04/12/2025
1. Kerajaan Negeri Terengganu telah menganugerahkan tanah seluas 51,434 hektar kepada Felda.
2. Penganugerahan ini ada syarat dan komitmen yang perlu dipatuhi oleh Felda samada:
i. Memasukkan peneroka sebagai Tanah Rancangan Felda
ii. Jika tidak dimasukkan peneroka maka perlu ada perkongsian keuntungan dengan Kerajaan Negeri atau menyumbang kepada Program Basmi Kemiskinan.
3. Jumlah keluasan yang dijadikan Tanah Rancangan Felda atau dimajukan sebagai ladang komersial tanpa peneroka dan yang tak dimajukan adalah sebagaimana dalam rajah.
4. Tanah yang dimasukkan peneroka membentuk 21 Tanah Rancangan Felda di Terengganu. Hampir keseluruhannya telah selesai pemberian hak milik kepada peneroka samada kawasan ladang atau tapak rumah dan ianya tak berbangkit lagi.
5. Pemberian geran hak milik kepada Felda bagi tanah yang tak dimasukkan peneroka tertakluk kepada memenuhi syarat membayar profit sharing atau menyumbang kepada Program Basmi Kemiskinan. Apabila ada persepakatan dan tindakan dalam melaksanakan syarat ini maka geran hak milik boleh dikeluarkan.
6. Pada tahun 2012 tanah ladang komersial seluas hampir 15 ribu hektar telah dipajak oleh Felda kepada FGV tanpa dimaklumkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu sedangkan tanah tersebut ialah milik negeri yang sah. FGV p**a menyenaraikan tanah ini di Bursa Malaysia sebagai aset mereka.
7. Kerajaan Negeri Terengganu bermula tahun 2010 lagi telah menuntut profit sharing dari Felda dalam bentuk 30% gross profit. Perbincangan dan perundingan gagal mencapai kata sepakat menyebabkan urusan pemberian hak milik tanah kepada Felda tergantung.
8. Komitmen untuk memberi sumbangan kepada Program Basmi Kemiskinan PPRT juga tiada sebarang maklum balas dari Felda. Program memasukkan peneroka Felda telah ditamatkan pada 1996.
9. Tahun 2011, Felda ada membayar sejumlah bayaran kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk one side agreement yang belum dipersetujui oleh Kerajaan Negeri. Maka wang tersebut tak direkodkan sebagai hasil negeri dan dimasukkan ke dalam Akaun Amanah.
10. Perbincangan untuk menuntut hak negeri bagi tanah ladang komersial ini bermula dari 2010. Ianya terus berlanjutan sehingga 29 November 2025.
11. Inilah jawapan kenapa Wang Amanah baru dip**angkan sekarang selepas tempoh 14 tahun. Selagi pintu perbincangan masih dibuka maka Wang Amanah dipegang. Apabila tempoh perbincangan telah tamat maka inilah masa untuk memulangkan Amanah yang dipegang.
12. Apabila saya dan pasukan mengambil alih tanggungjawab ini pada 2018, kita sambung balik kerja-kerja yang belum selesai.
13. Walaupun kerajaan dahulu meletakkan profit sharing 30% gross profit tetapi Kerajaan Negeri sekarang bersedia menerima cadangan balas berapa % jumlah yang nak dicadangkan oleh Felda. Kita bersedia runding untuk mencapai kata sepakat. Sampai ke saat akhir, mereka tidak mengemukakan sebarang cadangan balas malah menghantar surat dengan kenyataan tegas bahawa Felda tak bersetuju membayar profit sharing lalu menekan Kerajaan Negeri supaya menyelesaikan pemberian geran hak milik segera dalam masa 30 hari.
14. Kenapa bincang dengan Felda tapi FGV yang terima Notis 425 KTN? Notis mesti diserahkan kepada pihak yang sedang menduduki tanah tersebut. Dalam kes ini, pihak yang sedang menduduki tanah ialah FGV.
Dr Azman Ibrahim