Meletup Media

Meletup Media video dr pelbagai sumber. DM for kredit/delete video. Admin tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yg ditulis di page ini. Sila fikir sebelum komen.
(1)

Komen anda tanggungjawab anda

02/06/2026

Terbaik dan respect abang baju putih ni! Pantas betul dia bertindak tarik hos air bila nampak ada motor terbakar dekat tepi jalan. Alhamdulillah, atas bantuan semua, api dapat dipadamkan dengan cepat. Moga dipermudahkan segala urusan pemilik motor dan dipermurahkan rezeki abang baju putih ni! 🤲🏻🔥🏍️



Video ini bukan milik Meletup Media. Kredit penuh diberikan kepada pemilik asal kandungan. Sekiranya anda adalah pemilik kandungan dan ingin pembetulan kredit dibuat atau mahu ia diturunkan, sila hubungi kami melalui mesej peribadi (DM).

02/06/2026

Harapan dah tinggi nak makan ayam goreng, sekali kena game macam tu je dengan penyapu. Kesian tengok muka blur dia bila tengok ayam tu dah hilang, terus merajuk bawak diri 😂😭 Sabar ya meow, nanti kita cari rezeki lain!



Video ini bukan milik Meletup Media. Kredit penuh diberikan kepada pemilik asal kandungan. Sekiranya anda adalah pemilik kandungan dan ingin pembetulan kredit dibuat atau mahu ia diturunkan, sila hubungi kami melalui mesej peribadi (DM).

02/06/2026

Ingatkan enjin kereta yang bermasalah, sekali bila buka bonet depan, ambik kau! Ular sawa saiz "king" tengah sedap melingkar tidur atas enjin. Mujur abang dan akak APM pantas datang tolong setelkan. Korang yang nak mulakan perjalanan tu, beringatlah rajin-rajin check kenderaan dulu tau! 🐍😱🚗



Video ini bukan milik Meletup Media. Kredit penuh diberikan kepada pemilik asal kandungan. Sekiranya anda adalah pemilik kandungan dan ingin pembetulan kredit dibuat atau mahu ia diturunkan, sila hubungi kami melalui mesej peribadi (DM).

02/06/2026

Aduhai, dugaan betul... Semoga dipermudahkan urusan member kita ni, moga tak ada yang serius. Korang yang tunda motor tu hati-hati lah ye! 😭🤲🏻🏍️



Video ini bukan milik Meletup Media. Kredit penuh diberikan kepada pemilik asal kandungan. Sekiranya anda adalah pemilik kandungan dan ingin pembetulan kredit dibuat atau mahu ia diturunkan, sila hubungi kami melalui mesej peribadi (DM).

30/05/2026

Berdosa tidak kalau kita fikir nak cerai dan kahwin lain sebab nak anak 😭 aku ni dari kecil s**a sangat budak-budak..anak-anak buah aku semua rapat dengan aku..sepupu aku kalau anak dia tidak boleh tidur, pas dekat aku sekejap sahaja dah tidur budak itu.. jadi faham tidak naluri aku nak sangat ada anak sendiri lepas dah 7 tahun kahwin itu macam mana 🥹 ya faham itu takdir Allah.. tapi suami aku ini tiada usaha langsung nak sama-sama "berusaha nak anak"..

Kita orang dah pergi pemeriksaan kesihatan jadi memang suami aku yang ada masalah.. bahagian aku Alhamdulillah semua okay.. suami aku obesiti.. berat 170kg+, jadi b_nih dia ada problem.. teratozoospermia, dan apa lagi tahh..jadi Doktor cakap kebarangkalian nak mengandung itu susah.. dan kalau nak buat iui/ivf pun tidak boleh sebab "benih" suami aku tidak boleh guna. Tapi sampai hari ini suami aku tiada usaha langsung nak ubah.

Berat makin hari makin bertambah, senaman langsung tidak lah..suami aku ada makan suplemen..tapi bila ujian seterusnya keputusan dia makin teruk.. itu pun nasib baik lah dia nak pergi juga pemeriksaan kesihatan lepas dah kena basuh otak dengan aku.. dari tidak pergi pemeriksaan kesihatan mak dia asyik salahkan aku tidak "lekat-lekat" dan guna alasan mak aku dapat kakak sulung aku lewat 5 tahun manakala emak dia bunting pelamin. Jadi ini aku dah boleh cakap aku belum lekat sebab anak dia yang tidak boleh mengandung_an aku.

