, tetapi Kuala Lumpur langsung tidak menepati jangkaannya.
Dia turut menuduh rakyat Malaysia bersikap biadap dan seolah olah tidak melayan mereka.
Dakwa Pemandu E Hailing Batalkan Tempahan Kerana Warnanya
Salah satu pengalaman yang membuatkan dia tidak berpuas hati adalah apabila pemandu e hailing dikatakan membatalkan tempahannya walaupun jarak hanya sekitar sembilan minit saja.
Menurutnya, pemandu itu membatalkan tempahan selepas ternampak mereka yang berkulit hitam. Dia menganggap tindakan itu sebagai diskriminasi dan mendakwa kejadian sama berlaku berulang kali.
Netizen Malaysia Tidak Ambil Hati, Siap Berseloroh
Walaupun dakwaan wanita tersebut agak keras, rata rata netizen Malaysia tidak cepat melatah. Malah ramai yang membalas dengan nada selamba dan humor, menyatakan bahawa dia bebas memilih negara lain untuk mencari hospitaliti yang lebih baik.
Terdapat juga warga asing yang pernah melancong ke Malaysia tampil mempertahankan negara ini, menyatakan pengalaman mereka jauh lebih positif.
Baca artikel di website Osedap! link https://osedap.com.my/index.php/2025/12/09/pelancong-amerika-rating-0-dari-10-untuk-malaysia/
Sumber : Tiktok
Untuk kredit atau apa2 berkaitan kontent, boleh terus DM ye 🥰