Melaka Kini

Melaka Kini Sumber berita utama Negeri Melaka. Tepat, Benar & Telus.

Melaka Kini merupakan fb komuniti anda yang akan membawakan berita berita tempatan dan laporan terus kepada anda semua.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menjelaskan istilah “sakau” yang sering digunakan dalam perbahasan politik buka...
27/08/2026

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari menjelaskan istilah “sakau” yang sering digunakan dalam perbahasan politik bukanlah istilah teknikal audit atau bahasa rasmi laporan siasatan.

Dalam satu rakaman, Adly berkata ada pihak termasuk bekas Ketua Audit Negara yang mungkin memahami perkataan itu dari sudut berbeza kerana “sakau” digunakan sebagai bahasa percakapan untuk menggambarkan perbuatan mengambil hak orang lain.

“Kalau orang Melaka, kau ambil hak oranglah. Dia ni dah sakau. Aku punya dia sakau,” katanya.

Adly turut menyebut bahawa istilah itu bukan bahasa formal yang lazim digunakan dalam dokumen rasmi, sebelum mengaitkan perkara tersebut dengan perbahasan mengenai isu Tabung Haji.

Penjelasan itu penting kerana perdebatan mengenai Tabung Haji kini turut berkisar kepada persoalan sama ada laporan RCI pernah menggunakan perkataan “sakau”.

Tetapi ukuran sebenar sebuah laporan RCI bukanlah sama ada perkataan politik seperti “sakau” disebut secara literal.

RCI menggunakan bahasa siasatan, audit, kewangan dan tadbir urus. Jika terdapat transaksi bermasalah, kerugian, kelemahan kawalan, pelanggaran prosedur atau perkara yang disyorkan untuk siasatan lanjut, semua itu perlu dinilai berdasarkan dapatan tersebut — bukan dengan mencari satu perkataan tertentu.

“Sakau” ialah cara ahli politik menterjemahkan sesuatu isu kepada bahasa mudah rakyat.

Sebab itu, hujah “RCI tidak pernah sebut sakau” sahaja belum cukup untuk menolak keseluruhan dapatan RCI. Persoalan yang lebih penting ialah: apa sebenarnya yang RCI temui, siapa yang bertanggungjawab, dan apakah tindakan susulan yang disyorkan terhadap penemuan tersebut?

Pelancong Ramai, Tapi Apa Rakyat Melaka Dapat?Setiap hujung minggu dan musim cuti, Melaka kembali sesak dengan pelancong...
26/08/2026

Pelancong Ramai, Tapi Apa Rakyat Melaka Dapat?

Setiap hujung minggu dan musim cuti, Melaka kembali sesak dengan pelancong. Hotel penuh, restoran menerima pelanggan tanpa henti, kawasan tumpuan dipenuhi pengunjung dan industri pelancongan terus menjadi antara nadi utama ekonomi negeri.

Tetapi bagi rakyat Melaka, persoalan yang lebih penting ialah: sejauh mana limpahan itu benar-benar sampai kepada mereka?

Pelancongan bukan sekadar tentang jumlah ketibaan. Nilainya kepada rakyat boleh dilihat melalui peluang pekerjaan, pendapatan peniaga kecil, permintaan terhadap produk tempatan, perkhidmatan pengangkutan, homestay, makanan, kraftangan dan pelbagai perniagaan sokongan.

Apabila lebih ramai pelancong datang, warung kecil juga boleh mendapat pelanggan. Pemandu e-hailing mendapat perjalanan. Pengusaha homestay menerima tempahan. Pembekal makanan, pekerja hotel, peniaga pasar malam dan usahawan tempatan turut menikmati kesannya.

Tetapi manfaat itu tidak berlaku secara automatik.

Jika sebahagian besar perbelanjaan pelancong hanya berlegar dalam rangkaian perniagaan besar, sedangkan peniaga tempatan sukar mendapat ruang, maka angka pelancong yang tinggi belum tentu memberi kesan besar kepada pendapatan rakyat biasa.

Sebab itu ukuran kejayaan pelancongan Melaka tidak sepatutnya berhenti pada soalan “berapa juta orang datang?”

Soalan yang lebih penting ialah berapa banyak pekerjaan berkualiti diwujudkan, berapa banyak perniagaan tempatan berkembang, berapa tinggi pendapatan pekerja dan sejauh mana wang pelancong kekal beredar dalam ekonomi Melaka.

Pelancongan yang benar-benar berjaya bukan sekadar memenuhi jalan raya dengan kereta dan kawasan tarikan dengan manusia.

Ia sepatutnya membuatkan lebih ramai rakyat Melaka turut merasa hasilnya.

