Mazwan Osman

Mazwan Osman Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Mazwan Osman, Digital creator, Bangi.

27/12/2025

Dah sampai masa serah pengurusan parti pd generasi baru. Org tua makin tua.. makin kuat kencing

27/12/2025

Muafakat Nasional: Antara Ego Parti dan Masa Depan Kuasa Melayu

Orang Melayu sering ditenangkan dengan ayat yang sedap didengar:
“Tak apa, Raja-raja Melayu masih ada.”
“Perlembagaan jamin hak Melayu.”
“Islam agama Persekutuan.”

Semua itu benar.
Tapi itu prestij perlembagaan, bukan kuasa politik sebenar.

Dalam sistem demokrasi, kuasa bukan ditentukan oleh simbol, tetapi oleh angka di Parlimen. Dan di sinilah kita perlu jujur dengan diri sendiri: kuasa politik Melayu sedang melemah kerana kita berpecah.

Dulu, orang Melayu menguasai landskap politik bukan kerana jumlah semata-mata, tetapi kerana kesatuan. Hari ini, orang Melayu berpecah kepada terlalu banyak jalur—UMNO, PAS, Bersatu dan serpihan lain—masing-masing mendakwa paling ikhlas memperjuangkan Melayu dan Islam. Akhirnya apa jadi?
Kita lemah secara kolektif.

Apabila undi Melayu berpecah, majoriti mutlak di Parlimen hilang. Bila majoriti hilang, kuasa tawar-menawar jatuh ke tangan pihak lain. Maka terbukalah ruang kepada parti bukan Melayu dan blok Borneo untuk menjadi penentu kerajaan. Ini bukan sentimen perkauman, ini realiti matematik politik.

Lebih membimbangkan, ada pemimpin Melayu yang masih menafikan hakikat ini. Mereka bersembunyi di sebalik hujah “tak apa, sistem masih jaga Melayu”. Hakikatnya, dalam demokrasi moden, siapa bentuk kerajaan, dialah yang tentukan dasar, bajet dan hala tuju negara. Tanpa kesatuan, orang Melayu hanya menjadi penyokong, bukan penentu.

Inilah sebabnya Muafakat Nasional bukan slogan nostalgia, tetapi keperluan strategik. Ia bukan tentang menyatukan parti atas nama kuasa semata-mata, tetapi menyatukan kekuatan politik Melayu supaya suara majoriti kembali berfungsi sebagai penentu, bukan sekadar pemerhati.

Muafakat bukan bermaksud semua mesti sama. Muafakat bermaksud mendahulukan kepentingan ummah berbanding ego parti. Kita boleh berbeza pendekatan, tetapi tidak boleh berpecah hingga menyerahkan kuasa kepada orang lain secara percuma.

Jika orang Melayu terus berpecah, jangan salahkan sesiapa apabila dasar semakin jauh dari denyut nadi umat. Jangan terkejut bila isu agama, pendidikan, ekonomi dan tanah semakin sukar dipertahankan. Itu bukan kerana Melayu lemah, tetapi kerana Melayu tidak bersatu.

Soalnya sekarang mudah dan pedih:
Kita mahu terus bangga dengan simbol, atau kita mahu kembali memegang kuasa sebenar?

Muafakat Nasional bukan pilihan romantik.
Ia adalah jalan keluar terakhir sebelum kuasa Melayu tinggal cerita sejarah.

24/12/2025

Hubungan antara Umno dan DAP dilihat semakin tegang apabila Tony Pua melancarkan serangan terhadap penyokong Najib Razak dengan melabelkan mereka sebagai “pencinta seorang penyangak” kerana mengecam pihak yang menyambut keputusan mahkamah dalam kes membabitkan bekas perdana menteri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu menegaskan dia dan partinya berbangga kerana memainkan peranan penting dalam pemenjaraan Najib.

“Langsung tidak perlu untuk bersimpati dengan penyangak seperti ini,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Berita penuh: https://mk.my/A9vmFUX

24/12/2025

Tengku Razaleigh turut menyuarakan rasa terkilan terhadap kepimpinan Umno yang tidak bertindak terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonan Najib.

24/12/2025

Jasa si "Firaun Kejam Dan Degil" yang dihina membebankan negara dengan hutang, tapi penghina sedang menikmati nya :-
************************************

1) Jika Tun M tidak membina Terowong Smart, sudah lama KL akan tenggelam banjir...

