Persatuan Penduduk Sri Selangor

Persatuan Penduduk Sri Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penduduk Sri Selangor, Digital creator, 03-00-13, Perumahan Awam Sri, Bagan Lalang.

Ditubuhkan pada tahun 1990, bertujuan untuk mewujudkan satu masyarakat di Perumahan Awam Seri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpr yang harmoni, saling bantu membantu dan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

13/12/2025 - Pusat Komuniti Seri Selangor Terlaksana Program Kampung Angkat MADANI CIMB Foundation   2025.  300 penerima...
13/12/2025

13/12/2025 - Pusat Komuniti Seri Selangor

Terlaksana Program Kampung Angkat MADANI CIMB Foundation 2025.

300 penerima Bakul Makanan, 150 penerima Saringan Hati Berlemak , 200 penerima sumbangan Back To School.

Terima Kasih kepada penaja-penaja program kita pada hari ini. Semoga mereka semua sentiasa didalam lindungan Rahmat Allah SWT.

Penaja Pakaian Seragam Sekolah : CIMB Foundation

Penaja Program Celik Kewangan Kanak-Kanak : CIMB Bank

Penaja Makanan Tengah Hari & Sarapan Pagi : CIMB Bank

Penaja Bantuan Bakul Makanan :
a) Pejabat Mr. Gurdip Singh, CEO CIMB Malaysia .
a) Sumbangan peribadi dari Kumpulan Kakitangan CIMB.
a) Pasaraya MYDIN Malaysia

Pemeriksaan Saringan Hati Berlemak, Cuka Epal & Serbuk Susu Soya: Hospital Regen Rehab

Terima Kasih Yayasan Belia Malaysia sebagai penyelaras bersama yang turut menjayakan program ini.


12/12/2025

Heran juga, masa buat promosi Jom Jadi Ahli Persatuan Penduduk, krik krik krik jee response.

Tapi .......πŸ˜… Sila lengkapkan diruangan komen. 🀭🀭😁

Support la sikit geng !!! 😁🀭🀭
12/12/2025

Support la sikit geng !!! 😁🀭🀭

Adakala dalam hidup, menyalahkan orang lain adalah penyelesaian paling mudah bagi menutupi kesalahan diri sendiri.
11/12/2025

Adakala dalam hidup, menyalahkan orang lain adalah penyelesaian paling mudah bagi menutupi kesalahan diri sendiri.

10/12/2025

"Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kami ingin menjemput semua warga Perumahan Awam Seri Selangor ke Program Pemeriksaan Hati Berlemak secara PERCUMA.

Program ini akan berlangsung pada 13 Disember 2025, hari Sabtu, di Pusat Komuniti Seri Selangor bermula pukul 7:00 pagi.

Untuk makluman, ultrasound asas bagi mengesan hati berlemak di klinik swasta biasanya berharga RM100 hingga RM160.
Tetapi dalam program ini, anda boleh mendapatkannya secara PERCUMA.

Setiap peserta yang hadir juga akan menerima Bakul Makanan Percuma mengandungi beras, minyak masak dan barangan asas.

Program ini terhad kepada 150 peserta terawal sahaja.
Untuk penyertaan, sila isi borang online melalui pautan dibawah ini.

Program ini khas untuk penduduk Perumahan Awam Seri Selangor sahaja.

Jangan lepaskan peluang ini β€” daftar segera, jaga kesihatan, dan kita jumpa di sana."

https://forms.gle/7GB1bbThRWV1AhNBA

🌟 Penduduk PA Seri Selangor, JOM CHECK HATI! *🌟Tahukah anda? Ramai orang ada hati berlemak tanpa sedar β€” tapi sekarang a...
09/12/2025

🌟 Penduduk PA Seri Selangor, JOM CHECK HATI! *🌟

Tahukah anda? Ramai orang ada hati berlemak tanpa sedar β€” tapi sekarang anda boleh periksa SECARA PERCUMA dekat kawasan sendiri!

