07/07/2026
πππππ πππππ ππππππ πππππ πππππππππππ ππππππππ ππππππ πππππππππ ππππππππ πππππ ππππ
Projek strategik bernilai RM300 juta bakal menjadi pemangkin baharu kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Melaka khususnya di Mukim Taboh Naning sebagai hub logistik. Mukim ini juga bakal dibangunkan menerusi pembinaan Melaka Inland Port (MIP) di kawasan berkenaan.
Projek MIP ini berperanan sebagai pintu masuk logistik yang menghubungkan zon perindustrian utama dengan pasaran domestik dan antarabangsa. Pembinaan ini adalah berdasarkan kepada kriteria kedudukan strategik Melaka yang merupakan laluan perdagangan di antara Singapura dan Pelabuhan Klang.
Projek ini akan dilaksanakan secara berfasa di mana fasa pertama melibatkan kawasan seluas 70 ekar yang dijangka siap dalam tempoh kurang satu tahun. Manakala fasa kedua p**a melibatkan baki sebanyak 60.7 ekar dan akan dimulakan selepas operasi fasa pertama mencapai tahap optimum.