ViralMeletop

ViralMeletop Viralmeletop Media. Isu Semasa Dan Terkini Zaman Now!!

“Dah 5 bulan macam ni…”Aku pun bukannya berkira sangat. Tapi bila kau beli barang dapur, pastu hilang lesap macam tu je,...
27/07/2025

“Dah 5 bulan macam ni…”

Aku pun bukannya berkira sangat. Tapi bila kau beli barang dapur, pastu hilang lesap macam tu je, hati siapa yang tak terbakar?

Minyak masak—sebotol, lenyap.
Telur sepapan—lesap.
Barang dapur yang aku simpan untuk seminggu, cukup dua hari terus ghaib. Macam ada jin lapar dalam rumah.

Masalahnya, aku jarang ada kat rumah. Jadi tak pernah nampak sape pelakunya. Tapi peliknya, setiap kali beli barang, mesti habis tanpa jejak. Lama-lama, semua housemate lain pun mula perasan benda sama.

Dan dah 5 bulan, perangai ni berulang. Tak pernah minta izin, tak pernah kata “aku ambik sikit eh”—langsung senyap. Pandai-pandai guna, tapi buat-buat lupa.

Sekarang ni aku tertanya-tanya…
“Apa sebenarnya dia fikir?”
Sebab ini bukan pasal duit semata. Ini pasal hormat. Pasal rasa tanggungjawab bila duduk serumah.

Entahlah. Kami semua pun dah buntu nak buat macam mana.


Kredit: Thread

Jangka Hayat Penggunaan Air Cond Dan Lain-lain Lagi Mengikut Jenama Masing-masing Berdasarkan Tahun Yang Digunakannya.Su...
27/07/2025

Jangka Hayat Penggunaan Air Cond Dan Lain-lain Lagi Mengikut Jenama Masing-masing Berdasarkan Tahun Yang Digunakannya.

Sumber org awam yg jaga ekon

7 Perkara Orang Berjaya Tak Pernah Layan1. Tak Buang Tenaga> Layan Semua Orang = Penat OtakRamai gagal sebab cuba jaga h...
27/07/2025

7 Perkara Orang Berjaya Tak Pernah Layan

1. Tak Buang Tenaga

> Layan Semua Orang = Penat Otak

Ramai gagal sebab cuba jaga hati semua orang.

Orang berjaya tahu: tak semua orang layak dapat masa dia.

Bila cuba puaskan semua, diri sendiri yang jadi mangsa.

---

2. Tak Layan Drama

> Kalau Benda Tu Drama, Dia Blok Terus

Tak masuk group politik, kecam-mengecam atau ex yang muncul semula.

Setiap minit ada nilai.

Ketika orang lain bertikam lidah, dia dah siapkan projek baru.

---

3. Tak Layan Sindiran

> Cakap Belakang? Dia Tak Toleh

Makin naik, makin ramai tak puas hati.

Dia tak bazir masa explain diri.

Dia diam, tapi kerja jalan.

Hasil kerja jadi jawapan.

---

4. Tak Layan Self-Doubt (Ragu Diri)

> Dia Ragui Diri, Tapi Tak Layan

Rasa takut tetap ada, tapi tak dibiar kawal hidup.

Bila otak fikir “boleh ke buat ni?”, dia terus buat sambil belajar.

---

5. Tak Layan Tunggu Sempurna

> Dia Tahu: Siap Lebih Baik Dari Sempurna

Orang biasa tunggu semua ready, dia terus buat walau belum cukup ilmu atau lighting.

Sebab dia tahu: belajar datang selepas gerak, bukan sebelum.

---

6. Tak Layan Penghinaan

> Dia Dah Kena, Tapi Dia Kebal

Pernah jatuh, pernah dibahan, tapi dia tak simpan dendam.

Tenaga disimpan untuk upgrade diri.

Biar hasil kerja balas semua cercaan.

---

7. Tak Layan Jalan Singkat

> Cepat Kaya? Dia Gelak Dulu

Dia tahu benda yang kekal ambil masa.

S**a benda pantas = cepat hilang.

Dia pilih konsisten, bukan shortcut viral yang menipu diri sendiri.

---

Kesimpulan

> Nak Jadi Macam Diorang? Buang 7 Perkara Ni Dulu

Kalau kau masih sibuk layan benda-benda ni, jangan pelik hidup kau rasa stuck.

Mungkin sekarang masa untuk kau berubah.

Bak kata papa laris, kau kena jadi alien (be unique, lain dari yang lain)

Semoga bermanfaat!

