Pusat Pengajian Pondok- Unit Multimedia

Pusat Pengajian Pondok- Unit Multimedia Page Rasmi Unit Multimedia Pusat Pengajian Pondok YIK Kandis Bachok

ALHAMDULILLAH29 Mei 2026 | Pusat Pengajian PondokProgram Titipan Kasih Korban 2026 sempena Hari Raya Aidiladha yang ke-3...
30/05/2026

ALHAMDULILLAH
29 Mei 2026 | Pusat Pengajian Pondok

Program Titipan Kasih Korban 2026 sempena Hari Raya Aidiladha yang ke-3 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan jayanya di Pusat Pengajian Pondok YIK.

Program yang amat bermakna ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Harian Metro, EZ Qurban, YADIM, Yayasan EZ Prihatin, EZ Fidyah dan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Sinergi murni ini membawa amanah ibadah korban yang bakal memberi manfaat besar kepada 22 buah pondok di seluruh Negeri Kelantan.

Alhamdulillah, sebanyak 27 ekor lembu dan 44 ekor kambing telah selesai diagihkan kepada pondok-pondok pilihan tersebut serta komuniti masyarakat yang terdekat.

Antara pengisian sepanjang program berlangsung:

• Ucapan Rasmi : Sesi ucapan daripada wakil semua pihak penganjur yang terlibat, menzahirkan rasa syukur atas kelancaran program.

• Gimik Program : Acara simbolik dengan penyembelihan seekor lembu sebagai tanda perasmian program.

• Sesi Penyerahan : Penyerahan agihan daging korban secara rasmi kepada pondok sekitar Kelantan dan komuniti setempat.

Pihak pondok merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan buat semua rakan kerjasama Harian Metro, EZ Qurban, YADIM, Yayasan EZ Prihatin, EZ Fidyah dan YIK serta para penyumbang yang telah meletakkan kepercayaan tinggi dalam menjayakan program ini.

Semoga Allah SWT memberkati usaha murni ini, menerima ibadah qurban sekalian penyumbang dan menjadikan bantuan ini sebagai asbab kegembiraan buat para pelajar pondok serta masyarakat setempat.
Amin Ya Rabbal Alamin.








ALHAMDULILLAH27 Mei 2026 | Pusat Pengajian PondokProgram Qurban Perdana 1447H / 2026M sempena Hari Raya Aidiladha yang p...
28/05/2026

ALHAMDULILLAH
27 Mei 2026 | Pusat Pengajian Pondok

Program Qurban Perdana 1447H / 2026M sempena Hari Raya Aidiladha yang pertama telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Pengajian Pondok YIK.

Ibadah qurban pada tahun ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan dengan sebanyak 5 ekor lembu dan 3 ekor biri-biri telah dikorbankan. Proses pengurusan dan agihan daging qurban berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat dan semangat gotong-royong warga pondok.

Di kesempatan ini, pihak pengurusan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah menginfakkan rezeki mereka untuk menjayakan qurban perdana pada tahun ini.

Semoga Allah SWT menerima ibadah qurban anda semua, memberkati setiap titisan darah qurban yang mengalir, serta melipat gandakan ganjaran pahala dan memurahkan rezeki buat para peserta sekeluarga.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sesungguhnya, Aidiladha bukan sekadar sambutan, tetapi ia adalah simbol pengorbanan, ketaatan dan peluang untuk kita saling berkongsi rezeki serta mengeratkan silaturahim sesama ummah. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.



27/05/2026

SALAM AIDILADHA 1447H/2026M

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, memperkukuh keimanan serta menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT dalam kehidupan kita semua.

Note :
Takbir Raya Aidiladha (Takbir Muqayyad) bermula pada Subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) iaitu 26 Mei 2026 (Selasa) dan berterusan hingga ke Asar hari Tasyrik yang ketiga (13 Zulhijjah) iaitu 30 Mei 2026 (Sabtu).


DI PADANG ARAFAH, KITA BELAJAR ERTI PERSAUDARAANHari Wukuf di Arafah bukan sekadar perhimpunan jutaan manusia di satu te...
26/05/2026

DI PADANG ARAFAH, KITA BELAJAR ERTI PERSAUDARAAN

Hari Wukuf di Arafah bukan sekadar perhimpunan jutaan manusia di satu tempat, bahkan ia membawa mesej besar tentang penyatuan hati umat Islam di bawah rahmat Allah SWT.