PAS pernah mempertikaikan pelantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara pada 2017, namun kini kenyata...
26/08/2026

PAS pernah mempertikaikan pelantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara pada 2017, namun kini kenyataan bekas Ketua Audit Negara itu p**a dijadikan sandaran untuk mempersoalkan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji.

Pada 22 Februari 2017, Ketua Penerangan PAS Pusat ketika itu, Nasrudin Hassan, menggesa kerajaan meneliti semula pelantikan Madinah bagi memastikan jawatan Ketua Audit Negara benar-benar bebas daripada pengaruh politik.

PAS ketika itu membangkitkan kedudukan Madinah sebagai isteri kepada seorang pemimpin UMNO dan menyatakan keadaan tersebut menjadikan “hampir tiada jaminan” bahawa tidak akan berlaku campur tangan politik ketika beliau menjalankan tugas.

Malah PAS secara terbuka mendesak kerajaan menyemak semula pelantikan tersebut.

Namun hampir sedekad kemudian, kenyataan Madinah bahawa pasukan auditnya tidak menemui apa yang digambarkan sebagai unsur “sakau” kini digunakan untuk mempertikaikan naratif dan dapatan berkaitan RCI Tabung Haji.

Perbandingan itu bagaimanapun perlu dilihat berdasarkan perbezaan skop tugas.

Audit berkanun oleh Jabatan Audit Negara tertumpu kepada penyata kewangan dan pematuhan berdasarkan mandat serta piawaian audit, manakala RCI mempunyai skop lebih luas untuk meneliti urus niaga, keputusan pengurusan, tadbir urus serta mengesyorkan siasatan lanjut termasuk audit forensik dan tindakan agensi penguatkuasaan sekiranya perlu.

RCI Tabung Haji p**a bukan ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan, sebaliknya ditubuhkan pada 2021 di bawah kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketika PAS merupakan sebahagian daripada kerajaan.

Situasi itu menimbulkan persoalan mengenai pendirian PAS.

Jika pada 2017 PAS sendiri mempersoalkan tahap kebebasan Madinah sehingga mendesak pelantikannya disemak semula, mengapa pada hari ini pandangan beliau p**a dilihat lebih dipercayai untuk mempertikaikan hasil sebuah RCI yang kerajaan PAS sendiri terlibat menubuhkannya?

Dulu PAS pertikai Madinah.

Kini Madinah dijadikan sandaran untuk mempertikai RCI.

Persoalannya, yang berubah itu fakta atau pendirian politik?

MADINAH KATA “SAYA TAK FAHAM ERTI SAKAU” — KERANA AUDIT DAN SIASATAN JENAYAH MEMANG DUA KERJA BERBEZAKenyataan bekas Ket...
25/08/2026

MADINAH KATA “SAYA TAK FAHAM ERTI SAKAU” — KERANA AUDIT DAN SIASATAN JENAYAH MEMANG DUA KERJA BERBEZA

Kenyataan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad bahawa audit beliau tidak menemui bukti “sakau” tidak bermaksud satu siasatan jenayah telah membuktikan tiada sesiapa melakukan salah laku.

Kerja auditor ialah memeriksa akaun, dokumen, transaksi, pematuhan dan sama ada penyata kewangan menggambarkan kedudukan sebenar institusi.

Kalau dalam proses itu auditor nampak red flag — transaksi pelik, dokumen meragukan, kelemahan kawalan atau kemungkinan penyelewengan — auditor boleh memperluaskan semakan, mendapatkan bukti tambahan, membangkitkannya dalam laporan dan merujuk perkara yang mempunyai unsur kesalahan kepada agensi penguat kuasa.

Selepas itu skop 'sakau' berbeza.

Kalau melibatkan rasuah atau salah guna kuasa, SPRM menyiasat. Kalau melibatkan penipuan, pecah amanah atau kesalahan jenayah lain, Polis p**a mempunyai kuasa penyiasatan.

Sebab itu RCI turut mencadangkan audit forensik terhadap pelaburan-pelaburan tertentu TH. Audit forensik bukan sekadar melihat sama ada angka dalam penyata kewangan boleh disahkan, tetapi menyelidik lebih jauh bagaimana transaksi berlaku, siapa membuat keputusan, ke mana wang bergerak dan sama ada wujud unsur yang memerlukan tindakan undang-undang.

Jadi ayat “audit Madinah tak jumpa sakau” jangan diterjemahkan menjadi “terbukti tiada sakau”.

Itu dua kesimp**an yang sangat berbeza.

