Informasi & Viral Video

TIDAK MUNCUL KETIKA AKAD NIKAH, LELAKI DAKWA HILANG INGATANMisteri kehilangan seorang anggota Pasukan Gerakan Khas Polis...
21/08/2025

TIDAK MUNCUL KETIKA AKAD NIKAH, LELAKI DAKWA HILANG INGATAN

Misteri kehilangan seorang anggota Pasukan Gerakan Khas Polis Indonesia (Brimob) pada hari perkahwinannya akhirnya terjawab selepas beliau mendakwa mengalami masalah hilang ingatan sehingga gagal hadir ke majlis tersebut.

Bripda Tri Farhan Mahieu sepatutnya bernikah dengan Sukmawati Rahman, 24, di Kampung Pangadaa, Daerah Dungaliyo, pada 9 Ogos lalu. Namun, beliau gagal hadir sehingga mencetuskan kekecohan dan menjadi bualan masyarakat setempat.

Dalam sesi kaunseling keluarga yang dikendalikan polis, Farhan mendakwa tidak hadir ke majlis penting itu kerana hilang ingatan dan tersesat jalan, malah tidak dapat menemui rumah bakal isterinya atau rumah keluarganya sendiri.

Keluarga Farhan memohon maaf dan mengakui panik ketika beliau hilang, tetapi keluarga Sukmawati menegaskan proses undang-undang tetap diteruskan di Ibu Pejabat Polis Gorontalo.

Farhan menyatakan kesediaan menerima sebarang akibat, sama ada tindakan daripada pihak berkuasa atau keluarga perempuan.

Antara fakta baharu yang didedahkan termasuk pengakuan Farhan bahawa beliau kerap mengalami masalah hilang ingatan sejak sebelum hari majlis, dan beberapa kali ditemui berada di lokasi jauh tanpa menyedari bagaimana beliau sampai ke sana.

Insiden itu turut memberi kesan besar kepada keluarga Sukmawati.

Ibunya, Fatmawati Soman, pengsan hingga mulutnya mengalami kekejangan dan terpaksa dirawat di hospital, manakala Sukmawati sendiri dilaporkan mengalami trauma dan murung.

Ahli keluarga mendakwa keadaan Farhan mungkin berpunca daripada faktor bukan perubatan atau unsur mistik, berkemungkinan ada masalah mental, namun perkara itu masih belum dapat dipastikan.

Sehingga kini, keluarga Sukmawati berpegang teguh bahawa kes berkenaan perlu diteruskan secara undang-undang, manakala Sukmawati kekal dengan keputusannya untuk membatalkan terus perkahwinan.

SPRM Selangor menahan seorang penjawat awam agensi kerajaan negeri kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan kira-...
21/08/2025

SPRM Selangor menahan seorang penjawat awam agensi kerajaan negeri kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan kira-kira RM8,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor menahan seorang penjawat awam agensi kerajaan negeri kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan kira-kira RM8,000 daripada seorang pemilik syarikat sebagai balasan untuk tidak mengenakan kompaun terhadap syarikat miliknya.

Seorang penternak haiwan mengalami kerugian hampir RM1.3 juta selepas 120 ekor biri-biri ternakannya mati diracun oleh p...
21/08/2025

Seorang penternak haiwan mengalami kerugian hampir RM1.3 juta selepas 120 ekor biri-biri ternakannya mati diracun oleh pemilik tanah.

Seorang penternak haiwan di Taiwan mengalami kerugian hampir NT$10 juta (RM1.3 juta) selepas 120 ekor biri-biri ternakannya mati diracun oleh pemilik tanah, lapor portal berita Must Share News semalam.

TAMPAL KOD QR SENDIRI DI RESTORAN, LELAKI SEMPAT DAPAT RM6.60Pura-pura pesan makanan sebelum tampal kod QR milik sendiri...
20/08/2025

TAMPAL KOD QR SENDIRI DI RESTORAN, LELAKI SEMPAT DAPAT RM6.60

Pura-pura pesan makanan sebelum tampal kod QR milik sendiri di kaunter bayaran. Itu taktik seorang lelaki yang cuba mengaut untung mudah dengan menjadikan restoran di sekitar Lembah Klang sebagai sasaran.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Lembah Klang kelmarin, lelaki berkenaan mensasarkan premis milik Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) Datuk Mohamed Mosin Abdul Razak di ibu negara.

Mohamed Mosin berkata, ketika kejadian, lelaki berkenaan masuk ke restorannya dan memesan tiga bungkus nasi lemak.

"Ketika petugas restoran sibuk menyediakan pesanan, lelaki itu kemudian mengeluarkan kod QR dan menampalnya di kaunter bayaran.

"Dia kemudian memberi alasan untuk mengambil wang di kereta yang terletak di luar sebelum terus beredar.

"Kejadian hanya disedari apabila ada pelanggan lain yang membuat bayaran, namun ia tidak masuk ke akaun restoran. Bila diperiksa, barulah pekerja saya dapati, kod QR lain ditampal pada kaunter," katanya yang turut membuat aduan di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, mujur kejadian itu disedari awal kerana ia mungkin membabitkan jumlah yang besar jika dibiarkan lebih lama.

