Cawangan Media Siber Melaka

Cawangan Media Siber Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cawangan Media Siber Melaka, Media Agency, Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Ayer Keroh.

1) Merancang dan menyelaras penyampaian maklumat dasar serta program kerajaan melalui platform digital.

2) Menyebarluaskan peranan Cawangan Media Siber (CMS) menerusi pelbagai aktiviti/program yang giat dijalankan.

08/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐒 𝐌𝐞π₯𝐚𝐀𝐚 di bawah Jawatankuasa (Taskforce) Judi Dalam Talian, Internet Fraud dan Jenayah Siber sedang melaksanakan satu tinjauan bagi mendapatkan reaksi dan pandangan orang ramai mengenai mengenai 𝐊𝐚𝐣𝐒𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 π‰πžπ§πšπ²πšπ‘ 𝐊𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.

Mohon kerjasama tuan/puan untuk menjawab tinjauan ini melalui pautan berikut:
https://suara.melaka.gov.my/Form/7q67zjEf
bermula dari 4 September 2026 hingga 31 Oktober 2026.

Terima kasih atas kerjasama.

08/09/2026

𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 π‘π€π˜π€ π’π„ππ€π†π€πˆ 𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀 πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π

Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan menerusi pengisytiharaan oleh Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 28 Julai 1960.

Pemilihan bunga raya yang pelbagai warna begitu tepat kerana selain melambangkan perpaduan, lima kelopaknya menggambarkan setiap prinsip Rukun Negara.





05/09/2026
03/09/2026

π’π„π‹π€πŒπˆ π‘π„π€π‹πˆπ“πˆ π‰πˆπ–π€ 𝐆𝐑𝐀𝐁 π‘πˆπƒπ„π‘ πŒπ„ππ„π‘π”π’πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ π’π€π˜π€ππ† π‘π€πŠπ˜π€π“

Kelangsungan hidup yang semakin mencabar dalam kalangan Grab Rider turut mendapat perhatian Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Sebagai penghantar makanan, mereka menjadi antara individu yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam memenuhi keperluan harian rakyat Melaka menerusi platform digital. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati pengguna, tugas sebagai penghantar makanan bukanlah sesuatu yang mudah.

Justeru, menerusi Melaka Sayang Rakyat (MeSRa), Kerajaan Negeri Melaka akan memperkenalkan inisiatif potongan harga servis motosikal sehingga 30 peratus khusus kepada lebih 3,000 penghantar makanan di seluruh negeri Melaka.

Sebanyak 28 bengkel motosikal, iaitu sebuah bengkel di setiap kawasan DUN, akan disediakan bagi memastikan manfaat ini dapat dirasai oleh para Grab Rider di seluruh Melaka.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap golongan penghantar makanan yang menjadi sebahagian penting dalam ekosistem ekonomi digital negeri.

Mereka bergerak mencari rezeki untuk rakyat. Kita p**a bergerak memastikan kebajikan mereka terus terbela.

Melaka Sayang Rakyat β€” dekat di hati, prihatin terhadap kehidupan rakyat.




03/09/2026

πŠπ„π“π”π€ πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πŒπ„π‹π€πŠπ€ ππ„πŒπˆπŒππˆπ ππ„π‘π‰πˆπ–π€ π‘π€πŠπ˜π€π“

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sentiasa menekankan kepentingan untuk kekal dekat dengan rakyat menerusi pendekatan Melaka Sayang Rakyat.

Bagi seorang pemimpin, turun padang bukan sekadar hadir dalam sesuatu program, tetapi menjadi ruang untuk duduk bersama, makan bersama dan mendengar sendiri suara hati rakyat.

Pendekatan sebegini membolehkan pemimpin memahami dengan lebih dekat kehidupan, keperluan serta permasalahan yang dihadapi masyarakat setempat.

Pemimpin masyarakat di negeri Melaka harus sentiasa meletakkan diri bersama rakyat. Apabila jarak antara pemimpin dan rakyat dirapatkan, kepercayaan dapat dibina, permasalahan dapat difahami dan penyelesaian dapat dicari secara bersama dalam suasana yang harmoni.

Inilah semangat Melaka Sayang Rakyat, bukan sekadar slogan, tetapi sebuah pendekatan untuk memastikan rakyat sentiasa dekat di hati dan sentiasa mendapat perhatian.

Duduk bersama rakyat. Dengar suara rakyat. Selesaikan masalah rakyat.




π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.Marilah ber...
30/08/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ πŠπ„ππ€ππ†π’π€π€π πŸπŸŽπŸπŸ”

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah bersama kita menzahirkan rasa syukur atas nikmat kemerdekaan, keamanan, dan perpaduan yang dikecapi pada hari ini.

Ayuh, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga di mana sahaja anda berada!

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Ikhlas daripada:
Seluruh Warga Kerja Cawangan Media Siber




Address

Jabatan Penerangan Negeri Melaka
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Media Siber Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cawangan Media Siber Melaka:

Shortcuts

Share

Category