
03/06/2025
Alhamdulillaah hirabbil 'aalamiin.
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana Dia kurniakan kita kesempatan untuk merasai nikmat yang besar, iaitu nikmat KEWUJUDAN DIRI, dalam susunan waktu yang Dia susun untuk kita. Bila nak habis susunan waktu ni? Dia saja yang tahu, sebab Dia yang susun.
[Surah Ar-Rahmaan QS 55:13]
فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Tapi sementara diri kita nak sampai ke saat 'nak habis' tu, Allah SWT kurniakan kita PELUANG untuk NIKMATI hidup ini.
Jadi, bila kita MENGETAHUI bahawa hidup ini adalah SEMATA-MATA hanyalah satu ANUGERAH, maka JANGAN kita sia-siakan hidup ini, dengan kita berperangai seperti orang yang tidak ada akal, orang yang tidak ada perasaan, orang yang tidak ada PENGENALAN dan PENGETAHUAN, orang yang tidak ada KEIMANAN.
Jangan kita beraksi sedemikian kerana masa kita TERHAD. Allah bukan kurniakan wujud diri kita ni ikut limit masa kita, tapi Dia bagi ikut LIMIT MASA Dia. Dia mahu lama mana, panjang mana, itu semua atas KEHENDAK Dia, bukan kehendak kita.
Elok dan tak elok, semua SEMPURNA Allah dah letak pada diri kita.
[Surah Al-Hijr QS 15:29]
فَإِذَا سَوَّيْتُهُۥ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِى
"Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan) ku,.. "
Maka kalau Allah bagi umur kita 30 tahun, yang nak bagi elok diri tu, kita, nak bagi tak elok diri tu pun, kita juga. Sebab Dia dah bagi sempurna dah, maka gunakanlah AKAL yang sempurna ini untuk membawa diri kita kembali kesisi Allah SWT dalam setiap gerak dan diam kita. Gunakan akal yang sempurna ini untuk MELIHAT Tuhan kemana saja kita hadapkan wajah kita. Gunakan akal yang sempurna ini untuk TIDAK MENYEKUTUKAN Tuhan dengan sesuatu jua pun, hatta dengan diri kita sendiri.
Sungguh kelak Tuhan tidak akan ditanya apa yang Dia buat, bahkan diri kita lah yang akan ditanya apa yang kita buat.
[Surah Al-Anbiyaa' ayat 23]
لَا يُسْـَٔلُ عَمَّا يَفْعَلُ وَهُمْ يُسْـَٔلُوْنَ
"Dia (Allah) tidak ditanya tentang apa yang dikerjakan, tetapi merekalah yang akan ditanya."