Suara Media

Suara Media Positive vibes only ❤️❤️
🔥🔥

Kita yang jadi suami ni susah nak dengar teguran dan nasihat isteri...Buat dekkk ja siap pakej marah dia balik...Kita se...
21/12/2025

Kita yang jadi suami ni susah nak dengar teguran dan nasihat isteri...

Buat dekkk ja siap pakej marah dia balik...

Kita selalu cakap yang kita tahu apa yang kita buat...

Tapi bila kita sakit, kita cari dia...bila kita susah, kita cari dia...

Kita nak manfaatkan dia masa kita perlukan dia saja ke...?

Setiap teguran dan nasihat isteri tu, semuanya untuk kebaikan suami...

Tak jumpa lagi lah teguran dan nasihat dari isteri yang menjahanamkan suami...

Selalunya perbuatan suami tu yang menjahanamkan diri sendiri...

Nak hidup harmoni, kena sama² boleh ditegur dan boleh dinasihati...

Kalau ada salah satu pihak sejenis yang TAK BOLEH terima teguran dan nasihat, maka suruh dia rajin² solat...

Benih sombong dah ada dalam hati untuk orang yang macam tu...kalau biar, jadi pokok nanti kesombongan itu...

Tak boleh berubah langsung dah kalau tahap tu...😊

Isteri tu, walaupun dia tak cakap yang dia tak larat, tapi gunalah akal lelaki tu sikit untuk faham...Ada mata, ada teli...
21/12/2025

Isteri tu, walaupun dia tak cakap yang dia tak larat, tapi gunalah akal lelaki tu sikit untuk faham...

Ada mata, ada telinga, ada hati, GUNA...

Sendiri perlu ada rasa yang diri tu kurang membantu si isteri dalam pengurusan rumahtangga dan anak-anak...

Maka, bantulah semampu yang boleh...

Nak pegang penyapu sekali dalam seminggu tu, takkan tak boleh...

Nak tolong lipat baju sekali dalam seminggu tu, takkan tak boleh...

Nak suruh isteri jangan masak, tapau makanan luar sekali dalam seminggu tu, takkan tak boleh...

Rumahtangga ni kalau diuruskan seorang diri, penat lah...

Bila penat, nanti macam² perasaan hadir... fikiran tu mula condong ke arah negativity...

Diri tak "enjoy" dan tak "menikmati" kehidupan rumahtangga...rasa rumahtangga tu "melelahkan"...

Sekecil-kecil perkara yang kita buat sebagai suami dalam membantu urusan si isteri tu, disyukuri tersangatlah oleh si isteri...

Asal ada kemahuan untuk membantu meringankan bebannya, tu dah cukup untuk bahagia...🤲

21/12/2025
"Kau kahwin nanti, kau tahu lah..."Frasa ni bukan diucap untuk menakut-nakutkan...frasa ni membawa maksud :"Ujian dalam ...
21/12/2025

"Kau kahwin nanti, kau tahu lah..."

Frasa ni bukan diucap untuk menakut-nakutkan...frasa ni membawa maksud :

"Ujian dalam rumahtangga tu, ujian yang seumur hidup"

Boleh jadi dalam beberapa hari pertama selepas mendirikan rumahtangga akan diuji...

Boleh jadi selepas beberapa tahun...

Boleh jadi selepas berbelas tahun...

Boleh jadi selepas berpuluh tahun...

Boleh jadi juga setiap tahun...

Boleh jadi juga setiap bulan...

Boleh jadi juga setiap minggu...

Boleh jadi juga setiap hari...

Lepas kahwin, baru tahu perangai sebenar pasangan...apa yang kebiasaannya dia buat, apa kebiasaannya rutin dia, kehidupan dia seharian...

Boleh jadi sama dengan kita, boleh jadi berbeza dengan kita...

Boleh jadi kita s**a, boleh jadi kita tak s**a...

Penerimaan tu, jika bertentangan, bagaimana kita nak hadapinya...

Itu ujian PERTAMA...

Kemudian datanglah ujian ketetapan hati terhadap pasangan...bila dah ketara perbezaan, akan naik jurang perselisihan sebab tak dapat cari titik persamaan...

Mula perasaan bolak balik...

Kadang² asbab satu perkara, bermasam muka sehari dua, tak bertegur sapa...

Ujian seterusnya, siapa yang bakal merendahkan ego untuk mengalah, meminta maaf dan kembalikan keadaan seperti sediakala...

Inipun satu ujian sebab tak semua insan ada kerendahan hati dalam memulihkan keadaan...

Nak bertahun-tahun hidup dalam UP and DOWN bersama pasangan, adalah satu tempoh ujian yang sangat panjang...

Berkali hilang sabar itu biasa...berkali bertikam lidah itu biasa...berkali tak bicara itu biasa...

Hanya yang kuat jodohnya akan berjaya mengharungi liku-liku kehidupan berumahtangga sehingga ke akhir usia...

Walaupun dia sendiri berkali-kali jatuh dan tewas dengan apa yang dia rasa sepanjang tempoh yang lama itu...😊

Ada kenangan tak? 😋
20/12/2025

Ada kenangan tak? 😋

Address

Bagan Lalang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suara Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share