Bro Adnan

Bro Adnan Marketer by day ๐Ÿ“Š
Creator by passion ๐ŸŽฅ
Building income online ๐Ÿ’ฐ
Documenting the journey ๐Ÿš€

02/09/2026

Vlog shooting at ASEANโ€“China Tourist 2026 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡จ๐Ÿ‡ณ๐Ÿ“Pulau Langkawi

Behind the scenes bersama team merakam setiap momen, dari suasana event hinggalah detik-detik yang tak dapat diulang.

Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. ๐ŸŽฅโœจ

Videographer Photographer ContentCreator Malaysia TravelEvent

๐Ÿšจ Sales makin perlahan?Stok makin banyak tapi pelanggan makin kurang?Jangan biarkan bisnes terus merosot.๐Ÿ’ป Belajar jana ...
10/07/2026

๐Ÿšจ Sales makin perlahan?
Stok makin banyak tapi pelanggan makin kurang?

Jangan biarkan bisnes terus merosot.

๐Ÿ’ป Belajar jana RM100 sehari hanya dengan menjual produk digital.
โœ… Tak perlu cipta produk sendiri.
โœ… Tak perlu simpan stok.
โœ… Tak perlu urus penghantaran.
โœ… Komisen terus masuk bila ada jualan.

Ramai dah mula dengan ilmu yang betul. Sekarang giliran anda.

๐Ÿ‘‰ Klik sini https://k-method.tunkhairi.com/?ref

Tak kisahlah 6 hari ke, 6 minggu, atau 6 bulan. masa terbaik untuk mulakan sesuatu yang baru adalah SEKARANG.Tahun baru ...
08/07/2026

Tak kisahlah 6 hari ke, 6 minggu, atau 6 bulan. masa terbaik untuk mulakan sesuatu yang baru adalah SEKARANG.

Tahun baru 2025 dah hampir tiba, dan ini peluang kau untuk reset, reframe, dan bina sesuatu yang boleh bawa perubahan besar dalam hidup kau.

Setiap langkah pertama memang nampak kecil, tapi percayalah, ia boleh jadi permulaan perjalanan hebat yang kau tak pernah bayangkan.

Jangan tunggu โ€˜sempurnaโ€™, mulakan je dengan apa yang kau ada sekarang. Sebab kadang-kadang yang โ€˜baruโ€™ itu yang mampu buat kita capai level yang lebih tinggi daripada sebelum ini.

08/07/2026

" ๐ƒ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐›๐ข๐ฌ๐ง๐ž๐ฌ ๐š๐ค๐ฎ ๐ฅ๐ข๐ง๐ ๐ค๐ฎ๐ฉ, ๐ฌ๐ž๐ค๐š๐ซ๐š๐ง๐  ๐š๐ค๐ฎ ๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐ซ๐š๐ฆ๐š๐ข ๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฒ๐š. ๐ˆ๐ง๐ข ๐ค๐ข๐ฌ๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐›๐ž๐ง๐š๐ซ ๐š๐ค๐ฎ "

Dulu, aku rasa bisnes pertama aku dah cukup untuk bawa aku berjaya. Buka studio fotografi, impian besar, tapi akhirnya bisnes tu jatuh. Bila gagal, aku rasa macam dah tak ada harapan. Tapi, selepas tu aku buat keputusan untuk bangkit. Aku cari kerja untuk tambah ilmu dan belajar dari kesilapan lalu. Alhamdulillah, aku dapat kerja di syarikat sekarang dan dekat situ aku belajar banyak benda baru.

Dalam tempoh 5 tahun lepas, aku tak duduk diam. Aku cuba pelbagai bisnes untuk cari mana yang betul-betul kena dengan jiwa aku. Aku pernah jual simkad Tonewow, jadi ejen produk Dexandra, jadi property agent, jual laptop, repair laptop, buat website, dan banyak lagi. Setiap kali aku cuba benda baru, aku belajar sesuatu yang berharga. Tapi, daripada semua bisnes yang aku cuba, digital marketing yang paling sesuai dengan jiwa aku.

Satu perkara yang buat aku terus kekal dalam dunia digital marketing ialah peluang untuk bantu pelbagai jenis bisnes. Selama ni, aku dah bantu ramai bisnes owner dalam pelbagai niche โ€“ dari hotel, car wash, makanan, pendidikan, servis, produk, sampai ke fesyen. Setiap niche ada cabarannya sendiri, tapi yang seronoknya, aku dapat bantu mereka semua buat pemasaran yang berkesan dan berkembang.

Satu turning point besar untuk aku ialah bila aku join circle kelas Sifubad baru-baru ni. Dari situ, aku dapat banyak input berguna yang bantu aku perbaiki strategi dan approach dalam digital marketing. Circle yang positif ni buat aku lebih yakin untuk terus bantu lebih ramai bisnes owner kat luar sana.

Bila aku tengok balik perjalanan aku, dari bisnes jatuh sampai cuba macam-macam, aku sedar yang setiap kegagalan tu sebenarnya peluang untuk belajar dan improve. Aku tak rasa malu nak gagal, sebab setiap kali aku jatuh, aku bangkit dengan ilmu yang lebih kuat.

Sekarang, aku fokus untuk terus belajar dan bagi impak besar dalam dunia digital marketing. Walaupun aku pernah cuba banyak bisnes, digital marketing yang paling serasi dengan jiwa aku, dan aku yakin ini jalan yang terbaik untuk aku teruskan.

Kepada korang yang tengah cuba macam-macam bisnes, jangan takut untuk explore. Kadang-kadang, kita takkan tahu apa yang kita minat sebenar melainkan kita cuba dan terus belajar dari setiap kesilapan. Terus usaha, dan insyaAllah kejayaan tu akan datang bila kita tak pernah berhenti mencari.

Address

Jalan Ampang
Ampang
55000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bro Adnan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share