Di bumi Arafah, manusia datang daripada pelbagai bangsa, warna kulit dan latar kehidupan. Namun semuanya berdiri dalam pakaian yang sama, menghadap kiblat yang sama serta merendahkan diri di hadapan Allah Azza Wajalla. Tiada pangkat, tiada darjat, tiada perbezaan yang memisahkan, semuanya adalah hamba Allah SWT yang mengharapkan keampunan dan rahmat-Nya.

Inilah pengajaran besar Hari Arafah buat seluruh umat Islam. Perbezaan bukan alasan untuk berpecah, tetapi ruang untuk saling memahami, menguatkan ukhuwah serta membina kekuatan ummah bersama-sama.

Sabda Rasulullah SAW:

‎خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

“Maksudnya: Sebaik-baik doa ialah doa pada Hari Arafah.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Marilah kita mengambil peluang pada hari yang mulia ini dengan memperbanyakkan doa, zikrullah, istighfar, membaca al-Quran serta berpuasa sunat Arafah bagi yang tidak mengerjakan haji.

Semoga Hari Arafah menjadi medan penyatuan hati, pengukuhan ukhuwah dan asbab turunnya rahmat Allah SWT kepada seluruh umat Islam.



ALHAMDULILLAH3 Mei 2026 | Pusat Pengajian PondokPusat Pengajian Pondok YIK telah menerima kunjungan ziarah mahabbah dari...
04/05/2026

ALHAMDULILLAH
3 Mei 2026 | Pusat Pengajian Pondok

Pusat Pengajian Pondok YIK telah menerima kunjungan ziarah mahabbah daripada Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam rangka lawatan kerja beliau ke negeri Kelantan.

Kunjungan ini telah disambut oleh Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Bin Che Awang Al-Makki dalam suasana penuh ukhuwah dan penghormatan, mencerminkan hubungan erat antara institusi keilmuan dan pihak kepimpinan negara.

Dalam kesempatan tersebut, Yang Berhormat Senator turut menunaikan solat fardu Zohor secara berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Ismail Bin Ishak, Timbalan Syeikh II Hal Ehwal Pelajar Pusat Pengajian Pondok YIK.

Semoga kunjungan ini membawa keberkatan serta mengukuhkan lagi hubungan antara institusi pendidikan Islam dan pihak berwajib dalam usaha memartabatkan syiar Islam serta pembangunan ummah.


ALHAMDULILLAH28 April 2026 | Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman YIKPusat Pengajian Pondok YIK dengan penuh rasa syukur meraka...
29/04/2026

ALHAMDULILLAH
28 April 2026 | Kolej Tahfiz Sains Nurul Aman YIK

Pusat Pengajian Pondok YIK dengan penuh rasa syukur merakamkan kejayaan dalam Mahrajan Ilmi (MASSAK) 2026 melalui Pertandingan Hafazan Al-Quran 6 Surah (MIISMAM) Lelaki Kategori A peringkat Negeri Sekolah-Sekolah Menengah Agama YIK.

Dengan izin Allah, wakil kita, Nik Muhammad Syawal Fitri bin Mohamad Radzi telah berjaya merangkul JOHAN, membuktikan keunggulan serta kesungguhan dalam memelihara kalamullah.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan institusi, bahkan mencerminkan hasil didikan berterusan dalam melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada peserta, para guru serta semua yang terlibat dalam membimbing dan menyokong sepanjang perjalanan ini.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan lebih ramai pencinta Al-Quran yang cemerlang di dunia dan akhirat.



PENTAS SANTRISaksikan Pentas Santri: Pengucapan Awam yang akan bersiaran secara live:https://vt.tiktok.com/ZS9NQA1AVsmGt...
28/04/2026

PENTAS SANTRI

Saksikan Pentas Santri:
Pengucapan Awam yang akan bersiaran secara live:

https://vt.tiktok.com/ZS9NQA1AVsmGt-zsSgT/

Tarikh: 28 April 2026 (Selasa)
Masa: 9.30 malam
Tajuk: [Lidah] Hikmah @ Musibah
Platform: TikTok Rasmi PPP

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perbincangan ilmiah yang penuh manfaat serta perkongsian pandangan daripada panel jemputan.