30/05/2026

Weyh normal ke aku rasa rumah tangga aku takkan lama?? Aku dah kahwin hampir 2 tahun..apa yang aku rasa ni normal ke untuk orang yang baru kahwin?? Seperti aku boleh jangkakan yang rumah tangga aku takkan lama??

1. Sebelum kahwin, dah pernah berbincang dengan tenang..dia akan jadi lelaki yang guna “I ni ketua keluarga/ I ni suami you” or tidak?? Dia jawab tidak and takkan.

2. Sebelum kahwin dah berbincang dengan tenang juga pasal “memasak” sebab sebelum kahwin pernah sahaja aku masak and hantar dekat dia tapi tak selalu..and aku pernah cakap yang aku tidak mahu masak dah sebab nanti lama-lama jadi kebiasaan aku yang masak walaupun selepas kahwin nanti jadi kewajipan and tanggungjawab aku. Masih jawapannya “tidak mengapalah u tidak mahu masak, I faham”..lepas kahwin dia guna yang no.1 untuk buat no.2…HAHAHAHAHA itu sahajalah modal dia.

3. Dia s**a bercakap waktu yang tidak kena. Masa solat, orang tengah solat, dia boleh tanya soalan “macam nak hujan kan hari ini yang ? Kan?”…masa orang tengah tidur, “yang nak buang ke sup ni? I buang eh”..padahal aku tengah tidur itu..tapi kalau bahagian dia, dia akan marah kalau aku kacau dia tidur..

4. Nafkah batin? Aku bagi sahaja tapi aku guna tangan sebab apa? Sebab dia yang tidak mahu guna alat sulit dia itu sebab kondom habis and dia tidak beli-beli and dia takut aku mengandung sebab tidak bersedia lagi nak anak..

5. Ego and mementingkan diri sendiri, kalau ada benda yang tidak kena or salah, itu salah aku sebab tidak tanya padahal salah itu sebab dia. Contoh..semalam aku panaskan makanan untuk makan malam, and aku letak pinggan untuk aku lapik selepas makanan dah panas dekat tepi ketuhar gelombang mikro, and aku masuk bilik…lepas 5 minit aku datang pinggan itu dalam singki, aku tanya “kenapa pinggan ni dalam singki? I nak guna pinggan ni”..dia jawab “lah u tak cakap, mana I tahu”…I jawab “lah, u lah kena tanya I, kenapa I p**a bagitahu?”..faham tak??

6. Cakap aku pemalas..padahal kemas rumahnya aku, memasaknya aku..aku bekerja juga..and rutin memasak itu tiada akhiran walaupun cuti pun kena masak, masih pemalas…dia? Dia basuh kain, and basuh tandas, buang sampah, basuh kipas..tapi SEBULAN SEKALI kot…jadi pada dasarnya dia balik kerja dia main telefon and main permainan video sampai pukul 2 pagi..itulah rutin dia..padahal pernah dah aku cakap “tolonglah masak walaupun tidak reti masak pun, sekurang-kurangnya tolong sekali”..tapi tiada apa yang berlaku..

7. Aku ni sambung belajar, sangatlah tidak bertoleransi eh, aku tengah ada kelas dalam talian..masa itulah nak suruh aku masak juga…bila aku mengadu, dia jawab “siapa suruh you sambung belajar, you yang nak kan”…hahahahaha

8. Minta beli mixue RM5 masuk hutang eh hahahahah…aku tak pernah pinjam dia lebih dari 300…RM1 pun masuk hutang tau…

9. Dia ada pinjam aku 3.5k untuk deposit rumah sewa..and dia bayar aku setiap bulan..aku tidak pernah ungkit pasal hutang itu..aku biar sahaja dia bayar setiap bulan..tapi bila aku nak guna duit, aku akan tanya “you bayar bulan ni kan? I nak pakai duit ni”…dia akan label aku mengungkitlah, sampai trauma nak pinjam dengan aku katanya…dikira mengungkit ke?

