Informasi & Viral Video

TINDAKAN PECAT TIGA ADUN BUKTI PAS JUNJUNG PRINSIP, AMANAH - MB PERLISKeputusan Pas Pusat menghentikan serta-merta keahl...
25/12/2025

TINDAKAN PECAT TIGA ADUN BUKTI PAS JUNJUNG PRINSIP, AMANAH - MB PERLIS

Keputusan Pas Pusat menghentikan serta-merta keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis menunjukkan ketegasan parti dalam mempertahankan prinsip, disiplin dan amanah perjuangan.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

"Alhamdulillah, setiap perkara ada hikmahnya. Tindakan yang diambil oleh Pas Pusat membuktikan bahawa prinsip, disiplin dan amanah perjuangan sentiasa dijunjung tinggi.

"Semoga ALLAH bantu dengan kebaikan dunia dan akhirat," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Mohd Shukri berkata demikian bagi mengulas kenyataan media Pas Pusat berhubung tindakan parti itu menghentikan keahlian tiga ADUN Pas iaitu Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji).

SAINTIS JUMPA PLANET BAHARU BERBENTUK LEMONPara saintis terkejut dengan penemuan sebuah planet berbentuk seperti lemon y...
25/12/2025

SAINTIS JUMPA PLANET BAHARU BERBENTUK LEMON

Para saintis terkejut dengan penemuan sebuah planet berbentuk seperti lemon yang disifatkan 'mencabar segala pengetahuan sedia ada' mengenai pembentukan planet.

Planet bersaiz Musytari itu di­temukan menggunakan Teles­kop Angkasa James Webb (JWST) milik NASA dan dinamakan PSR J2322-2650b, dengan ciri fizikal serta atmosfera yang tidak pernah direkodkan sebelum ini.

Menurut penyelidik, planet gas gergasi itu mempunyai atmosfera eksotik yang kaya dengan karbon dan helium, selain diselubungi awan jelaga pada bahagian atasnya, manakala karbon dipercayai memeluwap menjadi berlian di bahagian teras planet.

PSR J2322-2650b tidak mengorbit bintang biasa seperti matahari, sebaliknya mengelilingi sebuah pulsar, iaitu sejenis bintang neutron ultra padat yang merupakan teras bintang mati.

Pulsar berkenaan yang terletak kira-kira 750 tahun cahaya dari bumi, sentiasa membedil planet itu dengan sinaran gama dan daya graviti yang kuat sehingga meregangkannya ke bentuk seperti lemon, sekali gus menghasilkan perbezaan suhu melampau antara siang dan malam.

Para saintis mendapati suhu di planet tersebut boleh mencecah 2,030 darjah Celsius pada siang hari dan menjunam sehingga 650 darjah Celsius pada waktu malam, selain melengkapkan satu pusingan orbit dalam tempoh hanya 7.8 jam.

Menurut para penyelidik, komposisi atmosfera planet itu yang didominasi molekul karbon tanpa kehadiran oksigen atau nitrogen masih gagal dijelaskan oleh mana-mana teori pembentukan planet yang diketahui, menjadikan PSR J2322–2650b antara misteri terbesar dalam kajian planet luar sistem suria setakat ini.

LELAKI 'BUANG' ISTERI SELEPAS DILANTIK PEKERJA KONTRAK KERAJAANTular insiden seorang lelaki tergamak mengusir isterinya ...
25/12/2025

LELAKI 'BUANG' ISTERI SELEPAS DILANTIK PEKERJA KONTRAK KERAJAAN

Tular insiden seorang lelaki tergamak mengusir isterinya setelah dilantik sebagai pekerja kontrak kerajaan.

Kejadian pilu itu menimpa Siti Hindrawati di Desa Dunggala, Kecamatan Tibawa, Kabupaten Gorontalo, Sulawesi, Indonesia yang selama ini setia di sisi suaminya yang hanya menjadi pekerja sambilan.

Klip memaparkan wanita itu 'dibuang' suaminya turut dikongsi menerusi Facebook pada Isnin lalu. Menerusi rakaman itu, sejumlah perabot dan barangan miliknya turut diletakkan di luar rumah mereka.

Sebelum kejadian itu, Siti mendedahkan dia bersama suaminya sering bertengkar, namun dia berusaha mempertahankan rumah tangga mereka selama hampir 10 tahun.

Wanita itu mendakwa suaminya berubah sikap setelah dilantik sebagai Pegawai Pemerintah dengan Perjanjian Kerja (PPPK) di sebuah agensi kerajaan.

"Dia sering mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati saya hingga menyebabkan saya tertekan," ujarnya.

Ramai warganet turut bersimpati dengan nasib Siti dan menyamakan kisahnya dengan peribahasa, habis madu, sepah dibuang. Ketika ini, Siti dilaporkan menetap sementara di rumah ibunya di Kecamatan Telaga.

PAS PECAT TIGA ADUN PERLISPAS memecat keahlian tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) di Perlis berkuat kuasa serta-mert...
24/12/2025

PAS PECAT TIGA ADUN PERLIS

PAS memecat keahlian tiga ahli dewan undangan negeri (Adun) di Perlis berkuat kuasa serta-merta. Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata keputusan itu dibuat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (pindaan 2025).

Tindakan itu diambil terhadap Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

"Bahawa ahli-ahli badan perundangan PAS yang berikut adalah terhenti serta-merta keahliannya sebagai ahli PAS," katanya dalam kenyataam media, hari ini.

