08/06/2026
PAPARAN 150 LITER BUDI95 DI E-WALLET ADALAH RALAT SISTEM, BUKAN PENGURANGAN KUOTA
Tular tangkap layar di aplikasi e-wallet yang memaparkan had kelayakan bulanan subsidi minyak BUDI95 berubah daripada 200 liter kepada 150 liter, menimbulkan persoalan sama ada kuota subsidi telah dikurangkan secara rasmi.
Ia turut mencetuskan spekulasi dan perdebatan di media sosial berhubung status had subsidi minyak tersebut.
Menyedari hal ini, JOMCHECK melakukan semakan silang laporan rakan kami iaitu Astro Awani bagi mendapatkan kepastian.
STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Paparan jumlah subsidi 150 liter berlaku akibat ralat teknikal ketika penyelenggaraan sistem pada 31 Mei lalu jam 11.00 malam.