2) Jika Tun M tidak membina Putrajaya, maka padatlah pusat pentadbiran di seluruh KL...

3) Jika Tun M tidak membina Lebuhraya PLUS, maka makin panjang lah perjalanan ke setiap negeri...

4) Jika Tun M tidak membina Jambatan Pulau Pinang, maka bertambahlah kos membina dan menjaga feri untuk menyeberang ke pulau setiap hari...

5) Jika Tun M tidak membina KLIA, maka tiada lah kemudahan urusan dagang dan pelancongan melalui udara...

6) Jika Tun M tidak membina KLCC, maka tiadalah pusat menara bisnes pertama yang dikagumi seluruh dunia untuk melabur...

7) Jika Tun M tidak membina LRT didalam bandar, maka KL pasti menjadi bandaraya tersesak dalam negara...

8) Jika Tun M tidak lantang melawan barat dan degil hantar tentera ke Palestin dan Bosnia, tidak lah dunia menghormati Malaysia dan Mahathir...

9) Jika Tun M tidak membangunkan Petronas dan merampas Sime Darbie-Guthrie, maka semua hasil bumi kita masih dijajah barat...

10) Jika Tun M tidak menekankan pendidikan, disiplin dan dasar "Pandang ke Timur", pasti adab dan IQ rakyat menjadi seperti negara Konoha yang Barbarian...

Namun, Jambatan Bengkok adalah antara impian yang tidak berjaya direalisasikan, dan kini rakyat terperangkap dalam kesesakan berejam ke Singapura...

Jadi berpada2 lah dalam menghina pemimpin terdahulu, kerana mereka tidak menjual bangsa dan negara... Tapi kalau nak hina Pey Eym gagap kaki spin, kaki fitnah dan penghasut rakyat, itu tidak mengapa... Sebab dia pun bukan ada idea baru, semua tiru idea DSNR... 🫣😜

23/12/2025

Orang Islam yg tidak pedulikan politik akhirnya akan dipimpin oleh politik yg tidak pedulikan Islam.

22/12/2025

Wrap up untuk 2025

1. Selain dari kita wajib cut sugar, kita juga harus cut unkind circle untuk kesihatan badan dan mental.
2. Banyak sekali berita-berita yang boleh didengar tapi bukan untuk dipercayai.
3. Sangat tidak mustahil dalam sesebuah hubungan berkisar toksik, supply lama boleh menjadi supply baru.
4. Tidak semua perancangan itu tepat dan benar, namun kegagalan racangan itu adalah penyelamat.
5. Bila redah baru kita tahu sekuat mana kita dalam membuat keputusan.
6. Berfikir positif dan bersangka baik memang bagus, tapi bukan pada semua orang, ia hanya terpakai pada orang yang betul.
7. Budi tidak akan habis dan hilang meski tidak berbalas, atau tidak diendah, sedikit sakit tapi hati kena beku untuk jadikan ia neutral.
8. Kaya bukan penutup hidup yang cantik, tapi rasa cukup dan hati gembira yang perlu disambar terlebih dahulu.
9. Bukan mudah hadap orang tanpa komunikasi terbuka, banyak buat kita letih, tapi jalan terbaik adalah menjadi kepala batu.
10. Konsep terbuka bukan untuk semua orang kerana 2025 semua harga barang naik, hujan saja yang turun. Ribut juga sekejap lalu sekejap pergi, makanya tekun dan sabar menjadi rutin terkuat.

Iman didada, ilmu agama kena selalu top-up.

Kesimpulannya, hidup ini tak mudah, cakap memang senangla selagi tak hadap sendiri. Apa pun kena hadap je baru tau boleh atau tidak.

Jangan putus asa, jangan takut gagal dan jangan takut dengan semua orang.

Kita jug boleh, yang penting kena cuba, usaha dan mara.

Orang boleh kata, tapi kita yang dengar, boleh bezakan baik dan buruk.

Kita juga boleh buat dan kuat untuk berjaya.

Jangan ukur orang, tapi ukur kita sendiri.

Bukan tentang jatuh, tapi tentang bagaimana kita bangun.

Baru tak kalut, tak takut.

😊

16/12/2025

Address

Bangi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mazwan Osman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share