Mengungkit… dia label aku mengungkit sebab sebelum ini rumah sewa aku bayar utiliti (aku yang tawarkan nak bayar, nak kurangkan beban dia)…tapi satu hari ada pergaduhan and dia cakap aku ni tak jalankan tanggungjawab dengan sempurna..aku sentap gila..and aku buat keputusan nak tuntut semua utiliti yang aku dah bayar sebab dia cakap aku tidak jalankan tanggungjawab dengan sempurna kan..dia pun tidak, sebab utiliti tanggungjawab dia..aku tuntut semua, sebab itu dia cakap aku mengungkit…

10. Kantoi tengok p**n dekat tele hahaha…aku konfront dia, dia menipu siap sumpah nama Allah..3 kali aku tanya dia “you tengok p**n ke?” Dia terus-menerus menafikan…aku yakin 100% aku betul yang dia tengok p**n..aku siap suruh dia cakap “sumpah atas nama mak you? Atas nama al-quran?” and yes dia buat..dia sempat eh acah-acah mangsa tembak aku balik “you ni kenapa nak cari gaduh?”, dah kantoi baru dia merayu maafkan dia…

11. Kerja-kerja rumah. Sebelum kahwin dah bincang, yang semua orang kena buat kerja. Aku masak dia basuh pinggan and gosok baju kerja untuk esok. Aku kemas rumah dia cuci tandas and basuh kain. And tukar-tukar lah kerja-kerja rumah ni…dah kahwin, elok sahaja buat mula-mula, tapi lama-lama dia mula mengungkit pasal basuh pinggan,”basuh pinggan tu you boleh sahaja buat terus, nak juga I yang basuh..I tak faham”..ada lagi eh..dia siap cakap “cuba u fikir siapa yang banyak buat kerja? Apa sahaja you buat dekat rumah ni?”

Ya Allah geram and setiap hari kecil hati, makan hati…kerja-kerja rumah yang sepatutnya tiada isu, tiba-tiba jadi topik gaduh…and dia pernah cakap juga, “ sepatutnya semua kerja-kerja rumah ni you kena buat tau, I tidak payah buat..sebab I dah tanggung you and sediakan tanggungjawab I”…aku terdiam, aku kerja juga and aku ada komitmen sendiri..yang paling penting benda ini dah dibincang bersama..kita akan buat kerja-kerja rumah bersama..tapi kenapa jadi macam ini..

25/05/2026

Teringat kawan saya meluahkan, dia cerita, ayah dia baik, bertanggungjawab dan penyayang tapi dia tak nak cari suami macam ayah dia.

Saya tanya kenapa, dia kata, sebab dia bukan suami yang baik. Dia kata kalau dia di tempat emak dia, dia tak tahu dia mampu bertahan ke tidak macam emak dia.

Satu keluarga mereka hidup senang, masing-masing cukup didikan agamanya. Semua orang nampak mereka keluarga bahagia. Tapi dia kata, kalau emak dia tak bertahan selama ini, mungkin mereka dah jadi keluarga berantakan.

Ayahnya sangat baik dengan anak-anak, tinggi suara pun tak pernah, pasal duit memang tidak ada masalah. Ayahnya pun dengan kawan, keluarga pun semua kenal dia seorang yang baik, pemurah dan lain-lain.

Tapi bila dengan emak, dengan isteri, kemesraan dan kasih sayang sesama suami isteri tu tidak ada. Acuh tak acuh, sekadar ada. Baik sekadar baik sahaja. Ayah bagi sahaja hadiah tapi hanya sekadar duit. Dia rasa dia bagi duit, selesai sudah. Tapi benda tu bukan apa yang emak nak.

Dulu emak s**a bunga, dia kata membazir. Emak nak dipanggil panggilan manja "sayang", dia buat tak layan, panggil nama atau "mak" (mak kepada anak-anak) sahaja. Emak s**a bergambar, dia tak mahu. Macam-macam lagi benda emak s**a tapi sampai satu tahap, emak dah tak berharap, dia tahu dia takkan dapat semua tu.

Kekurangan si ayah ni, dia memang tak pernah tolong hal rumah, memang sekadar cari nafkah. Emak kerja dan emak juga yang urus rumah sendiri. Emak bukan urus anak-anak sahaja, tapi emak urus suami dia juga.

