APM Kota Marudu

APM Kota Marudu VISI
Menjadi Angkatan Pertahanan Awam Yang Kompeten Dalam Kesiapsiagaan Awam, Perlindungan Rakyat dan Pengurusan Bencana. MOTO
“SEDIA PANTAS BERINTEGRITI”

MISI
Memperkasa Kesiapsiagaan Awam Untuk Keselamatan Dan Kesejahteraan Negara.

 APM KOTA MARUDU BERJAYA MENANGKAP ULAR SAWA BATIK SEBERAT 18 KILOGRAM DI KG TAMISANKOTA MARUDU, 18 SEPTEMBER 2026 — Ang...
18/09/2026



APM KOTA MARUDU BERJAYA MENANGKAP ULAR SAWA BATIK SEBERAT 18 KILOGRAM DI KG TAMISAN

KOTA MARUDU, 18 SEPTEMBER 2026 — Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Marudu berjaya menangkap seekor ular sawa batik seberat kira-kira 18 kilogram yang ditemui berada di dalam sebuah reban ayam di Kampung Tamisan, Kota Marudu, hari ini.

Kejadian tersebut disedari oleh pemilik reban selepas mendapati kehadiran seekor ular Sawa Batik berukuran besar di dalam reban ayam. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kepada pemilik.

Operasi tersebut diketuai L/KPL (PA) Hadizan Bin Zainal bersama 03x anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Setibanya di lokasi, anggota APM menjalankan pemeriksaan di kawasan sekitar sebelum mendapati ular sawa tersebut masih berada di dalam reban ayam.

Anggota kemudiannya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawal kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan pemilik reban, orang awam dan anggota yang terlibat. Proses penangkapan dilakukan menggunakan peralatan yang bersesuaian serta kaedah yang selamat.

Hasil tindakan pantas dan kerjasama anggota yang terlibat, ular sawa tersebut akhirnya berjaya dikawal dan ditangkap tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Ular sawa berkenaan dianggarkan mempunyai berat kira-kira 18 kilogram dengan panajang sekitar 12 kaki.

Sebarang kecemasan boleh dilaporkan melalui talian 999 atau Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Kota Marudu di talian 088-661656.

_________________________________

Jom sertai komuniti kami di semua platform media sosial rasmi untuk mendapatkan maklumat terkini, pengumuman dan pelbagai perkongsian menarik. Jangan lupa Follow, Like & Subscribe.

📍FACEBOOK
https://www.facebook.com/share/18tvoocP5r/?mibextid=wwXIfr

📍TIKTOK
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-98A1iK6mxLp

Jabatan Perdana Menteri









MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENGENDALIAN PERALATAN OPERASI (PPO) ANJURAN PULAPAS DAN KURSUS FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT LEV...
17/09/2026

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS PENGENDALIAN PERALATAN OPERASI (PPO) ANJURAN PULAPAS DAN KURSUS FIRST RESPONDER LIFE SUPPORT LEVEL 1 (FRLS) APM SABAH TAHUN 2026

​17 SEPTEMBER 2026 | PUSAT LATIHAN RELA, TUARAN

Setelah lima 5 hari berkampung di Pusat Latihan Rela, Tuaran Sabah. Kursus First Responder Life Support (FRLS) Level 1 dan juga Kursus Pengendalian Peralatan Operasi (PPO) telah pun sampai ke penghujungnya.

Seramai …… peserta telah berjaya menjalani kursus selama lima hari dengan jayanya tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini berlaku

Majlis penutupan ini dirasmikan oleh Yang Berusaha Lt. Kol. (PA) Erwin@Elverowen Bin Kinsui, Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Negeri Sabah, diiringi oleh Kapt. (PA) Jimmy Alberto Bin Tining, Ketua Cawangan Pengurusan Latihan. Dan juga Lt. M (PA) Mohd Jazli Bin Antan, Cawangan Pengurusan Angkatan APM Negeri Sabah

Majlis ini turut dihadiri oleh Penguasa Rela Mohd Ajili Bin Rapsinin, Pegawai Latih, Pusat Latihan RELA Negeri Sabah. Kapt. (PA) Abdullah Bin Sabarudin, Pegawai Pertahanan Awam Daerah bagi Zon Kudat. Lt. (PA) Suhaimi Bin Md Idris, Wakil Komandan Pusat Latihan Wilayah Selatan. Dan juga Lt. (PA) Hasdiee Bin Abdullah, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Papar.

Sepanjang Kursus ini berlangsung, para peserta telah diberikan pengenalan dan juga ilmu yang cukup berkaitan kedua-dua kursus tersebut, dan mereka juga telah dinilai pada hari ketiga dengan harapan untuk memantapkan ilmu pengetauhan mereka mengenai kursus-kursus yang mereka hadiri

Semoga dengan Ilmu dan pengetahuan yang telah diberikan kepada peserta dapat digunakan dengan sebaiknya

Jabatan
Angkatan

Unit Perhubunga Awam dan Dokumentasi
APM Negeri Sabah

topfans













Selamat Hari Malaysia!Dengan penuh rasa syukur dan kebanggaan, APM Kota Marudu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malays...
16/09/2026

Selamat Hari Malaysia!

Dengan penuh rasa syukur dan kebanggaan, APM Kota Marudu mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia.

Pada hari yang bersejarah ini, kita memperingati pembentukan Malaysia yang menyatukan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Semoga semangat perpaduan, muhibah dan keharmonian terus diperkukuhkan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Mari kita terus berganding bahu, saling menghormati perbezaan, dan bersama-sama membina negara yang lebih maju, aman serta sejahtera untuk generasi akan datang.
Semoga Malaysia sentiasa dilindungi, damai dan diberkati.

Ikhlas Daripada,
Warga Angkatan Pertahanan Awam Daerah Kota Marudu









15/09/2026
 KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PERKHIDMATAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAHUN 2026Adalah dimaklumkan bahawa Angk...
15/09/2026



KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN PERKHIDMATAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAHUN 2026

Adalah dimaklumkan bahawa Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan APM Tahun 2026. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berhubung tahap penyampaian perkhidmatan yang melibatkan orang awam, penjawat awam, agensi kerajaan dan agensi swasta.

Inisiatif ini merupakan komitmen berterusan APM dalam memperkukuh budaya kerja yang cemerlang, inovatif serta berfokuskan pelanggan. Sehubungan itu, kajian ini akan dilaksanakan mulai 1 Julai hingga 31 Oktober 2026 dan boleh diakses secara dalam talian melalui pautan berikut:

https://forms.gle/oXzmCn7mpnZmK4co6

Kerjasama YBhg. Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai untuk menyertai kajian ini, seterusnya memanjangkan hebahan ini kepada warga kerja serta pelanggan di bawah seliaan masing-masing melalui semua saluran komunikasi sedia ada.

Pihak APM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan YBhg. Datuk Seri/Dato' Sri/Datuk/Dato'/YBrs. Prof./Ts./Ir./Dr./Tuan/Puan. Hasil dapatan kajian ini sangat penting bagi menilai dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan demi kecemerlangan APM masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Perdana Menteri














**

Address

Jalan Balai Polis Daerah Kota Marudu
Bandau Kota Marudu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6088661656

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when APM Kota Marudu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share