Ayuh bersama mengimarahkan budaya ilmu.


JOM SERTAI !!!PROGRAM IBADAH QURBAN 1447H / 2026MMASJID PONDOK MODEN (YIK)📍 Tempat:Masjid Pondok Moden (YIK), Telong,163...
28/04/2026

JOM SERTAI !!!

PROGRAM IBADAH QURBAN 1447H / 2026M
MASJID PONDOK MODEN (YIK)

📍 Tempat:
Masjid Pondok Moden (YIK), Telong,
16310 Bachok, Kelantan

🗓 Hari: Hari Raya Pertama
⏰ Sembelihan: Jam 2.00 petang

💰 Harga Sebahagian Lembu:
• RM550
• RM750
• RM850

🤝 Pengagihan:

1. Peserta boleh ambil & agihkan sendiri bahagian korban
2. Atau serahkan kepada pihak pondok untuk diagihkan kepada golongan yang layak

💳 Bayaran:
Maybank: 5625 0859 0299
(IMARAH NETWORK)
Ref: QURBAN

📞 Maklumat lanjut:
Ustaz Abd Hadi – 013-917 9493

“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.”
(Surah Al-Kautsar: 1-2)

ALHAMDULILLAH22 April 2026 | Pusat Pengajian PondokMajlis Keraian Kecemerlangan Akademik bagi Sesi 2025 telah berlangsun...
26/04/2026

ALHAMDULILLAH
22 April 2026 | Pusat Pengajian Pondok

Majlis Keraian Kecemerlangan Akademik bagi Sesi 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Tok Kenali, sebagai tanda penghargaan kepada para pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan SPM, STUP dan STAM.

Majlis ini diadakan bagi meraikan usaha gigih serta komitmen para pelajar dalam menuntut ilmu, di samping menyuntik semangat kepada seluruh warga pelajar agar terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Antara pengisian program termasuk ucapan daripada wakil guru serta pihak pentadbir, diikuti dengan penyampaian hadiah kepada para pelajar yang cemerlang sebagai tanda penghargaan atas pencapaian mereka. Majlis turut diserikan dengan jamuan sebagai simbol ukhuwah dan kebersamaan warga Pusat Pengajian Pondok YIK.

Semoga majlis seperti ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar untuk terus berusaha dengan lebih tekun serta mencontohi kejayaan rakan-rakan yang telah membuktikan kecemerlangan mereka.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

ALHAMDULILLAH21 April 2026 | Pusat Pengajian PondokProgram Ceramah Motivasi dan Kaunseling telah berlangsung dengan jaya...
25/04/2026

ALHAMDULILLAH
21 April 2026 | Pusat Pengajian Pondok

Program Ceramah Motivasi dan Kaunseling telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Pengajian Pondok YIK, membawa pengisian yang penuh manfaat dalam membina kekuatan diri para pelajar.

Program yang bertajuk Meningkatkan Semangat Keyakinan Diri dan Persiapan Menghadapi Peperiksaan ini memberi pendedahan yang jelas tentang cara mengurus emosi, meningkatkan motivasi serta membentuk keyakinan diri dalam menghadapi cabaran akademik.

Para peserta turut dibimbing dengan teknik persediaan peperiksaan yang lebih tersusun, termasuk kaedah mengurus masa, strategi ulangkaji yang berkesan serta pendekatan untuk kekal fokus dan tenang sepanjang tempoh peperiksaan. Penyampaian yang praktikal dan mudah difahami membantu para pelajar mengaplikasikan ilmu yang diperoleh dalam kehidupan seharian.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Encik Mohd Zaki bin Talib, Pensyarah Akademik Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Kota Bharu, atas perkongsian yang sangat bermakna dan memberi inspirasi kepada semua peserta.

Tidak dilupakan juga kepada seluruh peserta yang menunjukkan komitmen dan kesungguhan sepanjang program berlangsung.

Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan pelajar yang berkeyakinan tinggi, berdaya saing serta cemerlang dalam menghadapi peperiksaan dan cabaran masa hadapan.


Address

Bachok
16310

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Pondok- Unit Multimedia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category