TERBARU: BEKAS KETUA AUDIT NEGARA AKUI MASALAH KEWANGAN TABUNG HAJI SUDAH WUJUD SEJAK 2014Bekas Ketua Audit Negara, Tan ...
25/08/2026

TERBARU: BEKAS KETUA AUDIT NEGARA AKUI MASALAH KEWANGAN TABUNG HAJI SUDAH WUJUD SEJAK 2014

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad mengakui isu berkaitan kedudukan kewangan Tabung Haji bukan sesuatu yang baru muncul selepas pertukaran kerajaan pada 2018.

Menurut penjelasan Madinah, masalah kedudukan kewangan TH telah berlarutan sejak beberapa tahun sebelumnya sebagaimana laporan RCI.

Malah penyata kewangan TH bagi 2014 hingga 2016 telah melalui proses audit dan diberikan pendapat audit tanpa teguran oleh Ketua Audit Negara ketika itu.

Apabila Madinah mengambil alih sebagai Ketua Audit Negara dan mengaudit penyata 2017, pasukan auditnya mengenal pasti perkara material yang memerlukan perhatian.

Madinah turut mendedahkan bahawa pada peringkat teknikal, pasukan audit pernah mempertimbangkan untuk mengeluarkan pendapat audit berteguran, sebelum keputusan akhir dibuat dengan pendapat tanpa teguran berserta Emphasis of Matter (EOM).

Menurut Madinah, antara pertimbangan besar ketika itu ialah kemungkinan pendapat berteguran menjejaskan keyakinan pendeposit sehingga mencetuskan pengeluaran wang secara besar-besaran dan kesan berantai kepada seluruh institusi kewangan negara.

TH ketika itu mempunyai kira-kira RM70 bilion deposit tetapi kecairan hanya sekitar RM11.6 bilion.

Dalam tempoh masalah kewangan itu, RCI p**a merekodkan bahawa aset TH lebih rendah daripada liabiliti bagi 2014 hingga 2017 — keadaan yang menurut laporan tersebut turut diakui Jabatan Audit Negara.

Namun pada 2014, TH masih memperuntukkan sekitar RM74 juta untuk bonus kakitangan, dengan sesetengah kadar bonus boleh mencecah sehingga 13 bulan gaji. RCI menyifatkan pembayaran bonus yang tinggi ketika institusi berdepan masalah kewangan sebagai tidak wajar.

Pendedahan Madinah ini penting kerana ia mematahkan gambaran bahawa persoalan mengenai kedudukan kewangan TH hanya timbul selepas pertukaran kerajaan pada Mei 2018.

Masalah itu telah wujud lebih awal. Yang berlaku selepas 2018 ialah masalah tersebut dibuka, dinilai semula dan dipertikaikan dari sudut bagaimana ia sepatutnya dilaporkan.

PEMBIDA “TONGKAT HAJI HADI” DI MELAKA SAMPAI PERLU JELAS: “BUKAN TAKSUB”MELAKA — Menariknya dalam kisah tongkat Presiden...
25/08/2026

PEMBIDA “TONGKAT HAJI HADI” DI MELAKA SAMPAI PERLU JELAS: “BUKAN TAKSUB”

MELAKA — Menariknya dalam kisah tongkat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dibida sehingga RM16,500 bukan semata-mata soal harganya.

Yang lebih mencuri perhatian ialah pembidanya sendiri merasakan perlu menjelaskan bahawa tindakannya itu “bukan kerana taksub kepada manusia”.

Penjelasan itu agak ironik kerana perkataan “taksub” bukan muncul begitu sahaja. Ia menyentuh persepsi yang sejak sekian lama melingkari PAS — bahawa sebahagian penyokongnya mempunyai kesetiaan yang sangat kuat terhadap pemimpin dan tokoh agama parti sehingga kritikan terhadap mereka kadangkala dilihat seperti sesuatu yang sukar diterima.

Sebab itu apabila sebatang tongkat milik Presiden PAS dibida pada harga RM16,500, persoalan yang timbul bukan lagi sekadar berapa harga sebuah tongkat.

Sebaliknya: mengapa pembidanya sendiri terasa penting untuk terlebih dahulu meyakinkan orang ramai bahawa ini “bukan taksub”?

Kalau memang langsung tiada persepsi sedemikian terhadap budaya politik PAS, mungkin penjelasan itu pun tidak perlu dibuat.

Akhirnya tongkat itu bukan sahaja berjaya mengumpul dana untuk PRN Melaka.

Ia secara tidak sengaja turut membuka semula satu persoalan lama tentang PAS — di manakah garis antara menghormati pemimpin, wala’ kepada perjuangan dan terlalu mengagungkan individu?

