05/05/2025
Salam Perkenalan Buat Semua...
Dah sampai masa untuk sesi suai kenal W220 ini dengan followers di HikalBenz Channel ini. Sebelum saya cerita macam mana boleh terjebak dengan model W220 ini, jom tengok sedikit ringkasan berkenaan model S-Class W220.
Serba Sedikit Berkenaan Sejarah model W220 :
1. Kebanyakan yang tahu, dalam banyak-banyak model S-Class, model W220 adalah model yang dilabelkan sebagai kurang menarik, kurang kualiti & kurang diminati oleh peminat tegar Mercedes-Benz. Ia seperti di anak tiri kan walaupun ia sebenarnya S-Class juga.
Senang cerita, tiada keistimewaan ataupun Gah berbanding model sebelum (W140) ataupun selepas (W221).
2. Ia seolah-olah seperti kegagalan oleh Mercedes-Benz menghasilkan model S-Class terbaharu mereka ketika ia dikeluarkan 27 tahun yang lalu. Ini disebabkan W220 dikritik tidak beberapa bagus seperti W140. Tetapi pada aspek yang lain, ada penambahbaikkan juga iaitu ruangan dalaman lebih luas, dipenuhi dengan Technology yang modern & design lebih tampak kecil sedikit, elegan & sporty.
3. Walau bagaimanapun, W140 lebih nampak solid, kualiti lebih tinggi, kurang menggunakan bahan plastik & tidak mengurangkan kos semasa R&D serta membina kereta tersebut seperti model W220, Mercedes-Benz juga telah mula "cut cost" pada era 2000an kerana telah belanja terlalu banyak ketika menghasilkan W140 & hasil jualan seperti tidak memberangsangkan maka generasi seterusnya yang menimpa tempias daripada perkara tersebut.
4. Tetapi sebaliknya, W220 juga dilabel
" Technology On Wheels" iaitu "teknologi bergerak" kerana banyak ciri-ciri yang modern yang ada di kereta tersebut ketika ia dikeluarkan sebagai contoh, Distronic (Adaptive cruise control), Keyless-Entry push start (Key-Card), massage seat serta Ventilation seats (kipas kecil di dalam seat), Command System screen yang pertama (navigasi,telefon,TV) & 'Linguatronic' voice recognition system.
5. Benda-benda ini yang membuat kereta W220 dilihat sebagai pandangan masa hadapan yang akan datang dimana lagi 5~10 Tahun akan datang ciri-ciri tersebut akan anda lihat pada jenama/ kereta biasa pun ada. Walaupun ia modern & mewah pada ketika itu, tetapi pada masa sekarang anda nampak banyak model kereta ini dijual dipasaran dengan harga yang tidak masuk akal.
6. Harga susut nilai kereta sebegini lebih cepat jatuh berbanding kereta biasa. Kalau hari ini anda membeli S-Class baharu sekitar harga
RM 600k~800k, beberapa bulan/tahun akan datang harga sudah jatuh ke sekitar RM 400k~500k dipasaran kereta terpakai. Tambahan p**a, kalau ia adalah model Hybrid atau plug in hybrid harga akan lagi cepat susut berbanding model yang sama tetapi pakai versi petrol.
Pada masa kini, harga W220 sekitar RM 5k~25k.
7. Ini adalah kerana, kebanyakan W220 akan diakhiri kehidupannya dengan 'Scrap' disebabkan masalah yang timbul seperti masalah airmatic, masalah electronic, karat dibahagian body kereta & sebagainya. Pada ketika ini juga tidak berbaloi untuk baikinya dengan kos yang tinggi. Tetapi nak cari Mercedes-Benz W220 yang dalam keadaan baik & cantik akan menjadi agak s**ar serta mencabar. Sekiranya nak jual dengan harga yang mahal sangat model W220 ini, tidak banyak yang akan mahu membelinya. Baik beli model selepasnya iaitu W221 dimana lebih jauh elok & berkualiti ataupun yang minat design klasik akan memilih W126 atau W140.
Jadi, Macam mana saya boleh TERJEBAK dengan W220 ini walaupun banyak yang beri pandangan Negatif..?
Saya sendiri pun tidak tahu sebabnya tiada dalam rancangan pun untuk satu hari nak merasa W220. Sebabnya saya kurang sikit meminatinya tetapi secara jujurnya, S-Class pertama yang saya dapat merasa naik adalah W220. Sejak daripada itu terus minat S-Class, sebab dia punya keselesaan masa tu memang Win, susah nak diungkapkan. Tetapi kalau bab design saya lebih s**a W140.
Apa yang menarik perhatian saya berkenaan kereta yang ini adalah, ia nampak lebih sporty, bodykit AMG, exhaust p**a exhaust "Orizainal" BRABUS, rim p**a "Orizainal" AMG Monoblock & dalaman p**a warna kegemaran saya iaitu warna Beige/cream disertakan p**a dengan panel Kayu berwarna gelap. Ini yang buat ia nampak sangat mewah, lagi-lagi pada waktu malam bila lampu dalaman menyala terus nampak warna kemewahan seperti 'Old Money' tetapi sebenarnya 'Old Car' dah pun...🤣
Paling istimewa buat saya adalah ia didatangkan dengan skrin 'Comand System' Ori daripada kilang yang masih dalam keadaan baik. Yang paling penting best adalah ia model 'Short WheelBase' atau senang kata model Pendek maka senang nak "merempit" ke sana-sini walaupun ditempat yang sempit.
Skrin pun tiada sebarang kesan masalah yang sering berlaku di Mercedes-benz iaitu "sunburn", skrin jadi kabur & terkopek. Meter pun masih ok & yang paling penting untuk pengguna W220 adalah tulisan " No Malfunction " dipaparan skrin meter tersebut.
Secara keseluruhannya, puas hati juga dengan keadaan kereta tersebut walaupun ada beberapa benda yang perlu dilakukan seperti bab kecantikan/kosmetik & maintenance tetapi kereta pun dah nak dekat berusia 25 tahun maka layan kan je lah. Nak beli baharu jauh sekali tak mampu..😅
Secara tidak langsung, ia telah menukar pandangan saya terhadap W220 ke arah yang lebih positif. Ia ada dia punya tarikan tersendiri walaupun secara am ia lihat seperti Mercedes-Benz biasa sahaja. Mungkin juga saya bernasib baik untuk dapat yang tidak pening kepala sangat. Kita tengok maintenance dia macam mana selepas ini, buat masa sekarang kita lagi santaii kawann...😁