
09/09/2025
SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI JAKARTA KEDUA TERBAIK DI ASIA TENGGARA - GABENOR JAKARTA
Gabenor Jakarta, Pramono Anung Wibowo berkata, ibu kota Indonesia itu berada di kedudukan ke-17 global berdasarkan tinjauan antarabangsa.
Pramono berkata, di peringkat Asia Tenggara p**a, Jakarta berada di tangga kedua selepas Singapura. Jelasnya, kedudukan itu sekali gus meletakkan Jakarta mengatasi bandar besar lain seperti Kuala Lumpur, Manila dan Bangkok.
Pramono berkata, pencapaian itu membuktikan rangkaian pengangkutan awam Jakarta semakin diiktiraf dunia. Menurutnya, tinjauan berkenaan dijalankan oleh firma media dan perniagaan berpangkalan di London, Time Out, pada Mac lalu.
Dalam pada itu, beliau menambah, kajian terbabit difahamkan membabitkan maklum balas lebih 18,500 pengguna pengangkutan awam di lebih 50 bandar raya seluruh dunia.
"Daripada 50 bandar yang ditinjau, dengan lebih 18,000 responden, Jakarta kini berada di tempat ke-17.
"Di Asia Tenggara, kami hanya tewas kepada Singapura. Kami lebih baik daripada Kuala Lumpur, Manila, malah Bangkok," katanya.
Beliau turut berharap kedudukan itu dapat ditingkatkan dan tidak sekadar berpuas hati dengan pencapaian semasa.
Dalam senarai 19 bandar terbaik dunia, Hong Kong menduduki tangga pertama, diikuti Shanghai dan Beijing. Singapura p**a berada di tempat ke-12, manakala Jakarta di tangga ke-17.
Secara keseluruhan, lebih 18,500 penduduk bandar di lebih 50 negara mengambil bahagian dalam tinjauan itu bagi menilai pengangkutan awam di bandar masing-masing termasuk bas, kereta api dan tren.