Nadi Al-Ibtikar

Nadi Al-Ibtikar [ARABIC WITH ENTREPRENEURSHIP]

"نحن اللغة العربية : نتعلم،نشارك،ننمو"
“Kami Bahasa Arab : kita belajar,kita berkongsi,kita berkembang”

【MEMO RASMI NADI AL-IBTIKAR 2025/2026】السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهنتمنى لكم إجازة فصل دراسي سعيدة لجميع  طلبة برنامج ...
21/07/2026

【MEMO RASMI NADI AL-IBTIKAR 2025/2026】

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

نتمنى لكم إجازة فصل دراسي سعيدة لجميع طلبة برنامج بكالوريوس اللغة العربية مع ريادة الأعمال بجامعة ماليزيا كلنتان.📚🌸

نسأل الله أن تكون هذه الإجازة فرصة للراحة، وقضاء أوقات جميلة مع الأسرة، والاستمرار في طلب العلم وتنمية الذات. كما نرجو أن تجعلوا من كل يوم خطوة جديدة نحو النجاح وتحقيق الطموحات.🤍💡

“العلم نور يهديكم نحو مستقبل مشرق”

Ikhlas daripada:
Kelab Nadi Al-Ibtikar 25/26



“نحن اللغة العربية: نتعلم، نشارك، ننمو”

(Kita dan Bahasa Arab: Kita belajar, kita berkongsi, kita berkembang)



*[MEMO RASMI NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]* 📘Assalamualaikum w.b.tCUTI PERTENGAHAN SEMESTER (MID-SEM BREAK) 2026Dimaklumkan...
27/04/2026

*[MEMO RASMI NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]* 📘

Assalamualaikum w.b.t

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER (MID-SEM BREAK) 2026

Dimaklumkan kepada seluruh mahasiswa Bahasa Arab dengan Keusahawanan bahawa cuti pertengahan semester akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh: 26 April 2026 – 2 Mei 2026

Pihak Nadi Al-Ibtikar ingin mengucapkan selamat menjalani cuti pertengahan semester kepada semua mahasiswa.

Gunakanlah waktu cuti ini dengan sebaiknya untuk berehat, meluangkan masa bersama keluarga, serta membuat persediaan bagi menghadapi baki semester dengan lebih cemerlang.

"استغلوا أوقاتكم فيما ينفع، فإن الوقت كالسيف إن لم تقطعه قطعك"
“Manfaatkanlah masa dengan perkara yang bermanfaat, kerana masa itu seperti pedang; jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotongmu.”

Semoga cuti ini membawa manfaat, ketenangan dan semangat baharu kepada semua.

Sekian, terima kasih.

Ikhlas daripada,
Barisan Ahli Jawatkankuasa
Nadi Al-Ibtikar 2025/2026



الأخوة نور في الطريق الوحدة"
"UKHUWAH ADALAH CAHAYA DI JALAN MENUJU KESATUAN"




[MEMO RASMI KELAB NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]🌙✨ *Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙*عيد الفطر المبارك، كل عام وأنتم بخ...
21/03/2026

[MEMO RASMI KELAB NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]

🌙✨ *Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙*
عيد الفطر المبارك، كل عام وأنتم بخير

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menunaikan ibadah puasa, kini tibalah hari kemenangan yang penuh keberkatan. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, ketenangan jiwa serta mengeratkan ukhuwah بيننا جميعاً.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
وجعلنا من العائدين والفائزين

Di kesempatan ini, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kekhilafan. Semoga silaturrahim terus terjalin dan diberkati، ودامت المحبة بين القلوب. 🤍

Sekian, terima kasih.

Ikhlas Daripada
Kelab Nadi Al-Ibtikar 25/26




[MEMO RASMI KELAB NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]*💫 HEBAHAN SEMPENA RAMADAN 1447H*🌙Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
19/02/2026

[MEMO RASMI KELAB NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]

*💫 HEBAHAN SEMPENA RAMADAN 1447H*🌙

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Sukacita dimaklumkan bahawa *1 Ramadan 1447H* dijangka bersamaan *19 Februari 2026*. Sehubungan dengan itu, Pihak Nadi Al-Ibtikar ingin mengucapkan *Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak* kepada seluruh mahasiswa dan warga Universiti Malaysia Kelantan.✨

" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh iman dan mengharap pahala , diampuankan baginya dosa-dosa yang telah lalu "
[ Riwayat sahih bukhari dan sahih muslim ]

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk meningkatkan keimanan, ketakwaan serta memperbanyakkan amalan soleh. Marilah kita bersama-sama merebut keberkatan bulan yang mulia ini dengan penuh keikhlasan dan pengharapan kepada Allah SWT.🤲🏻

Sekian, terima kasih.

Ikhlas Daripada
Kelab Nadi Al-Ibtikar 25/26




[MEMO RASMI KELAB NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]🌙SALAM NISFU SYA’BAN 1446H✨Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Pihak ...
02/02/2026

[MEMO RASMI KELAB NADI AL-IBTIKAR 2025/2026]

🌙SALAM NISFU SYA’BAN 1446H✨

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Pihak Kelab Nadi Al-Ibtikar ingin mengucapkan Salam Nisfu Sya’ban kepada seluruh ahli kelab dan warga universiti.
Tarikh 15 Sya’ban 1446H ini jatuh pada 2 Februari 2026. Sehubungan itu, marilah kita sama-sama menghayati kelebihan malam ini. ✨

_”Sesungguhnya Allah SWT melihat pada malam nisfu Sya’ban kemudian mengampunkan semua makhluk-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”_
[Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 1380]

AMALAN DI MALAM NISFU SYA’BAN
1. Memperbanyakkan dzikir , istighfar dan amal ibadah.📿
2. ⁠Saling bermaaf-maafan dan menjernihkan hubungan sesama kita🤝🏻
3. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran / surah yassin 3 kali.
4. Bersedekah✨

Semoga segala amalan kita diterima dan kita digolongkan dalam kalangan hamba-Nya yang mendapat keampunan.🤲🏻

Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada,
Kelab Nadi Al-Ibtikar 25/26

Address

UMK Kelantan
Bachok

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nadi Al-Ibtikar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nadi Al-Ibtikar:

Shortcuts

Share