Penyerahan tongkat itu turut disaksikan Tuan Guru Zulkifli Ismail, Ahli Parlimen Jasin merangkap Pesuruhjaya PAS Melaka — tokoh tertinggi PAS di peringkat negeri yang kini disebut-sebut sebagai antara nama berpotensi diketengahkan sebagai Ketua Menteri sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan Melaka.

SELEPAS eCOSS, MINYAK PAKET TIBA-TIBA PANDAI KELUAR DARI PERSEMBUNYIANDulu minyak paket selalu “hilang”. Sebahagiannya d...
24/08/2026

SELEPAS eCOSS, MINYAK PAKET TIBA-TIBA PANDAI KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN

Dulu minyak paket selalu “hilang”. Sebahagiannya dibeli warga asing, ada p**a yang mengambil kesempatan menyorok stok, menyeludup dan membawa keluar minyak subsidi yang sepatutnya untuk rakyat Malaysia.

Apabila eCOSS mula merekod setiap pembelian dan mengehadkannya kepada warganegara, ruang ketirisan semakin sempit. Aduan sorok stok pun turun 66.15 peratus.

Aduan minyak kurang atau tiada di pasaran turut menurun 24.47 peratus. Maknanya, apabila perjalanan setiap paket boleh dijejak, bekalan lebih mudah sampai kepada orang yang benar-benar layak.

Memang pada awalnya ada yang merungut kerana perlu mendaftar dan mengimbas kod QR. Tetapi sedikit kesulitan itu membantu memastikan subsidi rakyat tidak lagi bebas dinikmati warga asing atau dijadikan lubuk keuntungan penyeludup.

eCOSS tidak menghasilkan minyak tambahan. Ia cuma menyebabkan minyak subsidi susah sedikit hendak “lari” ke tempat lain.

BUKAN TUNDUK KEPADA CHINA: AYMAN JELAS KENAPA PENDIRIAN PMX MENGENAI TAIWAN TEPATPenulis dan penganalisis geopolitik, Ay...
24/08/2026

BUKAN TUNDUK KEPADA CHINA: AYMAN JELAS KENAPA PENDIRIAN PMX MENGENAI TAIWAN TEPAT

Penulis dan penganalisis geopolitik, Ayman Rashdan Wong menjelaskan bahawa kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai Taiwan bukanlah pendirian baharu atau pandangan peribadi semata-mata.

Menurut Ayman, Taiwan memang mempunyai presiden, parlimen, mata wang dan tentera sendiri. Namun kerajaan di Taiwan masih menggunakan nama rasmi Republik China atau Republic of China (ROC).

Keadaan itu berpunca daripada perang saudara China. Parti Komunis China menguasai tanah besar dan menubuhkan Republik Rakyat China (PRC), manakala Kuomintang berundur ke Taiwan serta meneruskan kerajaan ROC.

Sebab itulah pernah wujud dua kerajaan yang masing-masing mendakwa mewakili China.

Malaysia p**a telah menjalin hubungan diplomatik dengan PRC sejak 1974 dan mengiktiraf Beijing sebagai satu-satunya kerajaan China yang sah. Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Taiwan, sebaliknya hanya menjalinkan hubungan ekonomi dan tidak rasmi.

Justeru, apabila Anwar menyatakan Taiwan sebahagian daripada China, beliau sebenarnya mengulangi pendirian rasmi Malaysia yang telah dipegang sejak zaman Tun Abdul Razak.

Ayman menjelaskan, Malaysia tidak mempunyai banyak ruang untuk memberikan jawapan berbeza atau berpura-pura neutral kerana sebarang perubahan boleh dianggap menyalahi Dasar Satu China yang menjadi asas hubungan Malaysia–China.

Bantahan kerajaan Taiwan p**a boleh dijangka kerana negara itu kini dipimpin DPP yang membawa naratif kedaulatan dan identiti Taiwan yang terpisah daripada China.

Namun dari sudut kepentingan serta hubungan diplomatik Malaysia, Ayman berpandangan jawapan Anwar bukan sahaja tepat, malah merupakan pendirian paling selamat untuk dipertahankan oleh seorang Perdana Menteri.

Ayman merupakan antara penulis geopolitik yang dikenali di Malaysia menerusi karya seperti siri Dunia Tanpa Tembok, Politik Untuk Pemula dan Adikuasa. Beliau mendapat perhatian kerana kebolehannya menerangkan sejarah serta isu antarabangsa yang rumit dalam bahasa mudah difahami rakyat.

