Borneo TV & Media

Borneo TV & Media We cover Event such as Product Launching, Entertainment, Sports, Food Review, Pageant, News and etc

JUARA RANDAWI TAVATANG KAAMATAN 2026, 𝐃𝐘𝐄𝐍𝐄𝐋𝐄𝐘 𝐁𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐔𝐃 (𝐍𝐀𝐁𝐀𝐖𝐀𝐍)* Juara RTK 2026( Subsidiary Title ) * Pemenang Mister ...
28/05/2026

JUARA RANDAWI TAVATANG KAAMATAN 2026, 𝐃𝐘𝐄𝐍𝐄𝐋𝐄𝐘 𝐁𝐈𝐍 𝐃𝐀𝐔𝐃 (𝐍𝐀𝐁𝐀𝐖𝐀𝐍)

* Juara RTK 2026
( Subsidiary Title )
* Pemenang Mister Intelleligent
* Pemenang Best Stage Performance

Juara : Nabawan
Naib Juara : Keningau
Tempat Ke 3 : Tamparuli

Selain Juara RTK 2026, Dyeneley juga mempunyai pencapaian hebat dalam bidang seni tari dan koreografi sehingga berjaya mengharumkan nama Sabah dan Am-nya Malaysia di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Selain cemerlang dalam akademik, beliau berjaya mencipta nama dalam pelbagai pertandingan seni tari termasuk mewakili Malaysia ke Seoul Korea dan bakal ke Dublin!
Semoga terus maju jaya, menjadi inspirasi generasi muda dan terus mengangkat budaya serta warisan seni Sabah ke mata dunia.

DYENELEY BIN DAUD (33)
NABAWAN

HASSAN DER JAID ( 8 )
KIULU

HADWANIELLY ALLAN (39)
RANAU

IAN STEEVE DEE MOSES (2)
LIKAS

BRYAN NICCOLSON JACOB (46)
KENINGAU

KRISTERN OLWEN JAFILI (1)
TUARAN

DANIEL CHRIONIE BIN TANING (25)
TAMPARULI

- ᴋᴀᴀᴍᴀᴛᴀɴ: “ᴍᴏɴɢᴏᴍᴏᴛ ᴘɪꜱᴏᴍᴘᴜʀᴜᴀɴ, ᴍᴀᴍᴀʀᴀᴍᴀɪ ᴘɪᴜɴᴜɴɢᴀɴ”
ᴋᴀᴀᴍᴀᴛᴀɴ: “ᴍᴇɴᴜᴀɪ ᴘᴇʀᴘᴀᴅᴜᴀɴ, ᴍᴇʀᴀɪᴋᴀɴ ᴋᴇʜᴀʀᴍᴏɴɪᴀɴ”
ᴋᴀᴀᴍᴀᴛᴀɴ: “ʜᴀʀᴠᴇꜱᴛɪɴɢ ᴜɴɪᴛʏ, ᴄᴇʟᴇʙʀᴀᴛɪɴɢ ʜᴀʀᴍᴏɴʏ”








𝗕UAYA 𝟮𝟬𝟬𝗸𝗴 TELAH BERJAYA DITANGKAP, DI TAWAU. Sekor buaya tembaga seberat kira-kira 200kg tiba-tiba muncul di kawasan k...
02/04/2026

𝗕UAYA 𝟮𝟬𝟬𝗸𝗴 TELAH BERJAYA DITANGKAP, DI TAWAU.

Sekor buaya tembaga seberat kira-kira 200kg tiba-tiba muncul di kawasan kolam penternakan udang Asia Aquaculture, Jalan Wakuba Gading di Tawau hari ini.

Buaya sepanjang kira-kira 10 kaki 6 inci itu mula disedari oleh seorang pelajar praktikal yang sedang membuat pemeriksaan di kawasan kolam sebelum memaklumkan kepada pihak pengurusan.

Pasukan APM Tawau kemudian menerima panggilan kecemasan pada jam 9.05 pagi sebelum bergegas ke lokasi. Jabatan Hidupan Liar turut berada di tempat kejadian bagi membantu operasi menangkap buaya tersebut.

Bagi memudahkan operasi, pihak pengurusan kolam turut mengambil langkah mengeringkan sebahagian kawasan ternakan. Difahamkan, beberapa das tembakan turut dilepaskan untuk mengawal keadaan, malah peralatan cangkuk juga dilaporkan rosak akibat kekuatan buaya itu.

Selepas hampir 10 jam, buaya berkenaan akhirnya berjaya dikawal sepenuhnya sebelum diserahkan kepada Jabatan Hidupan Liar untuk tindakan lanjut.
: 8hannels

15/01/2026

Lotus’s Jadikan Persiapan Tahun Baru Cina Lebih Mudah dan Berbaloi dengan Kempen "Semuanya Ekstra Ongsem"

Kepong, 8 Januari 2026 — Melangkah gagah ke Tahun Kuda Api, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) melancarkan kempen perayaan Tahun Baru Cina 2026 bertemakan “Semuanya Ekstra Ongsem”. Kempen ini memperkukuh komitmen Lotus's dalam menyediakan pengalaman perayaan yang lebih mampu milik, mudah, dan bebas tekanan buat seluruh rakyat Malaysia. Berteraskan konsep “Ekstra” — nilai ekstra, layanan ekstra, dan keprihatinan ekstra — kempen ini bukan sekadar menawarkan potongan harga, malah menyediakan pengalaman membeli-belah yang lengkap. Ini merangkumi barangan runcit keperluan, bahan hidangan makan besar, ganjaran menarik, serta aktiviti interaktif di dalam stor.

“Kempen Tahun Baru Cina tahun ini berpaksikan kepada nilai praktikal,” kata Lee May Li, Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia. Keperluan Perayaan pada Nilai Luar Biasa. Bermula 1 Januari hingga 18 Februari, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk lebih 1,500 barangan keperluan perayaan termasuk barangan runcit, barangan segar, kesihatan dan kecantikan, kelengkapan rumah, fesyen, serta peralatan elektrik.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Semuanya Ekstra Ongsem, sila layari saluran rasmi Lotus's Malaysia di Facebook, Instagram, TikTok, atau laman web rasmi mereka di https://corp.lotuss.com.my/
.malaysia


01/12/2025

Terbaik bakat dari Sabah buat persembahan Tarian Igal² di tempat Artis Antarabangsa selalu buat Show iaitu di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, yg ditonton ramai Pelancong luar negara.

Address

Taman Cahaya
Ampang
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo TV & Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share