Perangai si ayah memang dari keluarga dia, semua lelaki tidak diajar untuk menolong isteri, mereka mahu dilayan seperti raja. Ayah balik, emak sediakan air minum, nak makan emak hidang, ambilkan nasi, dulu siap ada air basuh tangan, si ayah memang duduk tinggal makan, lepas tu pergi, emak yang kemas pinggan tu. Selagi emak atau anak-anak tak kemas, memang sampai kesudah pinggan tu kat situ.

Si ayah s**a minta buatkan air, dah minum, tinggal situ sahaja, selagi tidak ada yang kutip, mungkin ada 10 cawan kat situ. Baju seluar stoking kerja pun, cabut tinggal merata, bersepah-sepah. Emak juga yang kutip.

Lepas tu s**a rancang saat akhir nak jalan atau balik kampung ke apa, emak kemaskan baju. Bila lambat, bising. Padahal dia yang saat akhir ajak. Bila emak bawa baju banyak, dia bising lagi, banyak-banyak nak buat apa. Bila ada hari yang baju dia ngam-ngam atau tak cukup sebab kotor atau dia nak tambah hari, dia bising lagi salahkan emak, bawalah lebih. Bila emak suruh pilih baju, dia kata tak kisah, tapi akhir-akhir bising juga.

Kenapa baju ni, si ayah ni punya rumit, mengalahkan perempuan. Dia boleh kata, fikirlah, hari tu dah baju ni, takkan baju ni lagi, takkan tu pun nak cakap. Si ayah ni pun selalu sakit, tapi bila emak nasihat, tak mahu dengar. Akhir-akhir emak juga yang dicari waktu sakit, emak yang jaga, emak yang urus doktor, emak yang kena ingat ubat dia, semua emak.

Di sebalik berjayanya seorang lelaki/ayah, ada seorang isteri/mak yang bertahan dan berkorban.

Tambahan: si emak tu kerja sebab memang dia nak duit sendiri, apa-apa jadi, dia ada duit. Bukan sebab si ayah tu suruh kerja ke apa.

25/05/2026

Saja lah nak cerita pengalaman jumpa lelaki tak senonoh waktu kerja sambilan.

Dulu saya ada kerja kat satu kedai makan ini, terbaik semua staf baik. Dan ada satu chef ini rapat gila dengan saya. Dia selalu bimbing saya biasalah kedai makan kan penat sikit dan penuh tekanan. Kalau ramai dia selalu tolong kendalikan sekali.

Macam bestlah saya yang sambilan waktu diploma tu pun rasa seronok je dengan suasana kerja tu. Lepas tu dia mula akrab belanja makan, selalu lepak borak sekali waktu rehat dan begitulah seterusnya. Sampai satu hari dia ajak saya pergi lepak malam bermalam.

Jadi saya pun cakaplah nak pergi mana? Dia cakap “alaa lepak makan ke tengok filem ke.” Saya cakaplah “hmm tapi universiti saya tak boleh masuk selepas pukul 11.” Biasalah kan.

Lepas tu dia cakap “alaaa tak apa kita lepak sampai pagilah.” Mula dia cakap macam ini saya dah mula tak sedap hati. Saya cakap “err nak buat apa je sampai pagi.” Dia cakap boleh jalan-jalan ke, pergi duduk dekat…. (tempat yang selalu ramai orang lepak contohnya pasangan kekasih).” Waktu ini dah sedaplah sikit hati tu. Sebab saya tak nak sangka buruk lagi.

Cuma saya masih tak biasa lepak dengan lelaki bermalam weyhhh. Lepas tu saya cakaplah “tak tahulah bang saya tak boleh kalau tak tidur.” Saja bagi alasan tak nak ikut dia.

Lepas tu dia masih pujuk wey sampai saya rasa macam apa kena dia ni. Dia cakap “ala kalau penat nanti awak tidurlah dalam kereta abang, tak pun nanti kita cari hotel mana.” WEYHHH AKU TAKUT DAH DOH WAKTU INI.

Cepat-cepat saya cakap “maaf lah bang saya tak selesa nak tidur luar”. Sambil cari topik nak lari dari dia. Lepas tu dia masih paksa. Dia cakap “alaa janganlah macam tu abang belanja, cuba dulu mana tahu nanti s**a lepak dengan abang lagi.(tiba-tiba dia cubit lengan aku)”

Anjir saya dah rasa meremang waktu ini. Sumpah macam kau tak faham bahasa ke orang dah tak nak berambuslah sampai nak pegang-pegang p**ak. Waktu ini saya dah tak tahan saya cakap je terus kat dia “bang saya hormat abang sebagai pekerja kat sini je. Jangan lebih-lebih sila. Kalau tidak saya adukan dekat akak… yang mana pengurus kat situ.”