πŸ”₯ Program Pemeriksaan Hati Berlemak PERCUMA
Khas untuk semua penduduk Perumahan Awam Seri Selangor!

Kenapa kena datang?
✨ Cepat & tak sakit
✨ Boleh kesan awal sebelum jadi bahaya
✨ Petugas kesihatan bertauliah
✨ Totally FREE β€” tak perlu bayar apa-apa!

Jom turun beramai-ramai!
Syarat Penyertaan : Umur 21 hingga 65 tahun sahaja | Warganegara Malaysia Sahaja | Penduduk Perumahan Awam Seri Selangor | Bukan Terdiri Dari IbuBapa/Penjaga Program Back To School 2025

Pemeriksaan Akan Diadakan Pada :

13/12/2025 (Sabtu)
Bermula pukul 7:00 pagi
Pusat Komuniti Seri Selangor

πŸ’› Sayangi Hati, Sayangi Diri.
Cegah awal, hidup lebih sihat!

Daftar Segera !! Peserta akan menerima sumbangan Bakul Makanan mengandungi Beras, Minyak Masak dan pelbagai barangan lain.

Isi Borang Pendaftaran Di Pautan Ini Dengan Kadar Segera !! Hanya 150 Pendaftaran Terawal Sahaja!!

https://forms.gle/7GB1bbThRWV1AhNBA

8/12/2025 - 8:30 malam Pusat Komuniti Seri SelangorMesyuarat Penyelarasan Program Kampung Angkat MADANI bersama Ahli Jaw...
09/12/2025

8/12/2025 - 8:30 malam Pusat Komuniti Seri Selangor

Mesyuarat Penyelarasan Program Kampung Angkat MADANI bersama Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Sri Selangor dan Rukun Tetangga Seri Selangor

Kehadiran 24 orang Ahli Jawatankuasa.

In Sha Allah, semoga dipermudahkan segala usaha dan terlaksana segala yang dirancang.

6/12/2025 - Terima Kasih CIMB Foundation diatas penghargaan yang diberikan kepada Persatuan Penduduk Seri Selangor. Tahn...
06/12/2025

6/12/2025 - Terima Kasih CIMB Foundation diatas penghargaan yang diberikan kepada Persatuan Penduduk Seri Selangor.

Tahniah buat Adik Nur Tania Zara bt Mohd Syahqul Rashid dari Blok 01 PA Seri Selangor dinobatkan sebagai Pemenang Tempat Pertama Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Tahun 6 2025 Program MyGuru Genius MADANI anjuran CIMB Foundation. Program ini diselaraskan bersama oleh Learning Port Sdn. Bhd dan Yayasan Belia Malaysia. Beliau juga memenangi Pingat Gangsa STEAM Challenge didalam program yang sama.

Program yang telah berlangsung selama 6 bulan ini, menutup tirainya pada hari ini dengan Majlis Perasmian dan Penutupan disempurnakan oleh Ybhg. En. Ahmad Shahriman Mohd Shariff, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Foundation.

Tahniah juga buat Adik Kevitha a/p Selvaraja, dari Blok 05, tempat kedua Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan Kategori Tahun 5 dan Adik Muhammad Umar Qayyum bin Rafliza, dari Blok 03 memenangi Pingat Gangsa Steam Challenge MyGuru Genius MADANI.

Syabas dan Tahniah juga buat IbuBapa/Penjaga diatas komitmen tinggi yang dizahirkan sepanjang program ini dari kami Persatuan Penduduk Seri Selangor. Teruskan mengejar kejayaan demi masa hadapan yang cemerlang.

PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026 PERUMAHAN AWAM SERI SELANGOR, JALAN SAN PENG, 55200, KUALA LUMPURSalam Sejahtera, CIMB Found...
06/12/2025

PROGRAM BACK TO SCHOOL 2026 PERUMAHAN AWAM SERI SELANGOR, JALAN SAN PENG, 55200, KUALA LUMPUR

Salam Sejahtera,

CIMB Foundation dengan kerjasama Persatuan Penduduk Seri Selangor amat berbesar hati membawakan sekali lagi Program Back To School untuk semua anak-anak Penduduk Perumahan Awam Seri Selangor yang akan bersekolah di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Peserta akan menerima dua set lengkap pakaian seragam sekolah dan sepasang kasut sekolah bagi persediaan ke sesi persekolahan tahun 2026.

