15/07/2025
Manfaat Surah Al-Waqiah
Kebaikan Membaca Surah Al Waqiah Setiap Hari
1. Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al M***i mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا
“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
6. Bagi sesiapa pun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari pelbagai penjuru rezeki.