Tergempar! SAH..Counter Setting KLIA akhirnya tumpas. Pegawai penguat kuasa 'kantoi' dirakam CCTV terbabit setting count...
26/07/2025

Tergempar! SAH..Counter Setting KLIA akhirnya tumpas. Pegawai penguat kuasa 'kantoi' dirakam CCTV terbabit setting counter di KLIA!! Ini Hvkum4n Bakal Dikenakan Kpd Pengkhi4nat Negara..😱 ‎

Ingat perhimpunan apa tadi.Meriah betul warna pink geng-geng akak ni😅 Ohh geng perhimpunan ke Dataran Merdeka rupanya. o...
26/07/2025

Ingat perhimpunan apa tadi.

Meriah betul warna pink geng-geng akak ni😅

Ohh geng perhimpunan ke Dataran Merdeka rupanya. okokok 🤣

Sumber: Thread a.natashazmi

Dalam setiap telefon ibu ayah, mesti ada satu gambar macam ni.Kabur. Terpotong. Goyang. Tak nampak pun muka siapa.Tapi, ...
26/07/2025

Dalam setiap telefon ibu ayah, mesti ada satu gambar macam ni.
Kabur. Terpotong. Goyang.
Tak nampak pun muka siapa.
Tapi, kita tak pernah buang.

Sebab kita tahu, tangan kecil itulah yang merakam. Dari mata anak, inilah dunia yang mereka lihat. Inilah kenangan kecil yang tak boleh diulang semula.

Gambar yang orang lain nampak 'tak jadi'.
Tapi bagi kita, ini gambar yang buat kita tersenyum lama.

Kadang buat hati sebak bila tengok balik waktu mereka masih kecil, masih polos, masih tak tahu apa-apa.

Dan nanti bila mereka dah besar, gambar beginilah yang akan kita tunjuk sambil gelak sambil tahan air mata.

Sebab inilah nostalgia.
Yang dirakam bukan wajah,
tapi rasa bahagia yang pernah wujud, dalam diam.

Bagaimana suspek utama untuk kes arwah Zara Qairina, boleh meninggalkan asrama pada waktu kejadian? Dia diambil oleh ibu...
26/07/2025

Bagaimana suspek utama untuk kes arwah Zara Qairina, boleh meninggalkan asrama pada waktu kejadian? Dia diambil oleh ibu bapanya!

Kenapa pihak asrama dan pihak sekolah MEMBENARKAN suspek untuk keluar? Sedangkan sudah jelas, suspek telah menyebabkan kematian seorang pelajar!

Jeritan "KAU PEMBUNUH!" yang dilontarkan oleh pelajar-pelajar asrama kepada suspek, membuktikan bahawa ada ramai SAKSI yang melihat bagaimana arwah meninggal dunia.

Kenapa saksi-saksi ini DIAM? Kenapa tidak ada seorang pun yang berani bersuara? Adakah pihak sekolah sudah memberikan AMARAN agar kes ini disembunyikan?

Saya dapat merasakan, suspek mungkin dari kalangan VVIP. Kenapa saya rasa begitu? Ibu arwah sudah pun membuat laporan polis, tetapi kes ini seperti tidak diambil serius! Pihak sekolah bahkan memujuk agar kes ini tidak diviralkan!

Seolah-olah ada 'INDIVIDU' yang meminta agar kes ini tidak disiasat lebih lanjut. 'INDIVIDU' ini pasti seorang yang ternama, berpangkat besar, VVIP, sehinggakan pihak atasan pun TAKUT mahu mengambil tindakan!

Suspek (dipercayai pelajar senior tingkatan 4), sudah pun keluar dari asrama dan dalam proses pertukaran sekolah. Kenapa semudah itu dia terlepas? Bukti sudah ada, saksi pun sudah ada. Tetapi terlepas begitu sahaja!

Kalau suspek bukan anak VVIP, pasti suspek sudah ditangkap pada malam kejadian. Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Suspek dibenarkan keluar (check out) asrama, siap dijemput oleh ibu bapanya!

Kegilaan apakah ini? Semua pihak seolah cuba menyembunyikan kebenaran. Sebagai rakyat, saya bukan mahu menyibuk hal orang. Tetapi kes ini terlalu banyak yang tidak kena.

Kalau rakyat diam, kes pun didiamkan. Tekanan harus diberikan agar suspek dan keluarganya tidak tenang! Rakyat wajar bersuara dan bising, supaya pihak atasan telus menjalankan siasatan.