"Dia sempat dapat RM6.60. Saya difahamkan lelaki itu juga menggunakan taktik sama di sebuah premis di Rawang sehari sebelum itu.

"Bayangkan jika dia letak kod QR sendiri di berpuluh kedai, berapa banyak yang dia dapat. Saya harap pemilik premis atau pengusaha restoran peka dengan keadaan ini bagi mengelak perkara yang tidak diingini," katanya.

'ALASAN NAK BERBUAL, TIBA-TIBA LETAK TANGAN ATAS PAHA SAYA'Pelakon Diana Danielle membuka parut kenangan silam apabila m...
20/08/2025

'ALASAN NAK BERBUAL, TIBA-TIBA LETAK TANGAN ATAS PAHA SAYA'

Pelakon Diana Danielle membuka parut kenangan silam apabila mendedahkan dirinya sering menjadi mangsa gangguan seksual sejak zaman kanak-kanak sehinggalah bergelar pelakon.

Menurutnya Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 33, pernah sekali kejadian berlaku ketika dia berusia sekitar 15 hingga 16 tahun, sewaktu seorang kru produksi menghantarnya pulang selepas tamat penggambaran.

"Waktu itu ibu saya ibu tunggal, jadi dia tak mampu meneman atau ambil saya di set. Seorang kru lelaki menawarkan diri hantar saya pulang.

"Bila sampai di lobi, saya nak turun tapi dia halang dengan alasan nak berbual. Tiba-tiba dia letak tangan di paha saya.

"Saya terus tegur dan cakap, jangan sentuh saya. Kalau nak bercakap, biar dengan cara baik, jangan sentuh. Kita mesti ada ketegasan," katanya menerusi sebuah program audiosiar.

Tambahnya, walaupun ketakutan kerana berada dalam ruang sempit, dia tetap memilih untuk melawan.

"Memang menakutkan sebab berada dalam kereta, apa-apa boleh jadi. Tapi saya marah dan tegas, jadi dia sedar tak boleh buat lebih.

"Saya bangga dengan diri saya kerana mampu pertahankan maruah," ujarnya.

Diana turut berkongsi pengalaman lebih awal ketika berusia enam tahun apabila diganggu kenalan bapa tirinya.

"Kawan ayah tiri saya sangat mesra, baik dan gemar melayan kanak-kanak. Tapi ada satu ketika dia ambil kesempatan terhadap saya.

"Saya terkaku, kemudian terus lari keluar rumah. Sejak itu saya mula menjauhkan diri daripadanya kerana nampak kelakuannya semakin pelik," jelasnya.

Pengalaman terbabit dipendam bertahun-tahun kerana masih kecil dan tidak mampu berbuat apa-apa.

"Sampai hari ini ibu saya tidak tahu. Saya simpan rahsia ini terlalu lama. Saya tidak pernah salahkan ibu, sebab saya faham keadaan ketika itu," katanya.

Sumber: Kosmo Online.

Tempahan penginapan palsu dan ketiadaan tiket penerbangan pulang merupakan antara taktik warga asing yang kononnya datan...
20/08/2025

Tempahan penginapan palsu dan ketiadaan tiket penerbangan pulang merupakan antara taktik warga asing yang kononnya datang sebagai pelancong, namun dipercayai berniat untuk tinggal di Malaysia secara tidak sah.

Polis berjaya menangkap tiga pencuri, beberapa jam selepas mereka melarikan sebutir berlian merah jambu bernilai RM106 j...
20/08/2025

Polis berjaya menangkap tiga pencuri, beberapa jam selepas mereka melarikan sebutir berlian merah jambu bernilai RM106 juta.

Polis Dubai berjaya menangkap tiga pencuri, beberapa jam selepas mereka melarikan sebutir berlian merah jambu bernilai AS$25 juta (RM106 juta).

BERSATU KECAM PENDAKWAAN HILMAN DI BAWAH KANUN KESEKSAANParti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam sekeras-kerasn...
19/08/2025

BERSATU KECAM PENDAKWAAN HILMAN DI BAWAH KANUN KESEKSAAN

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengecam sekeras-kerasnya pendakwaan Ketua Armadanya, Hilman Idham di bawah Kanun Keseksaan berhubung ucapannya dalam himpunan membantah Akta Hasutan.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai pemimpin sayap anak muda, Hilman berhak untuk menyuarakan kritikan terhadap undang-undang tersebut serta menentang tindakan pihak berkuasa menahan beberapa pemimpin Armada di bawah akta berkenaan.

Menurut beliau, tindakan mendakwa Hilman adalah bukti nyata bahawa kerajaan hari ini gagal mempertahankan kebebasan bersuara seperti yang dijanjikan sebelum berkuasa.

"Pakatan Harapan pernah berjanji untuk menghapuskan Akta Hasutan. Namun kini, apabila sudah menjadi kerajaan, bukan sahaja akta itu tidak dimansuhkan, malah mereka mendakwa orang yang membantahnya," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Muhyiddin menyifatkan perkara itu sebagai hipokrasi paling jelas apabila undang-undang yang dahulunya dituduh zalim kini dipertahankan oleh kerajaan.