Tulisan penuh beliau boleh dibaca fb Ayman Rashdan Wong

RINGGIT SEMAKIN KUKUH, KEYAKINAN TERHADAP MALAYSIA KEMBALI MENINGKATRinggit kini bergerak sekitar RM4.04 berbanding satu...
24/08/2026

RINGGIT SEMAKIN KUKUH, KEYAKINAN TERHADAP MALAYSIA KEMBALI MENINGKAT

Ringgit kini bergerak sekitar RM4.04 berbanding satu dolar Amerika. Nampak macam perubahan angka biasa, tetapi bagi rakyat, ringgit yang lebih kuat boleh membantu mengurangkan kos barangan import, pendidikan luar negara, umrah, haji dan percutian.

Pengukuhan ini bukan berlaku kerana satu faktor sahaja. Prestasi ekonomi yang berkembang 6 peratus, kemasukan pelaburan, eksport yang lebih baik serta keyakinan terhadap pengurusan kewangan negara turut membantu memperbaiki sentimen terhadap Malaysia.

Belum semua harga akan turun serta-merta. Namun apabila mata wang semakin stabil dan pelabur kembali yakin, kerajaan mempunyai ruang lebih baik untuk mengembangkan ekonomi dan melindungi kuasa beli rakyat.

Ringgit yang semakin kukuh membawa satu isyarat penting: Malaysia sedang kembali dipandang sebagai negara yang stabil, berpotensi dan mempunyai hala tuju.

HARAKAH DAKWA ‘PAS-PN SEDIA TADBIR MELAKA’: TUAN GURU ZULKIFLI BAKAL KE SERI NEGERI?MELAKA — Perikatan Nasional (PN) kin...
24/08/2026

HARAKAH DAKWA ‘PAS-PN SEDIA TADBIR MELAKA’: TUAN GURU ZULKIFLI BAKAL KE SERI NEGERI?

MELAKA — Perikatan Nasional (PN) kini secara terbuka mahu dilihat sebagai gabungan yang bersedia mengambil alih pentadbiran Melaka selepas Pilihan Raya Negeri akan datang.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam Amal Negeri Melaka malam Ahad lalu menyeru seluruh pimpinan dan jentera PAS-PN menggunakan tempoh berbaki sebelum pembubaran DUN untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka mempunyai kemampuan membentuk kerajaan.

Mesej Samsuri cukup jelas:

“Pas bersama dengan rakan-rakan dalam Muafakat PN mestilah dilihat bersedia untuk memerintah, untuk berada di Seri Negeri.”

Menurut beliau, PN perlu membawa calon yang berwibawa, berintegriti dan mampu bekerja sebagai sebuah pasukan yang menawarkan penyelesaian kepada masalah rakyat, bukan sekadar bergantung kepada slogan serta retorik politik.

Keyakinan PAS terhadap Melaka sebenarnya bukan perkara baharu. Seawal 2024, Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail sudah menyatakan keyakinan PAS boleh mentadbir Melaka pada PRU16 sekiranya gerakan parti diperkukuhkan.

PAS Melaka kemudian mengumumkan sasaran bertanding di 16 daripada 28 kerusi DUN pada PRN kali ini — jumlah yang meletakkan PAS sebagai pemain utama sekiranya berlaku perubahan kerajaan.

PAS juga mempunyai asas untuk mengatakan dominasi lama BN tidak lagi sekuat dahulu. Dalam PRU15, BN gagal memenangi satu pun daripada enam kerusi Parlimen Melaka. PN dan PH masing-masing menang tiga kerusi, manakala PN turut mencatat 30.9 peratus undi berbanding BN 29.6 peratus.

Dan di sinilah muncul satu persoalan yang mungkin semakin menarik menjelang PRN.

Jika PAS-PN benar-benar berjaya memasuki Seri Negeri, siapakah yang akan mereka tampilkan untuk mengetuai kerajaan?

Nama yang berada paling hadapan dalam struktur PAS Melaka tentunya Pesuruhjayanya sendiri, Tuan Guru Zulkifli Ismail — Ahli Parlimen Jasin, tokoh ulama PAS dan individu yang sekian lama dikenali dengan latar pendidikan pondok serta kepimpinan Dewan Ulamak.

Belum ada sebarang pengumuman rasmi bahawa Zulkifli merupakan calon Ketua Menteri PAS-PN.

Tetapi selepas Ahmad Samsuri sendiri mengarahkan PAS-PN supaya bersedia untuk “berada di Seri Negeri”, persoalannya kini semakin relevan:

Adakah rakyat Melaka bakal menyaksikan seorang “Tuan Guru” menjadi Ketua Menteri Melaka yang baharu?

Address

Jalan, Lingkaran Mitc
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Melaka Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share