Tindakan itu dipercayai susulan pergolakan dihadapi kerajaan Perlis selepas tercetusnya usaha menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Shukri Ramli.

Beberapa laporan memetik sumber sebelum ini mendakwa lima Adun Bersatu dan tiga Adun PAS telah menyerahkan akuan bersumpah (SD) kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, bagi menyatakan hilang keyakinan terhadap Shukri.

Lapan Adun terbabit membentuk majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang mempunyai 15 kerusi.

Untuk rekod PAS memenangi sembilan DUN pada pilihan raya umum lalu dan Bersatu p**a menang di lima kerusi membolehkan gabungan PN itu membentuk kerajaan negeri.

Abdul Hadi berkata pihaknya akan memaklumkan keputusan itu secara rasmi kepada speaker DUN Perlis.

"(Ia) bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta," katanya sambil memberitahu keputusan itu dibuat selepas Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat, malam ini.

TUN M HARAP JENAMA PROTON BERTAHAN HINGGA 100 TAHUN LAGIBekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap agar je...
24/12/2025

TUN M HARAP JENAMA PROTON BERTAHAN HINGGA 100 TAHUN LAGI

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berharap agar jenama Proton terus bertahan dan kekal relevan sekurang-kurangnya sehingga 100 tahun akan datang sebagai lambang kejayaan industri automotif negara.

Beliau turut menekankan keyakinan bahawa rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, mempunyai kemampuan untuk menghasilkan kenderaan berkualiti tinggi setanding jenama antarabangsa.

"Kereta limosin ini, semasa saya jadi Perdana Menteri, saya guna kereta Proton Limosin. Saya tidak pakai Mercedes dan lain-lain, saya pakai kereta Proton.

"Kita kena yakin diri. Kita boleh buat apa saja untuk kita. Orang Melayu ada kebolehan. Soalnya nak ataupun tidak," katanya.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika berucap pada acara kunjungan hormat yang mengumpulkan pemilik Proton Edisi Terhad (Limosin dan Eksekutif) di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pembangunan industri seperti automotif dan aeroangkasa boleh dicapai sekiranya rakyat yakin kepada kebolehan sendiri.

"Saya yakin, kita bukan sahaja nak milik kereta, kita nak buat kereta. Sampai ke tahap cipta enjin, jentera dan segala komponen. Itu semua boleh dibuat oleh kita," katanya.

RM20 JUTA UNTUK TURAP SEMULA 400 JALAN PERUMAHAN DI IPOHSebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh Kementerian Perumahan dan ...
24/12/2025

RM20 JUTA UNTUK TURAP SEMULA 400 JALAN PERUMAHAN DI IPOH

Sebanyak RM20 juta diperuntukkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi melaksanakan penurapan semula 400 jalan perumahan di kawasan bandar raya di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan yang disalurkan melalui kelulusan khas Menteri Kewangan itu diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun bagi menurap jalan perumahan di kawasan parlimen Tambun, Gopeng, Ipoh Barat, Ipoh Timor, dan Batu Gajah.

"Peruntukan itu menjadikan MBI sebagai PBT yang menerima peruntukan tertinggi di negara ini untuk tahun 2025.

"Penurapan 400 jalan itu akan bermula dalam tempoh terdekat dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Aidilfitri tahun depan membabitkan peruntukan dianggarkan RM50,000 setiap jalan," katanya pada sidang media selepas Lawatan Kerja Menteri KPKT di Pasar Canning, di Ipoh semalam.

Hadir sama Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah dan ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Address

Petaling Jaya
47830

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Informasi & Viral Video posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Gambaran keseluruhan InfoMalaysia & Viral Video.

Halaman ini dicipta pada Februari 2018 dengan nama 'InfoBerguna' kemudian ditukar kepada 'InfoMalaysia & Viral Video' pada Jun 2019. Semua pengikut halaman wajib tahu bahawa halaman ini bukan perwakilan rasmi walaupun ia mengunakan kata kunci nama ‘infoMalaysia’ yah. Kini halaman kami lebih banyak berkongsi video lucu, komedi, challenge, viral dan video travel yang menarik. Video-video yang dikongsi dalam halaman ini kami cipta sendiri sebagai 'pencipta video' dan content video dari sumber lain yang di sunting secara kreatif dengan menitik beratkan keasliannya. Untuk pengetahuan semua halaman ini juga turut berkongsi video berkaitan peralatan atau perkakas pertukangan terbaru, canggih dan kreatif, namun perkongsian tersebut hanya sekadar pengetahuan dan bukan untuk dijual melalui halaman ini. Kami juga turut berkongsi kisah artis tempatan dan sedikit Informasi semasa yang dipetik dari pelbagai sumber, pembaca disarankan mencari rujukan lain sekiranya ragu-ragu dengan maklumat yang kami sampaikan. Segala komen dan pandangan yang dilontarkan pembaca melalui halaman ini tidak mempunyai kaitan dengan pendirian pihak kami, disifatkan komen tersebut adalah pandangan peribadi mereka sendiri. Segala risiko dan akibat yang terhasil melalui komen tersebut adalah tanggungan dan bebanan mereka sendiri. Sekiranya anda ada pertanyaan mengenai halaman ini, sila hantar pertanyaan kepada pihak kami di massenger atau whatsapp kami secara terus. Sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih kerana menonton, like, follow dan berkongsi kiriman video kami, kesetiaan anda sangat bermakna bagi kami untuk menambah semangat memghasilkan video dan info yang lebih bermanfaat.