Beliau menegaskan langkah tersebut sekali gus mencerminkan kegagalan Kerajaan Madani dalam menunaikan komitmen terhadap prinsip demokrasi dan hak rakyat untuk bersuara.

Lebih 100,000 pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam sektor pembinaan gagal dikesan.
19/08/2025

Lebih 100,000 pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam sektor pembinaan gagal dikesan.

Sebanyak 100,646 pekerja asing yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dalam sektor pembinaan gagal dikesan selepas program pemutihan pekerja asing dilaksanakan Construction Labour Exchange Centre Bhd (CLAB), menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bayi lelaki cukup sifat ditemukan masih bernyawa di sebuah kebun sawit, hari ini.
19/08/2025

Bayi lelaki cukup sifat ditemukan masih bernyawa di sebuah kebun sawit, hari ini.

Bayi lelaki cukup sifat ditemukan masih bernyawa di sebuah kebun sawit di Kampung Sri Aman, Jalan Silam, Lahad Datu, hari ini.

RM100,000 Tanda Sokongan Terhadap Program RXZ Members 7.0 - PMKerajaan MADANI akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000...
18/08/2025

RM100,000 Tanda Sokongan Terhadap Program RXZ Members 7.0 - PM

Kerajaan MADANI akan menyalurkan peruntukan awal RM100,000 bagi menyokong penganjuran Program RXZ Members 7.0 2025 yang akan berlangsung pada 23 Ogos ini di Litar Permotoran Gong Badak, Terengganu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan lanjut mengenai keperluan tambahan akan diadakan bersama pihak penganjur pada minggu hadapan.

Beliau berkata, sokongan itu mencerminkan pengiktirafan kerajaan terhadap peranan komuniti permotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim dan penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat menerusi pelbagai aktiviti berimpak tinggi.

"Program ini menjadi platform utama menghimpunkan peminat serta penggiat permotoran dari seluruh negara sekali gus mengangkat potensi industri permotoran ke tahap lebih tinggi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar berkata, pihak polis akan memberikan bantuan dan kawalan sewajarnya bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang program.

Beliau turut mengingatkan peserta dan penganjur supaya mematuhi peraturan jalan raya, mengamalkan sikap bertanggungjawab serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

"Dalam semangat Bulan Kemerdekaan, saya turut mengajak seluruh peserta untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai lambang kebanggaan serta kecintaan kepada tanah air.

"Semoga program ini bukan sahaja menjadi wadah permotoran yang positif, tetapi juga medan memperkukuh perpaduan nasional dan semangat patriotisme rakyat Malaysia," katanya.

Enam lelaki ditahan dalam kejadian merusuh menggunakan senjata di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.
18/08/2025

Enam lelaki ditahan dalam kejadian merusuh menggunakan senjata di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur.

Enam lelaki ditahan dalam kejadian merusuh menggunakan senjata di sebuah kelab malam di pusat bandar raya, Kuala Lumpur, sehingga tular di media sosial.

Address

Petaling Jaya
47830

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Informasi & Viral Video posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Gambaran keseluruhan InfoMalaysia & Viral Video.

Halaman ini dicipta pada Februari 2018 dengan nama 'InfoBerguna' kemudian ditukar kepada 'InfoMalaysia & Viral Video' pada Jun 2019. Semua pengikut halaman wajib tahu bahawa halaman ini bukan perwakilan rasmi walaupun ia mengunakan kata kunci nama ‘infoMalaysia’ yah. Kini halaman kami lebih banyak berkongsi video lucu, komedi, challenge, viral dan video travel yang menarik. Video-video yang dikongsi dalam halaman ini kami cipta sendiri sebagai 'pencipta video' dan content video dari sumber lain yang di sunting secara kreatif dengan menitik beratkan keasliannya. Untuk pengetahuan semua halaman ini juga turut berkongsi video berkaitan peralatan atau perkakas pertukangan terbaru, canggih dan kreatif, namun perkongsian tersebut hanya sekadar pengetahuan dan bukan untuk dijual melalui halaman ini. Kami juga turut berkongsi kisah artis tempatan dan sedikit Informasi semasa yang dipetik dari pelbagai sumber, pembaca disarankan mencari rujukan lain sekiranya ragu-ragu dengan maklumat yang kami sampaikan. Segala komen dan pandangan yang dilontarkan pembaca melalui halaman ini tidak mempunyai kaitan dengan pendirian pihak kami, disifatkan komen tersebut adalah pandangan peribadi mereka sendiri. Segala risiko dan akibat yang terhasil melalui komen tersebut adalah tanggungan dan bebanan mereka sendiri. Sekiranya anda ada pertanyaan mengenai halaman ini, sila hantar pertanyaan kepada pihak kami di massenger atau whatsapp kami secara terus. Sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih kerana menonton, like, follow dan berkongsi kiriman video kami, kesetiaan anda sangat bermakna bagi kami untuk menambah semangat memghasilkan video dan info yang lebih bermanfaat.