Anak VVIP ataupun bukan, pembunuh tetap pembunuh! Suspek sepatutnya ditangkap, bukannya dilepaskan!

Keadaan terkini di Dataran Merdeka
26/07/2025

Keadaan terkini di Dataran Merdeka

"Hadiah dari Hati, Bukan Sekadar Bisnes"Kadang, erti persahabatan tak perlu diungkap dengan kata-kata. Ia cukup terbukti...
25/07/2025

"Hadiah dari Hati, Bukan Sekadar Bisnes"

Kadang, erti persahabatan tak perlu diungkap dengan kata-kata. Ia cukup terbukti dengan tindakan.

Itulah yang dilakukan oleh pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, apabila menghadiahkan cawangan kedua restoran Bumbu Babah miliknya kepada pelakon senior yang disayangi ramai, Ebby Yus.

Bukan sebab populariti. Bukan juga kerana wang.

Tapi kerana seorang sahabat tua yang tetap datang menyapa pelanggan, walau dalam keadaan kesihatan yang tidak menentu.

Bayangkan... dalam usia 60 tahun, dengan tubuh yang bukan lagi sekuat dulu, Abang Ebby tetap hadir, duduk dan bersembang mesra dengan pelanggan—sekadar mahu beri senyuman, menceriakan hari orang lain.

Kata Ajak,

“Saya segan tengok dia rajin sangat. Dia datang pun bukan untuk kerja, tapi sebab dia sayang orang. Sayang tempat ni. Saya rasa, dah sampai masa saya buat sesuatu.”

Lalu tanpa diduga, sebuah kejutan terjadi —
Restoran baru dibuka, tak jauh dari rumah Ebby di Kampung Baru.
Dan Ajak umumkan: “Abang Ebby, ini hadiah saya. Ini milik abang juga.”

Itulah nilai sebuah persahabatan yang dibina atas keikhlasan dan kasih sayang.
Bila yang tua dihormati, yang muda dimuliakan.
Bila kejayaan tak lupa pada jasa dan cinta.

Dalam dunia yang makin sibuk mencari keuntungan...
Masih ada manusia yang pilih untuk memberi.
Dan itu, lebih dari sekadar kejayaan.

Hasil makan nasi lemak everyday, patut la admin pun sama bolatHomeless doggo ni mula viral kerana didapati sangat bolat,...
25/07/2025

Hasil makan nasi lemak everyday, patut la admin pun sama bolat

Homeless doggo ni mula viral kerana didapati sangat bolat, hasil kajian netizen kebolatannya disebabkan seorang peniaga nasi lemak di Cyberjaya memberinya makan nasi lemak setiap hari.

Akhirnya misteri video jet Aliff Syukri terjawab. Rupa-rupanya beliau bersama isteri telah dilantik sebagai duta kepada ...
25/07/2025

Akhirnya misteri video jet Aliff Syukri terjawab. Rupa-rupanya beliau bersama isteri telah dilantik sebagai duta kepada jenama barang kemas, Siti Jewels.

"Jantung Kedua" Dalam Tubuh ManusiaTahukah anda bahawa otot betis dianggap oleh pakar kardiologi sebagai "jantung kedua"...
25/07/2025

"Jantung Kedua" Dalam Tubuh Manusia
Tahukah anda bahawa otot betis dianggap oleh pakar kardiologi sebagai "jantung kedua" dalam tubuh manusia?

Ini kerana, ia memainkan peranan penting dalam pengembalian vena, proses darah mengalir kembali ke jantung dari bahagian bawah kaki

Apabila anda berjalan, menaiki tangga atau meregangkan, ia membantu mengepam darah kembali ke dalam jantung terutamanya dari kaki.

Tindakan ini membantu menghalang darah daripada berkumpul di kaki dan mengurangkan beban kerja pada jantung

Kerja senyap ini penting untuk mengelakkan masalah seperti trombosis, vena varikos, dan bengkak.

Orang yang menghabiskan masa berjam-jam duduk atau berdiri harus lebih berhati-hati menjaga kaki mereka dengan cara bergerak secara teratur dimana tindakan mudah ini berpotensi menyelamatkan nyawa.

Otot tersembunyi ini mungkin tidak dapat dilihat oleh mata, tetapi ia adalah penting apabila berkaitan dengan kesihatan anda.

Sumber: Persatuan Angiologi dan Pembedahan Vaskular Brazil (SBACV)

Address

Ampang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ViralMeletop posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ViralMeletop:

Share