08/08/2026
Part 2-Hari kedua kami baru sempat meredah kawasan lain, barulah terbentang luas kemeriahan sebenar AOS tahun ini. Di sebalik pameran kustom yang memukau dan lautan pengunjung, satu isu logistik yang agak menguji kesabaran adalah kemudahan tandas di mana sebahagiannya sedang direnovasi, menyebabkan kedudukan tandas aktif, jauh dari tapak acara dan menyukarkan pergerakan. Namun, tumpuan paling besar pastinya beralih kepada pesta muzik yang menggegarkan tapak Maeps menerusi 6 pecahan pentas rasmi dengan identiti, nama, dan keunikan tersendiri.
Pentas SoundCircus bertindak sebagai nadi utama dengan skala panggung berskala stadium dan sistem bunyi yang mantap, menjadi saksi kepada pertembungan epik artis legenda menerusi segmen seperti Takhta Ratu Nusantara (Cokelat X Ella), Sheila Majid, The Sigit, Disagree dan banyak lagi.
Sementara itu, Panggung Chaos menyediakan ruang "raw" yang padat dengan tenaga fizikal, aksi moshpit dan circle pit tanpa henti dan mendapat sambutan hangat daripada gig goers terutama semasa 30 tahun Hardcore bersama Second Combat x Straight Answers x Overthrown.
Tidak ketinggalan, Pentas 16 paling mencuri tumpuan ramai dari sudut teknikal, susunan sound di situ agak pecah dan bingit pada frekuensi tertentu, namun ia ditebus dengan gimik paling gila iaitu kehadiran trek flying fox di mana pengunjung berani "terbang" meluncur merentasi ruang udara kepala lautan crowd di bawah.
Landskap hiburan ini turut dilengkapkan dengan Backdoor SoundSystem, AOS Stage, dan Kartel Stage yang masing-masing membawakan alunan parti DJ tempatan, eksperimentasi seni tradisional, showcase generasi baharu, serta zon elektronik dan akustik komuniti.
Dan kemuncak paling manis? Bila set penutupan muzik bergema di penghujung acara, team ROTTW sendiri tidak lepaskan peluang. Lepas penat berkampung menjaga booth, kami turut sama larut dalam ombak lautan manusia ikut berdisko dan berdansa sakan di set penutupan pentas tersebut, melepaskan segala penat lelah dengan senyuman lebar.
AOS kali ni memang penat dia "lain macam", tapi dari kesibukan booth di Hall A sampailah ke lantai tarian penutup, semuanya jadi cerita mahal yang akan kami kenang selamanya
--selesai--