Zahid Hamidi Fan Club

Zahid Hamidi Fan Club ZHFC ialah platform penyokong Timbalan Perdana Menteri 1

08/06/2023

Jiwa besar seorang Presiden

KINI UMNO DI LANDASAN YANG BETUL  ​Ada orang tu cakap UMNO akan bungkus selepas PRN? Betul ke apa yang dia cakap tu? Ke ...
07/06/2023

KINI UMNO DI LANDASAN YANG BETUL


​Ada orang tu cakap UMNO akan bungkus selepas PRN? Betul ke apa yang dia cakap tu? Ke komen itu sekadar komen sakit hati sebab dia dibuang parti? Percaya atau tidak, UMNO akan jadi lebih baik selepas ini, jauh lebih baik dari zaman sebelumnya.

​Kenapa saya cakap UMNO akan jadi lebih baik pada masa depan? Keputusan DSZH dalam merombak balik kepimpinan UMNO telah menjadi buah mulut orang sejak dua menjak ini. Tindakan tegas itu dilihat sebagai usaha penyucian kembali UMNO dari anasir-anasir yang gemar melihat perpecahan UMNO kerana mereka mempunyai agenda peribadi. DSZH seharusnya dipuji kerana berjaya mengembalikan kestabilan UMNO yang sebelum ini sukar dicapai dek kerana hasutan dari beberapa figura tertentu.Kemasukan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan dilihat mampu membersihkan kembali reputasi UMNO dalam menjadi sebuah parti yang utamakan kepentingan rakyat.

​Ada orang kata DSZH tidak boleh terima kritikan, sebab itu beliau buang sesetengah ahli UMNO. Betul ke tuan puan? Jikalau betul DSZH tidak boleh terima kritikan, takkan lah Ketua Pemuda UMNO dibenarkan untuk membuat keputusan yang tidak selari dengan pendapat Presiden parti untuk PAU nanti? DSZH seorang pemimpin yang matang. DSZH sedar bahawa ada beberapa ahli UMNO membawa kepentingan peribadi, melebihi kepentingan parti. Kita dapat lihat banyak ahli UMNO yang dibuang telah pun join parti politik musuh. Kalau betul mereka sayang UMNO, kenapa mereka join parti musuh? Jelas kita dapat lihat yang mereka ini bukan fikir tentang kepentingan parti UMNO, tetapi hanya ikutkan selera dan habuan politik mereka sendiri.

​Bagi saya, UMNO akan berkembang lebih baik selepas ini. Jauh lebih baik dari tahun tahun sebelumnya. Mungkin tidak ramai yang menghargai jasa DSZH sekarang, tetapi mereka akan berterima kasih kepada beliau pada masa akan datang - ZHFC

PENCETUS PERPADUAN NEGARA.  ​Pasca PRU-15, kita dapat lihat dinamik politik di Malaysia sudah berubah kepada suatu dinam...
06/06/2023

PENCETUS PERPADUAN NEGARA.


​Pasca PRU-15, kita dapat lihat dinamik politik di Malaysia sudah berubah kepada suatu dinamik yang tidak dijangka oleh kebanyakan pihak. Banyak watak yang telah dijulang kerana berjaya membawa kepada kestabilan dan kejayaan Kerajaan Perpaduan pada ketika ini. Tetapi ada satu figura yang kurang didendang namun sumbangannya amat penting dalam kejayaan tercetusnya Kerajaan Perpaduan. Figura tersebut tak lain tidak bukan Datuk Seri Zahid Hamidi yang menjadi pencetus kepada Kerajaan Perpaduan ketika ini.

​Banyak sumbangan beliau yang telah membawa kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan sebenarnya. Antaranya, beliau lah yang menjadi penyelesai masalah ketika hendak membentuk kerajaan pasca PRU-15. Pada ketika itu, ramai ahli UMNO membuat komen provokatif kerana tidak setuju untuk UMNO menyahut seruan YDPA untuk membentuk kerajaan perpaduan. Berpegang kepada prinsip mendahulukan kepentingan rakyat, Datuk Seri Zahid Hamidi sedar yang UMNO perlu menyertai seruan YDPA untuk menghentikan kegelisahan rakyat. Iyalah, rakyat khuatir dengan kestabilan politik pada ketika itu. Jika rundingan itu terus menemui jalan buntu, banyak kesan buruk yang akan terjadi seperti pelabur akan lari dan ekonomi akan jatuh dengan teruk. Selepas UMNO bersetuju untuk menyertai kerajaan, barulah parti parti lain seperti GPS dan WARISAN bersedia untuk menyokong kerajaan perpaduan. Politik matang yang ditunjukan DSZH membawa kepada terbentuknya majoriti di Parlimen dan seharusnya dicontohi oleh orang lain..

Selain itu, DSZH juga telah membawa kepada kestabilan politik di Malaysia dengan menyelesaikan masalah perpecahan di dalam UMNO. Perpecahan yang dimulakan oleh beberapa ahli politik UMNO yang betindak provokatif dan membawa agenda politik peribadi telah meretakkan perpaduan parti UMNO. Tindakan beliau yang memecat dan menggantung beberapa ahli UMNO amat penting demi memastikan bahtera politik UMNO kekal teguh dan tidak hancur dek hasutan hasutan jahat sesetengah ahli UMNO yang gemar melihat kepada perpecahan UMNO. Sekarang kita dapat lihat yang UMNO lebih stabil dan terjamin setelah keputusan itu diambil.

Tidak ramai orang yang menghargai sumbangan beliau hanya kerana sabitan kes mahkamah beliau. Tidak adil untuk menghakimi seseorang tanpa perbicaraan yang adil di mahkamah, bak kata pepatah perundangan, “innocent until proven guilty”. Sudah tiba masa untuk kita mengangkat figura terhormat ini, sesuai dengan sumbangan yang telah dikorbankan oleh beliau.

06/06/2023

Selamat datang ke Kelab Penyokong DS Ahmad Zahid Hamidi (ZHFC)

Address

Bagan Datoh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zahid Hamidi Fan Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share