Anis Zain

Anis Zain Consultant Quantum Metal Simpanan emas serendah RM10

22/08/2023

Mudahkan Rezeki kami ya Allah 🤲

Kelmarin saya hadirkan diri disini bagi merasai suasana kempen kali ini meskipun saya bukan pengundi disini. Penat balik...
09/08/2023

Kelmarin saya hadirkan diri disini bagi merasai suasana kempen kali ini meskipun saya bukan pengundi disini.
Penat balik kerja terus bergegas kesini bila dapat tahu Kak Wan pun turut hadir.

Apa yang dapat simpulkan:

✅Profil calonnya yang menarik.
✅Ucapan yang ringkas dan padat
✅Fokus kepada penambahbaikan

Biar apapun pilihan dan perbezaan pendapat rakyat, sesungguhnya kita sebagai rakyat kena menjaga adab dan etika. Janganlah kita mengkucar-kacirkan keharmonian yang kita telah bina.

Seorang prmimpin p**a harus menjadi contoh yang baik kerana anda diperhatikan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Semoga berjaya Tn Hj Mazwan Johar

23/07/2023

Saya amat terkesan tatkala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan juga seorang sahabat yang setia Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub telah pergi dijemput Allah SWT hari ini.

Secara peribadi, ianya satu kehilangan besar buat diri saya dan keluarga, dan saudara Salahuddin teguh bersama dalam perjuangan yang panjang ini sehingga ke akhir hayat. Jasa dan budinya tentunya tidak termampu dibalas secara materi.

Beliau dikenali kerana punyai sikap keperibadian yang tinggi, sama ada kepada kawan mahupun lawan. Sosok yang kuat bekerja dan sangat taat pada amanah dan tanggungjawab.

Berehatlah, sahabatku.

Semoga Allah SWT memberi kesabaran yang tinggi buat keluargamu, mengampunkan segala dosamu dan semoga saudaraku Salahuddin diberikan tempat yang istimewa di sisi-Nya, Insya-Allah.

ANWAR IBRAHIM

23/07/2023

Emas kan kalis inflasi

19/07/2023

Hijrah Sebenar Meninggalkan Dosa
=========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ memberikan definisi yang menarik tentang pengertian hijrah. Hijrah bukan sekadar perpindahan secara fizikal semata tetapi perubahan jiwa ke arah yang baik, menjauhkan diri dari perkara yang ditegah oleh Allah. Sabda Rasulullah ﷺ:

وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ

Dan orang yang berhijrah itu adalah orang yang berhijrah (menjauhkan diri) daripada melakukan apa yang Allah larang. (HR al-Bukhari)

2. Dalam sebuah riwayat yang lain, Rasulullah ﷺ memperincikan lagi maksud ini kepada meninggalkan dosa dan maksiat. Sabda Rasulullah:

وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ الْخَطَايَا وَالذُّنُوبَ

“Dan orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan kesalahan dan dosa.” (HR Ahmad)

3. Jelas di sini bahawa definisi hijrah bukan sekadar pepindahan berbentuk fizikal tetapi adalah proses peralihan ke arah sesuatu yang lebih baik. Dalam erti kata yang lain, konsep hijrah merangkumi perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.

4. Ketika menghuraikan hadis ini, Mulla Ali al-Qari menjelaskan:

لِأَنَّ الْحِكْمَةَ مِنَ الْهِجْرَةِ التَّمَكُّنُ مِنَ الطَّاعَةِ بِلَا مَانِعٍ، وَالتَّبَرُّؤُ عَنْ صُحْبَةِ الْأَشْرَارِ الْمُؤَثِّرَةِ فِي اكْتِسَابِ الْخَطَايَا

“Ini adalah kerana, hikmah hijrah adalah memperkukuh ketaatan dan melepaskan diri manusia daripada sebarang pengaruh jahat yang memberikan kesan kepada jiwa manusia sehingga menyebabkan diri mereka terjerumus ke dalam kancah dosa.” (Mirqah al-Mafatih)

5. Oleh yang demikian, sempena Maal Hijrah tahun ini, mari bersama tanamkan azam untuk melaksanakan perubahan diri ke arah yang lebih baik. Bukan sekadar laungan dan nyanyian yang mengiringi sambutan peristiwa penting ini malah disertai dengan azam kebaikan.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

18/07/2023
Biasa nih 😂
16/07/2023

Biasa nih 😂

11/07/2023

Selamat pagi buat semua warga fb. Semoga dipermudahkan urusan anda semua harini.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

06/06/2023

Address

Bangi

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anis Zain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share