14/07/2026
KOMPLOT TUMBANGKAN DATO UNDANG SG UJONG.
DI dalam keempat-empat Dato Undang, yg terkanan adalah YTM Dato Undang Luak Sg Ujong. Dahulu, jika YDPB hendak masuk ke Seremban, satu tepak sirih di hantar ke Balai Sg Ujong sebagai tanda mohon permissi untuk YDPB masuk kawasan Sg Ujong.
Komplot untuk menjatuhkan YTM Dato Sg Ujong bermula kerana beliaulah yg paling tegas tidak setuju dengan kehendak YDPB untuk tandatangan dokumen bersetuju melantik anakanda YDPB apabila YDPB sekarang mangkat.
Ini juga selari dgn kehendak setengah-tengah pihak kerana tanah Luak Sg Ujong adalah yg paling bernilai tinggi di dalam Negeri Sembilan kerana Seremban berada di dlm Luak Sg Ujong. Banyaklah mereka yg ada cita-cita komersil nak bina kondo atau bangunan perniagaan frustrated kerana tidak dapat hakmilik tanah2 tersebut. Ini melibatkan puluhan juta, malahan ratusan juta Ringgit.
Tambah p**a, Dato Undang Sg Ujong (DUSU) cukup tidak berkenan atas keputusan menamakan sebuah jalan bersempena pengasas parti DAP, Dr. Chen Man Hin, mengantikan nama sebuah suku kaum Orang Asli yg bermastautin di kawasan Seremban dalam sejarah.
Susulan dari ini semua, Anthony Loke telah mengarahkan Muzium Negeri untuk menyalurkan wang kepada anak kepada Ibu Soko Sg Ujong tanpa pengetahuan Dato Undang. Ini berjalan setempuh waktu sehingga satu hari pihak Muzium Negeri mohon Balai Sg Ujong dokumen atau resit bagaimana wangyg di salurkan di belanjakan. Terkejut Dato Undang! Setelah siasat, di dapati akaun yg menerima adalah kepunyaan anak Ibu Soko. Kedua anak-beranak di pecat dan pemecatan mereka di sahkan di dalam suatu mesyuarat Dewan Keadilan & Undang dan surat di keluarkan kepada Kerajaan Negeri mengarahkan elaun bulanan mereka di potong.
Kerana marahkan tindakan DUSU, ada pihak yg mengeluarkan 33 (kalau tak silap saya) tuduhan termasuk DUSU membenarkan solat Jumaat di Balai Undang dan lapuran polis di buat. Setelah di siasat, termasuk pihak M***i N9 juga, mendapati DUSU tidak bersalah pada satu pun tuduhan2 yg di buat.
Susulan dari pengumuman pemecatan YDPB hampir dua bulan dahulu, Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) umumkan pada suatu mesyuarat DKU bahawa Dato Sg Ujong di pecat atas keterangan Ibu Soko dan anaknya sungguhpun merela berdua telah sah di pecat oleh DKU itu sendiri.
Walaupun di bantah di mesyuarst itu, Pengerusi mesyuarat (YDPB) tidak ambil peduli dan terus menitahkan Setiausaha DKU untuk mengeluarkan surat pemecatan DUSU.
Adalah di maklumkan tidak seorang Dato2 Lembaga Sg Ujong dan Dato Syahbandar Sg Ujong bersetuju di atas pemecatan itu. Apabila pihak DUSU memohon minit mesyuarat sehingga kini, pihak Setiausaha DKU gagal menghasilkannya. Senario yg sama apabila tiba surat mengarahkan DUSU di halau keluar dari Balai Sg Ujong.
Akibat semua ini dan atas kenyataan rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, yang menolak “pengisytiharan pemecatan” Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, dikeluarkan pada kira-kira 2.55 pagi, 20 April 2026, ahli2 YB2 DUN N9 dari parti BN umum tidak menyokong Menteri Besar.
Maka, sejak itu Negeri Sembilan di tadbir oleh, utamanya, parti PKR (5 kerusi) dan parti DAP (11 kerusi).
Pengasas parti DAP, Dr. Chen Man Hin.
Kredit tulisan asal :- Yeop Ipoh