Awak tahu apa dia masih dia masih tak nak henti wey. Dia cakap “alaaa okey maaf, tapi tak salah kan”. Aku dalam otak macam TAK SALAH?? Kecil-kecil mak bagi makan tikus ke? Lepas tu saya terus keluar dari perbualan tu. Tinggalkan dia kat situ. Tidak berbaloi untuk layan lagi.

Muka dia pun macam pelik saya tiba-tiba pergi macam tu je. Dia macam takut sikitlah mungkin takut kena adu. Tapi saya tak adu pun sebab malas. Kalau dia buat teruk sangat barulah saya guna kuasa.

Mula dari tu saya malas dah nak rapat dengan dia borak pun tak nak. Lalu tepi dia pun buat tak tahu je. Tetapi satu hari saya ada lah rehat dengan staf-staf lain kedai tu tapi tak ada lah lelaki tu. Saja cerita balik kat diorang tanya dia memang macam tu ke.

2 ke 3 hari lepas tu saya tengok lelaki tu macam muka tak mood je masuk kerja. Macam nak marah je HAHAHA. Saya yang malas layan lantak kaulah asal kau bahagia.

Tapi akak-akak staf tu ada lah cerita rupanya dia kena marah dengan pengurus dan hampir kena buang sebab cerita tu terlepas juga sampai ke telinga pengurus HAHAHA. Saya tak tahulah kesian tapi agak puas juga lah. Padan muka.

Habis cuti semester saya tak kerja dah situ. Tak tahulah apa khabar dia sekarang. Harap betul kena buang lah. Tamat.

25/05/2026

Bosanlah aku nak cerita yang rakan sebilik aku kat matrikulasi pick me nak mampus.

Waktu HARI PERTAMA. Dia datang paling lambat dan kitorang tegur sapa dengan baiklah sudah tentulah. Kemudian kena turun ambil baju yang matrikulasi sediakan. Kemudian naik dan WAKTU INILAH.

Sama ada aku tinggal tingkat 2 mengah jugalah nak naik. Jadi rakan sebilik aku ni tiba-tiba cakap ‘aduh penatnya tapi tak apa dah biasa dah sebab rumah 3 tingkat’.

DAN AKU MACAM????? Tapi aku diam je weh sebab itu hari pertama kot.

Dan macam tulah hari-hari seterusnya dia selalu sebut yang dia kaya. Dia beli itu ini. Rumah TIGA TINGKAT (ni paling kerap). Semestinya lah aku jengkel.

Ok dipendekkan cerita waktu dah nak habis semester 1. Aku tengok dia asyik makan mi segera je macam hampir setiap hari weh.

Rakan sebilik aku seorang lagi cakaplah jangan kerap makan mi segera takut sakit ke apa aku tak tahu. Cuma aku tertanya-tanya jugalah kenapa makan tu je.

OH TEKA APA dia kata tak ada duit. Ibu bapa tak bagi duit.

Sejujurnya aku faham je kalau ORANG BIASA makan mi segera sebab tak ada duit. Tapi mendengarnya daripada seseorang yang kaya RUMAH TIGA TINGKAT aku macam ????? Panjang lagi tapi aku dah mengantuk p**a.

25/05/2026

Sedikit luahan hati menantu kepada menantu.

Kalau nak balik rumah mak, mak memang sedia semua lauk untuk anak menantu & cucu. Mak sentiasa teruja dan s**a tengok anak menantu makan masakan dia.

Tapi kenapa setiap kali balik rumah ibu mentua, dia tak sedia apa-apa walaupun air minum pun? Dah lah memandu ke kampung ibu mentua 5 jam.

Lepas itu dia suruh kita masak terus untuk malam tu. Weh kita dah lah penat jauh-jauh pergi rumah dia, lagi-lagi saya ada bayi. Kenapa ibu mentua saya macam tu?

Address

Bakri

Telephone

+6285738150468

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Meletup Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Meletup Media:

Share