IbuBapa/Penjaga jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan membuat pendaftaran melalui pautan mengikut kategori yang disediakan dibawah. Daftarkan semua anak-anak Tuan/Puan !! Sebarkan kepada semua jiran tetangga kita di Seri Selangor, pendaftaran dibuka sehingga kepada 200 peserta terawal sahaja. Tarikh Tutup Pendaftaran pada 9/12/2025 SELASA

BORANG PENDAFTARAN MURID LELAKI SEKOLAH RENDAH:
https://forms.gle/1JKXYbpMCWmQLoDA8

BORANG PENDAFTARAN MURID PEREMPUAN SEKOLAH RENDAH :
https://forms.gle/CFagLSmnUJbNBGHa9

BORANG PENDAFTARAN PELAJAR LELAKI SEKOLAH MENENGAH:
https://forms.gle/cRLRNeuRseyjQcPQA

BORANG PENDAFTARAN PELAJAR PEREMPUAN SEKOLAH MENENGAH :
https://forms.gle/ozFAixA7GtiaVfwC8

Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Whatsapp ke talian +60105082310.

Terima Kasih,

Urusetia
Persatuan Penduduk Seri Selangor

Jangan Lupa Warga Seri Selangor !! Hari Ini Tau, saja je nak ingatkan, nanti kata min sombong pulak!πŸ˜…πŸ˜
06/12/2025

Jangan Lupa Warga Seri Selangor !!

Hari Ini Tau, saja je nak ingatkan, nanti kata min sombong pulak!πŸ˜…πŸ˜

29/11/2025

Mereka yang ditahan dalam ni kebiasaan buat apa je?

Biasanya tazkirah ringkas dibuat untuk bagi mereka sedar kesannya.

Takdelah panjang pun.

Itu pun waktu awal 3 hari diorang masuk, min tazkirah pun diorang masih dalam dunia hayai.

Tak fokus. Sebab kesan pengambilan ada yang masih bersisa.

Jadi, min bagi dia tenang.

Tiada tembakau, arak mahupun apa-apa bahan terlarang dibekalkan.

Makan , minum , semua min tanggung.

Mereka ikut je aturan yang ditetapkan.

Bila hari keempat, mula selera makan datang dan sedar akan keadaan sebenar terjadi.

Kebanyakkan masa, min suruh diorang kenang apa kesan bila terus keluar ni masih sambung penagihan.

Keluarga paling merasai bila ditahan 14 hari oleh AADK.

Moga waktu singkat ni ada sedikit kesedaran untuk perubahan perbaiki diri sendiri.

Walaupun ditahan secara paksa, ini yang terbaik untuk mereka dan dapat muhasabah diri.

Bukanlah semua mereka yang ditahan ni, terus dijatuhkan hukuman.

Ini sedikit mengambil masa kerana melibatkan Jabatan dan Agensi yang berlainan.

Pengalaman, maklumat pengesahan Urin akan keluar paling awal 4 minggu.e

24/11/2025

ππ„πŒππ„ππ“π”πŠπ€π 𝐋𝐔𝐑𝐔𝐀𝐍 πŒπŽππ’π”π

Luruan monsun yang berlaku akibat letusan udara bertekanan tinggi di Siberia (H) dan pertembungan angin ke rantau negara dijangka membawa impak cuaca signifikan.

Kesan utama luruan monsun adalah peningkatan hujan lebat berterusan, angin kencang dan ombak besar, terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Orang awam dan semua pihak berkepentingan dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya. Sila dapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi MET Malaysia (www.met.gov.my) dan aplikasi myCuaca.





Address

03-00-13, Perumahan Awam Sri
Bagan Lalang
55200

Opening Hours

21:00 - 22:00

Telephone

+60105082310

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penduduk Sri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share