19/08/2025
Kapsul Jiwa - Merdeka: SUDAH MERDEKAKAH AKU?
Bebas daripada Takut Pada Manusia.
Aku selalu risau tentang apa orang akan kata. Kalau aku buat silap, kalau aku tak cukup bagus, kalau aku tak sama hebat macam mereka. Padahal mereka pun sama, manusia juga.
Hakikatnya, bila kita terlalu takut pada manusia, kita akan sentiasa rasa kecil dan tak berharga. Tapi bila kita kenal Allah, bila hati mula sedar Dia yang Maha Besar, barulah kita bebas. Takut itu berubah arah bukan lagi takut manusia, tapi takut hilang kasih Allah.
Itulah yang memerdekakan hati.
Kerana dengan ilmu, kita tahu siapa yang benar-benar layak ditakuti.
Dan dengan kesedaran, kita sedar: hidup ini bukan untuk memenuhi pandangan manusia, tapi untuk mencari redha-Nya.
Jom bersama dalam sesi Kapsul Jiwa. Kita belajar bagaimana ilmu dan kesedaran boleh membebaskan jiwa kita daripada penjara pandangan orang lain.
📅 Selasa, 19 Ogos 2025
🕑 2.30 – 3.30 petang
📍 Platform Zoom & FB Tadabbur QalBuku [Exclusive Wanita]
Link di Komen⬇️